Monday 11 May 2015

SELIRATAN CINTA BAB 28...

ASSALAMUALAIKUM...






Datuk Shaari mundar-mandir di dalam pejabatnya. Jiwanya tidak tenang dan sugul kegelisahan. Dia merasa sebal sungguh kerana tidak dapat ke pulau bersama Anita
“Ish...susah ni...susah ni…susah…susah!”
“Sabar Datuk sabar. Datuk ni kenapa? Sejak Datuk berkenalan dengan Anita, Datuk ni sudah jauh berubah. Datuk tidak lagi ceria dan tidak seperti dulu, sentiasa meminta saya mengenalkan artis cantik lepas seorang ke seorang. Sejak bertemu Anita Datuk terus ubah sikap. Tidak lagi keluar malam macam selalu. Tidak lagi mahu berkenalan dengan artis cantik yang lain. Kenapa ni Datuk? Agaknya Datuk ni sedang angau dilamun cinta kut.”
“Ah…sudahlah kau...jangan hendak merapu. Apa yang ada di dalam hati aku ni kau mana tahu. Jikalau aku hendak jatuh cinta dengan Anita pun bukan ada salahnya. Hati aku hak aku. Aku punya pasallah.” Dia memerhati sekilas pada keadaan mejanya yang berselerak dengan dokumen yang perlukan penelitiannya. Sudah ditanganinya semua itu. Dia tidak mengambil mudah soal yang bersangkutan dengan bisnis dan periuk nasinya walaupun hatinya melayang-layang dibuai perasaan.
“Ye lah tu hati Datuk memang hak Datuk. Tapi yang susahnya saya yang pening kepala tengok Datuk mundar-mandir macam ‘induk kucing hilang anak’”Bidas Amin di perkuat dengan pepatah yang sering disebut ibunya menegur perangainya yang kadangkala mengelirukan gemulah ibunya menafsirnya.
“Habis kalau kau susah, pening kepala tengok keadaan aku, kau tolonglah aku.” Lirih suaranya memohon bantuan dari seorang yang seringkali diherdiknya itu.
“Baik saya akan tolong, Datuk bawa bersabar dulu. Mesti ada jalan ni...”
“Ada jalan taik minyak kau!..susah…susah…ish.” sergahnya. Hatinya masih membara tidak keruan. Yang dimarah tentulah kepada anaknya kerana telah mengendalakan hajatnya hendak ke RSJ, tetapi Amin yang menerima tempelakannya.
“Datuk bawa je saya pergi sana. Tahulah saya uruskannya.” Shaari langsung tidak memperdulikan cadangan Amin itu. Tangannya dibawa ke kepalanya. Dia menunduk ke lantai. Matanya dipejam. Seolah menanti kunjungan ilham.
“Mmm…mm …susah…susah.. .hendak kena cari jalan bawa anak aku balik ke sini. Kalau tidak susah aku.” Rungutnya berterusan mengulangi keputusan yang telah disepakati mindanya.  

                                                           

                                         ooooooo
      

Hidangan sudah teratur di atas meja. Mak Kiah yang menyediakannya selazimnya. Shaari sudah duduk di kerusi, menghadap hidangan dengan pandangan polos. Dia langsung tidak berselera hendak menjamahnya.
Handphone yang terletak di bucu meja berdengut tiba-tiba. Nombornya yang tertera diteliti. Dia merasa serba salah hendak menjawabnya. Bimbang perbualannya yang sangat peribadi antaranya dan Amin disyaki isterinya.
Tentu ada teknik yang akan digunakannya untuk mengabui pandangan serong isterinya itu. Teknik klise yang sering dipapar ideanya dalam drama swasta di TV.
“Apa halnya ni?” Suaranya ditinggikan.
“Kan aku sudah beritahu, malam ni aku hendak berehat. Kau tidak tahu ke aku ni penat. Siang malam asyik jamu klien saja. Nantilah aku cakapkan dengan Datin. Tapi aku tidak jamin aku boleh keluar.” Amin terkekeh dihujung sana mendengarkan skrip spontan sebuah drama swasta karya Datuk Shaari.
“Siapa tu bang?” Tanya isteri yang jughus lughu itu.
“Siapa lagi kalau tidak si Amin. Pembantu saya tu.”
“Kenapa, abang kena keluar ke?” Begitulah kelazimannya yang akan berlaku setiap kali suaminya menyambut panggilan ketika bersama dengannya.
“Tak adalah. Abang dah cakap, abang tak nak pergi dinner dengan klien malam ni. Abang sudah suruh dia cancel appointment tu. Rupa-rupanya dia terlupa.
“Tak baik macam tu. Masih ada masa. Mungkin hal penting. Kalau tidak masakan Amin call.” Tukas Majmin selaku seorang isteri yang langsung tidak pernah memikirkan tentang kepentingan dirinya semata di saat-saat bahagianya bersama suami tercinta.
 “Buat apa pergi kalau Anita tidak ada.” Shaari terpana. Dia menekup mulutnya yang tersasul menyebut nama gadis impiannya di hadapan isterinya.
“Hah!...Anita!... Anita… mana pulak ni?” Tanya Majmin mulai menyangka yang tidak enak tentang sebuah nama wanita yang meniti di bibir suaminya.
Shaari merasa cemas. Ada sesuatu yang dirasa menyengat pipinya. Jantung berdegup kencang. Dia cemas seketika sebelum dapat menepisnya dengan rekayasanya.
“Oh…Min tak tahu ke...abang ada pegawai baru? Dialah yang handle projek tu dengan klien. Tapi dia balik kampung pagi tadi sebab nenek dia sakit…semua dokumen penting ada pada dia. Hanya Anita seorang yang tahu perjalanan projek tu.” Bersungguh-sungguh Shaari menuturkannya untuk meyakinkan isterinya bahawa apa yang ditemberangkannya memang benar. Semata-mata benar.
“Susah tu bang.” Shaari menarik nafas lega, mengurut dadanya kerana isterinya mempercayai pembohongannya bulat-bulat.
Malam itu dia berlagak sebagai seorang suami yang baik, sentiasa boleh dipercayai kejujurannya dan sangat membahagiakan isteri yang mencintainya. Namun baginya wajah isteri yang lirih itu langsung tidak berseri dan bermakna apa-apa kerana di matanya yang terbayang-bayang hanya wajah Anita yang jelita menggoda.

                              

                                          * * *

Fareez dan beberapa kaki-tangan Resort Sri Jelapang ke jeti menyambut kedatangan sekumpulan tetamunya dari Produksi Drama Kita yang tiba jauh dari KL. Para petugas resort menolong memunggah peralatan yang dibawa dan menempatkan ke sebuah bilik khas yang di awasi sentiasa agar selamat.
Rizal hanya memerhati dari jauh apa yang dilakukan ‘Rizal’ pengurus resort anak Datuk Shaari itu. Fareez sedar bahawa dirinya sedang diperhatikan. Jadi dia perlu melakukan tugasnya sehabis baik. Setiap amanah yang di letak di pundaknya perlu dilaksanakan sehingga jaya sebaik mungkin.
Nampaknya Sarina begitu tertarik dengan Fareez. Dia sentiasa mencuri pandang pemuda yang diketahuinya sebagai anak seorang Datuk, pemilik RSJ dari bualan yang didengarnya antara beberapa kaki tangan RSJ tadi.
Sarina tidak dapat berlama-lama memandang ketampanan Fareez kerana seorang lelaki datang mendekati Fareez dan berkata sesuatu kepadanya. Fareez mengatur langkah mengikuti Rizal setelah berpesan agar memberi layanan terbaik kepada tetamu-tetamu itu kepada pembantu-pembantunya.
Anita pula menyeret tangan Sarina untuk mengikuti seorang petugas resort yang akan menunjukan chalet yang disediakan untuk kedua-duanya.
“Wah...cantik sungguh tempat ni. Aman, nyaman dan tenang. Tiada kebisingan. Yang kedengaran hanya suara ombak nun jauh sayup-sayup. Bila tingkap chalet dibuka ternampaklah wajah laut biru dengan pantainya yang berpasir putih.” Anita berdiri di sisi jendela yang terbuka menerawangi panorama alam sekitar dengan mata hati dan jiwa halusnya. Dia terkenangkan kampung halamannya di kawasan jelapang padi yang berdekatan dengan laut. Tetapi pantainya tidak berpasir putih seperti kebanyakan pantai di persisir laut China Selatan ini. Sebaliknya berselut hitam.
“Ish…graduan pengurusan akauntansi pun pandai bercakap macam saterawan juga. Kau ni mengalahkan ‘Kemala’ pula. Dahlah… berhentilah berangan-angan macam penyair tu. Penyair ni hidupnya di dunia angan-angan tau. kita pula hidup berpijak di bumi nyata.” Ujar Sarina sambil mengeluarkan baju-bajunya dari dalam beg dan menggantungnya di lemari.
“Tak sangka…ya kau pun kenal Kemala penyajak dengan sajak-sajak indah dan puitis tu? Aku ingatkan kau hanya kenal orang-orang di sekitar dunia kau saja. Orang-orang yang merasa dirinya cantik dan akan kekal cantik dan muda selamanya.”
“Ah! kau ni ada je...kau jangan memperlekehkan bidang yang sedang kau ceburi ini kerana bidang inilah yang memberi kau rezeki tau. Soal hendak kekal cantik dan muda sentiasa itu hak individu. Terpulanglah pada tuan punya diri. Jikalau hendak kekal muda dan cantik pandai-pandailah jaga diri. Bila rupa sudah berkedut cepat-cepatlah suntik botox…aha cantik semula.” Balas Sarina dengan sengihnya yang menyeringai.
Anita turut tersenyum dengan gurau Sarina walakian ianya adalah realti yang wujud dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Ramai di kalangan artis wanita veteran yang semakin dimamah usia kemudaannya memilih botox (botolonium toxin) sebagai penyelesaiannya. Pada pandangan Anita suntikan serum yang mahal itu tidak akan berkekalan merawat sakit tua kerana masa yang berputar sentiasa merubah setiap kehendak manusia.
“Eh...Nita kau perasan tak pengurus resort RSJ yang menyambut kita tadi, bukan main lawa dan kacak orangnya. Kabarnya anak seorang Datuk di KL.”
“Habis kenapa? Kau sudah terpikat dengan anak Datuk pulak. Tak mahu lagi hendak memikat Datuk dan cepat dapat gelar Datin?” sahut Anita menyelar sikap temannya itu.
“Kau ni…aku tu berkawan dengan Datuk-Datuk tu bukannya apa. Saja suka-suka. Sebab kebanyakan Datuk ni banyak duit dan pemurah pulak. Pantang melihat kita senyum, melambak-lambak rezeki yang jatuh ke riba kita. Apa kata orang…rezeki wajah. Bukan kita yang terhegeh-hegeh mengendeng. Tapi... kalau nak buat suami aku rasa aku tak nak. Kalau Datuk tu solo ok.” Jelas Sarina tentang pendiriannya.
“Berdoalah banyak-banyak Ina supaya kau dapat jodoh Datuk yang solo. Tapi aku rasa kau ni macam mana nak berdoa kalau solat pun liat, kadang-kadang buat kadangkala tidak. Jangan-jangan kau ni akan dapat jodoh Datuk yang solo tapi dah lanjut usia.” Tutur  Anita bercanda dan terkekeh kemudiannya, mengusik temannya yang mengacu penampar ke mukanya.
“Kau jangan main-main sebut Nita, masin mulut kau menjadi…merana badan. Minta simpang malaikat 44.” Sarina tahu pula merasa takut apa yang dikatakan Anita akan menjadi kenyataan.
“Taklah…aku gurau je…”balas Anita sambil merangkul temannya yang lincah dan lepas laku itu. Tetapi dihatinya, Sarina tetap mempercayai doa yang makbul kerana ‘masin mulut’ penyebutnya. Walakian semuanya berlaku dengan izinNya.   
Dia pun tidak tahu kenapa hatinya yakin mempercayainya kerana peristiwa sebegitu pernah dialaminya. Jika emaknya melarang melakukan sesuatu tapi masih juga hendak dilakukan, jawabnya terimalah padah. Emaknya hanya berkata jangan kemana-mana di waktu senja dekat masuk maghrib begini, takut kemalangan kerana di kala ini banyak hantu setan yang berkeliaran.
Kerana kedegilannya tidak mendengar pesanan emaknya dia terlantar di atas katil mengerang kesakitan kerana motorsikal yang ditunggangnya tiba-tiba terpeleset ketika hendak mengelak sebuah motorsikal lain yang muncul tiba-tiba di selekoh di suatu senja. Motorsikal yang ditunggangnya menghumbankannya ke dalam tali air.
Lain kali dia tidak berani lagi hendak membantah kata emaknya. Mungkin juga sebab ‘masin mulut’ neneknya seorang adiknya yang lelaki langsung tidak ingin berhijrah lebih jauh dari rumah ke mana-mana kerana sewaktu menanam urinya selepas emaknya melahirkannya neneknya mengatakan biarlah adiknya itu sentiasa ingatkan rumah dan tidak pergi jauh dari rumah.
Sudahnya adiknya itu hanya berada di rumah dan hanya menolong kerja-kerja nenek dan emaknya di rumah kerana dia langsung tidak boleh tinggalkan rumah tempat kelahirannya lantaran sentiasa teringat-ingatkannya apabila berpergian meninggalkannya..
“Janganlah masin mulut kau Anita, nanti aku yang padah.”
“Oii.. apa yang kau merepek tu. Tidurlah...baru letak kepala ke bantal dah mengigau. Sarina…Sarina!” 





12 comments:

  1. cerita yang menarik..ada feel kalau diikuti dari mula..

    ReplyDelete
  2. assalamualikum P..
    dulu2 mmg gila ni baca cerita dan novel segala, meniti usia yg dah tak muda selera dah bertukar lah pulak..

    ReplyDelete
  3. WSALAM NOOR..YELA NOOR MASA MERUBAH SEGALANYA TANPA SEDAR KITA...TQ

    ReplyDelete
  4. kena carik dulu episod2 awal ni kak..hihi..
    apapun selamat Hari Ibu kak..:)

    ReplyDelete
  5. HEH..HEH CARILAH ATIE...TQ..SELAMAT HARI IBU UTK ATIE JG.

    ReplyDelete
  6. Macam mana sibuk pun kakak tetap nak baca kisah ini
    Makin mengujakan. Apa lagi bila Anita dah ada peluang utk jumpa Rizal anak Datuk miang tu. Kakak nak tunggu mereka berbual dan bertentang mata...

    ReplyDelete
  7. makin menarik bab seterusnya..pertemuan antara rizal n anita..tq kakzakie walau sibuk tetap xketinggalan ikuti sambungannya.

    ReplyDelete
  8. Banyak yang dah ketinggalan...bila baca separuh tadi macam best pulak...beginilah orang yang kurang membaca...

    Apa pun selamat hari ibu....

    ReplyDelete
  9. tq bunda..kalau rajin nk baca klik labels r blog archieve...selamat hari ibu.

    ReplyDelete
  10. Ada jugak bab yang tertinggal ni nampaknya..
    Nanti saya datang lagi Kak Paridah :)

    ReplyDelete
  11. SB scroll down lagi ntry sblm ni..ada yg tertinggal, SB tak baca..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist