بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ag_02.1ASSALAMUALAIKUM...

JIKA disebut nadir pasti ramai di antara kita yang mengetahui maksudnya, iaitu jarang.
Justeru, pokok buah-buahan nadir memiliki maksudnya yang sama iaitu, pokok buah-buahan yang jarang ditemui.
Bahkan sesetengah spesies pokok tersebut hanya boleh boleh ditemui dan dikenal pasti oleh pakar barulah diketahui bahwa buahnya boleh dimakan mahupun tidak.
Malah, terdapat juga pokok serta buah-buahan nadir tersebut hanya boleh didapati di kawasan atau negeri-negeri tertentu sahaja menjadikannya amat jarang temui apatah lagi dijadikan hidangan.
Oleh kerana buah-buahan tersebut jarang ditemui dan dijadikan makanan, kebanyakan spesiesnya semakin dipinggirkan sekali gus boleh menyebabkan kepupusan.
Menyedari kepentingan generasi spesies buah-buahan tersebut perlu dikekalkan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) mengorak langkah mengumpulkan spesies buah-buahan nadir.
Dua buah pulau iaitu Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai Tekak di Tasik Kenyir, Terengganu telah dipilih berdasarkan kesesuaian kawasan, faktor tanah serta boleh dijadikan tarikan utama pelancong di tasik tersebuthttps://blogmardi.wordpress.com/tag/pokok-nadir/

BUAH NADIR NI PELBAGAI RUPANYA DAN KADANG KITA TAK TAHU PUN IANYA BOLEH DIMAKAN DAN DIJADIKAN UBAT.
BUAH KANTAN...PIC TOK PERAK.
Photo: Kembang bunganya pengadun rasa 
sering di guna menambah selera
Sayang Buah nya sering dilupa
Selain dimakan sebagai ubat juga diguna
Itulah tumbuhan yg sering dijumpa
Ayuh mengenal apa gerangannya...
JANGAN TAK TAHU POKOK KANTAN PUN ADA BUAHNYA...MUNGKIN SEBAB BUNGANYA SELALU DIPETIK JADI TAK SEMPAT MELIHATNYA BERBUAH...BUAHNYA BOLEH DIJADIKAN UBAT DAN DIMAKAN BEGITU SAJA.

JERING...PIC TOK PERAK.

JERING DIJADIKAN ULAM ATAU DIMASAK SAMBAL TUMIS YANG MENYELERAKAN


                     CERI TERENGGANU SEDAP DIMAKAN PABILA DAH MASAK RANUM.

                                            CERI TERENGGANU..
                                            CERMAI....PIC GOOGLE.

CERMAI NI MASAM SIKIT DAN ADA YANG MENYUKAINYA UNTUK DIBUAT MENYICAH ATAU MENCOLEK. BOLEH JUGA DIJERUKKAN. BEGITU JUGA DENGAN BUAH ROKAM. RUPANYA MENARIK BERWARNA MERAH TERANG BERKILAT TAPI TAK SEMANIS CERI WALAU RUPANYA SEAKAN.

ROKAM
BUAH JENTIK NI MANIS RASANYA. HENDAK MENGELUARKAN ISINYA PERLU DIJENTIK DENGAN JARI BBARULAH TERBUKA KELOPAKNYA. BIASANYA KALAU BUAH-BUAHAN MULA BERMUSIM, BUAH INI JUGA TIDAK KETINGGALAN.
JENTIK.

                                      BERTAM......PIC TOK PERAK.
BUAH NI BANYAK TERDAPAT DI KAMPUNG SEBELAH PERAK. ISINYA MANIS DAN SEDAP DIMAKAN TAPI RAMAI YANG TAK PEDULIKANNYA..

25 comments - "BUAH-BUAH NADIR YANG PELIK.."

nohas delete icon 6 March 2014 at 00:37

buah cermai dan jering je yg pernah makan..satu buat jeruk dan satu lg buat ulam..

buah ceri terengganu dan buah rokam tu mcm sama je..teringin nak makan...buah2 nadir ni kalau dikomersilkan mesti ramai yg nak beli kan..

Qaseh Wee delete icon 6 March 2014 at 01:17

buah rokam dan jentik blm pernah jumpa

ANAK KUALA delete icon 6 March 2014 at 08:07

Kak.....pembetulan kak....Bukan buah rumbia tu.....BUAH BERTAM...Sejenis tumbuhan hutan belukar...

Irfa delete icon 6 March 2014 at 09:08

buah kantan tu klu di kg saya, kami gunakan utk masak bersama ikan sungai
sedap kak ;)
caranya: tumbuk cilipadi dan kunyit,ketuk buah kantan dalam 3/4 biji
masukkan dlm periuk bersama air dan ikan sungai
mcm asam rebus, rasanya pedas2 masam
sesuai kalau rasa pahit mulut lps demam

wewengkon sumedang delete icon 6 March 2014 at 09:42

buah2anya unik dan menggoda selera pak...
kalau didaerah saya susah dijumpai buah2 seperti ini...

paridah delete icon 6 March 2014 at 09:54

yeke...ceri terengganu ni manis rasanya buahnya bergugus kecil...tapi rokam ni masam walau masak ranum kalau nak manis dijerukkan n rendam dgn air gula...sedap juga....tq nohas.

paridah delete icon 6 March 2014 at 09:58

buah rokam ni ada juga yg tanam di kampung sbg penyeri laman n buah jentik selalunya terdapat dlm dusun buah-buahan di sebelah utara...tq Qaseh Wee.

paridah delete icon 6 March 2014 at 10:00

yeke...tersilap kutip info ya...nanti kak edit semula...tq Anak Kuala.

paridah delete icon 6 March 2014 at 10:03

bagus sekali info irfa...ramai yg xtau kegunaan buah kantan ni...kak sendiri xpernah tengok buah kantan....tq Irfa.

paridah delete icon 6 March 2014 at 10:07

buah2 kampung yg banyak terdapat di kampung atau pinggiran hutan...jarang juga boleh ditemui...tq wewengkon sumedang.

Achmad Fazri delete icon 6 March 2014 at 11:37

wah hanya beberapa buah saja yang saya ketahui.. harus di lestarikan ya buahnya, supaya tidak punah :)

Yahya Doank delete icon 6 March 2014 at 11:51

Enak tuh kayaknya... bagi donk?? hehe

Kakzakie delete icon 6 March 2014 at 12:57

Ciku, kantan, jering rumah kg kakak ada tau.
Tapi buah rokam, ceri terenganu dan bertam kakak tak pernah jumpa. Sama juga buah jentik tu macam rambai isinya ye. Semua ini pun kakak tak pernah rasa... ruginya...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) delete icon 6 March 2014 at 14:47

terliurnya tengok buah cermain tu kak paridah.. dah lama aiza tak balik kampung..

paridah delete icon 6 March 2014 at 15:51

yeke...tapi buah2 nadir ni mudah mendapatnya di taman2 pertanian tapi sudah jarang ditanam di kampung2...tq Achmad Fazri.

paridah delete icon 6 March 2014 at 15:54

enak semuanya...nak ker ambil saja...tq Yahya Doank.

paridah delete icon 6 March 2014 at 16:08

yeke...biasanyadi kampung2 ada pokok2 tu ditanam...nak cari ceri terengganu kena ke terengganu, buah rokam cantik merah tapi masam..buah bertam tu pokoknya tumbuh kat pinggir hutan...buah jentik ni sy suka sbb bila nk makan boleh main jentik2 dulu..rupanya seakan rambai tapi lbh kecil n berkulit keras...di sebelah utara banyak buah ni...tq Kakzakie.

paridah delete icon 6 March 2014 at 16:11

minat buah cermai ya..sedap buat menyicah tu...tq Mizz Aiza.

Kesuma Angsana delete icon 6 March 2014 at 16:22

tq berkongsi info sama ye kak, bayk buah2 kat sini yang KA x tau lagi !

paridah delete icon 6 March 2014 at 21:26

kak juga banyak xkenal buah2 nadir yg boleh dimakan KA...pelbagai jenisnya tu...tq Kesuma Angsana.

Pha Is delete icon 7 March 2014 at 14:50

banyak lagi rupanya spesis buah yg saya tak tahu.. hehe
nice share.

paridah delete icon 7 March 2014 at 15:00

tu baru skit pha is...banyak lagi sebenarnya...tq Pha Is.

mooni delete icon 15 July 2014 at 15:06

Buah jentik kalau musim antara bulan Ogos - September mmg bayak boleh dapat di Kedah. Tapi very limited time sbb buah ni x tahan lama. Boleh beli di pasar2 sehari (kat kedah org panggil nat). Antara lokasi popular utk beli buah jentik ialah jalan utama antara Jitra dan Kodiang. Byk gerai buah2an tepi jalan yg jual buah jentik.

Anonymous delete icon 12 September 2014 at 15:31

pembetulan ye gambar buah rokam tu sebenarnya gambar buah ceri la,cuba tengok betul-betul,jangan mara ye.......

abuya delete icon 30 January 2015 at 00:06

bangga kejap ade ceri terengganu tu...

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”