Sunday 24 May 2015

SELIRATAN CINTA BAB 30...

ASSALAMUALAIKUM...



pic fauziah samad dan suaminya.

Datuk Shaari amat gelisah sebab sudah berkali-kali dia cuba hubungi Sarina dengan telefon bimbitnya.
“Ish…kenapalah susah sangat nak dapat kontek budak ni. Naik penat tangan aku menekan nombor tidak juga dapat-dapat.”
Amin baru saja tiba di pejabat. Dia tidak membuang masa lantas memasuki bilik bosnya mempamerkan sengih girangnya. Datuk Shaari segera menerjahnya dengan tempelakan sebaik saja terlihat wajah lelaki itu.
“Berapa kali aku dah cakap pada kau...bila aku di rumah jangan telefon. Nasib baik Datin tidak syak apa-apa.”
“Saya tu takut Datuk bosan duduk di rumah. Atau Datuk nak keluar tapi tak lepas. Itu je niat saya. Niat yang baik lagi suci bersih.” Balas khadam yang setia dengan tuannya itu dengan wajah monyok kerana pagi-pagi lagi sudah disergah, diherdik.
“Banyaklah kau punya niat suci bersih. Aku tu kalau nak keluar Datin tak pernah halangpun.”
“Habis kalau dah gitu yang Datuk mengamuk pagi-pagi marah saya ni kenapa? Ini mesti sebab rindukan Anita sangat-sangat ni.” Datuk Shaari tersenyum sedikit. Ocehan Amin itu memang ada benarnya. Dia terdiam. Tidak menyangkalnya.
“La...baru aku teringat. Di pulau tu tidak reception untuk handphone. Buang masa saja aku penat menekan nombor Anita dan Sarina.” Wajah Shaari kelat. Menyesali kebodohannya melakukan kesilapan. Membuang masa dan sia-sia.
“Apa susah Datuk, call je resort Datuk tu.”
“Malaslah aku..” dia terdiam dan berfikir sejenak. Segera terdongak menentang wajah Amin dengan tujahan pertanyaan.
“Apa nombornya resort tu ya…?”
 “Hai nombor resort sendiri pun dah lupa?” Bidas Amin dengan sengih sinisnya.
“Oh…ada...ada.” dia menekan butang memori telefon bimbitnya. Dan terus membuat panggilan.

                                                            *    *    *

Rizal sedang berjalan-jalan di lobi RSJ. Dia bersendirian. Fareez sudah keluar mengawasi petugas-petugas resort di setiap tempat tugasan. Langkah Fareez membawanya hingga ke lokasi penggambaran. Dia mengajak Rizal turut bersamanya tetapi Rizal menolaknya.
 Rizal menapak kearah resepsionis yang sedang menjawab panggilan. Dia membelek-belek catalog resort yang tersusun di atas meja.
“Ya...Resort Sri Jelapang.”
(Pause)
“Hendak bercakap dengan Anita? Dia dah pergi shooting.”
(Pause)
“Cik Sarina pun sama juga. Ada apa-apa pesan?”
(Pause)
“Baik Encik Shaari. Saya akan suruh sesaorang hantar mesej ni segera.” Rizal tersentak mendengar nama ‘Shaari’ itu. Wajah ayahnya jelas terawang-awang di mata.
Gadis resepsionis menulis sesuatu di atas kertas. Matanya meliar mencari ‘bell boy’ yang akan membawa pesanan yang ditulisnya.
“Awak cari siapa?” Tanya Rizal, melangkah mendekati gadis itu.
“Bell boy Encik Fareez. Nak suruh hantar pesanan ni” gadis resepsionis melepaskan keluhan berat kerana tidak menemui ‘bell boy’ pada pandangannya.
“Dia orang shooting di mana?”
“Kata Encik Johan tadi, di tepi pantai.”
“Baiklah. Biar saya yang hantar” Rizal menerima nota pesanan yang dihulurkan gadis itu kepadanya, dia tunduk menatapnya.
“Shaari yang mana ni?” tanyanya ingin mempastikan kebenaran jangkaannya.
“Dia kata Encik Shaari saja. Tapi saya tahu itu suara Datuk Shaari. Saya kenal suara dia. Lagi pun dia selalu ke sini.” Rizal terpana. Seketika dia kembali ke dalam diri normalnya. Meneroka alam sedar.
“Okaylah biar saya hantar pesanan ni sekarang. Kalau dia telefon lagi sambungkan panggilan tu ke pejabat Encik Rizal ya…”

                                                        *    *    *

Fareez memerhati adegan drama yang sedang dijalankan penggambarannya itu. Dia begitu asyik sekali. Ada sesuatu yang menyentuh bahunya membuatkan keasyikan itu hilang tiba-tiba. Dia pantas menoleh ke sisinya. Wajah itu merenungnya tajam. Dia kekagetan. Kemunculan lelaki itu di sisinya mengundang banyak tandatanya akan sebab-musababnya.
“Eh…tadi aku ajak kau keluar jalan-jalan dan tengok orang shooting kau tak nak?”
“Ni hah… bagi pada Anita.” Sehelai kertas yang ditulis resepsionis diberi kepada Fareez. Dia melihatnya sekali imbas.
“Mesej? Dari Siapa?” pertanyaan yang mendatangkan rusuh yang menyerabuti minda pembawa pesanan.
“Buah hati dia...orang tua aku..,.” lirih suaranya mendatar. Fareez terkejut. Wajah temannya itu ditatap penuh simpati. Sukar hendak dipercayainya. Tapi itulah kenyataan yang diyakininya setakat ini.
“Kau yang ambil mesej ni tadi?”
“Bukan aku…resepsionis.”
“Kalau dah tahu ayah kau, kenapa tak dikoyak saja mesej ni,” anjur Fareez sebagai penyelesai masalah yang mudah. Saranannya itu tidak mendapat respon seperti yang difikirkannya.
“Jangan Fareez. Biarkan dulu. Aku nak tengok sejauh mana hebatnya Anita ni pikat ayah aku.”
“Aku  perhatikan dia dari tadi, betul kata Sarina…berlagak satu macam.” Komen Fareez berasaskan pandangan yang jelas di matanya tambah menyakitkan hatinya.
“Dia orang tu harap muka saja lawa. Otak kosong. Biarlah aku balik ke opis dulu. Lagi lama aku di sini tengok muka dia bertambah serabut kepala otak aku.” Dia bergegas pulang membawa dongkol hatinya tanpa menoleh melihat aksi-aksi yang sedang didramakan. Manakala Johan selaku pengarahnya asyik memekik cut…cut...
Yang dibayangkannya hanya kesedihan hati mamanya yang terluka kerana suami kesayangannya sedang memburu gadis lain untuk menggantikannya. Hatinya sayu sekali mengenangkan itu. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu keaadaan itu berlaku. Dia akan berusaha mencari penyelesaiannya demi mama yang amat dikasihinya.

                     

3 comments:

  1. Allah... sesak pulak kakak membaca. Kesian pada anak bujang datuk tu. Cuma dia salah sangka kerana Anita tak seperti yg disangkakan. Cuma ayahnya yg tak sedar diri..

    ReplyDelete
  2. heh..heh..gitulah ceritanya...tq kak zakie.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist