Monday 18 May 2015

SELIRATAN CINTA...... BAB 29

ASSALAMUALAIKUM..

“Cepatlah mandi tu. Aku dah nak keluar ke coffeehouse bersarapan.” Laung Anita dari dalam bilik. Dia sudah siap berpakaian rapi dan berdandan ala kadarnya.
“Oii...sejuk sungguh. Menggeletar bibir.” Ucap Sarina. Terketar-ketar bibirnya menahan kesejukan. Tualanya disibai di dadanya. Rambutnya dibiar menggerbang.
“Aii...kalau dah sejuk sangat cepatlah pakai baju yang tebal sikit. Hawa pagi di tepi laut memang sejuk. Jangan biarkan tubuh masuk angin, nanti demam kan susah. Cepat bersiap, aku tunggu kau di luar chalet kita ni.” Anita sedang berdiri di koridor yang menghala ke coffeehouse menikmati suasana pagi yang segar dan harum dengan bauan bunga melor dan melati yang putih bersih.
Rizal memperhati gelagat Anita dari kaca jendela pejabat pengurusan RSJ.
“Apa yang kau intai tu?” Fareez bertanya sambil meneliti dokumen mengenai RSJ yang berlonggok di atas meja.
“Melihat melor dan melati putih di hujung taman.” Jawab Rizal bersahaja.
“Oh itu…”balas Fareez yang telah berdiri di sisi Rizal dan turut memandang ke a rah yang sama. Dia tersenyum sekilas. Dinyatakan pula apa yang terkandung di dalam tilikan mindanya.
“Nampaknya Melati tu susah sikit nak di petik. Tapi kawan dia tu aku rasa senang nak tekel. Dia tu peramah dan mudah berkawan. ‘Si melati’ tu aku tak berani nak dekat.”
“Kau ni apalah. Sampai ke situ pulak. Aku ni tak maksud apa-apa pun. Aku bercakap benar, memang aku sedang perhatikan bunga melor dan melati. Tak ada kena mengena dengan sesiapa.” Balasnya, segera pula menyanggah tafsiran yang menyimpang maksud sebenarnya.
“Boleh percaya ke tu?” Sela Fareez dengan sengihnya menangkap perubahan raut wajah temannya yang berusaha mengenepikan rasa aneh yang drastik menyelinap ke kalbunya.
“Jomlah kita ke coffee house bersarapan…” Fareez bercakap bersekali dengan tindakannya. Rizal mengikuti langkah Fareez yang mendahuluinya, melalui koridor hingga masuk ke situ.

                                            * * *

Sarina, Anita dan Johan kelihatan sedang menikmati juadah sarapan pagi yang disediakan.
Rizal memegang tangan Fareez mengajaknya memasuki ruang dapur tempat jurumasak memproduksi makanan beraneka. Dia tidak mahu Fareez mengganggu tetamu-tetamu resort yang sedang leka bersarapan itu.
 “Joint us Encik Rizal” Sarina manis mempelawa apabila melihat kelibat Fareez bersama Rizal yang sedang berjalan menghala ke dapur coffee house itu.
“Janganlah berencik-encik dengan saya.” Sahut Fareez malu-malu alah. Perasaannya sentiasa tidak tenteram apabila seseorang menyebutnya ‘Rizal’ sedangkan Rizal di sebelahnya hanya tersengih memandang.
“Awak kan anak Datuk. Kenalah hormat sikit.” Ujar Sarina yang keletah dan manja itu.
“Beginilah Encik Rizal, Encik Fareez, saya dah habis ni. Saya nak pergi tengok lokasi penggambaran sekejap. Boleh tak tolong temankan artis-artis saya ni?”
“Boleh...tak jadi masalah.” Balas Fareez. Sedang Rizal hanya berdiam diri.
Johan bangun dan mula hendak mengatur langkah menuju arah tujuannya. Sarina begitu mesra melayani Rizal dan Fareez dengan pertuturannya yang manja membuatkan Anita merasa rimas dan lemas. Situasi yang tidak digemari dan ingin segera dihindarinya.
“Abang Johan… boleh tak Nita ikut sama. Nanti bila shooting sudah tidak ada masa hendak ronda-ronda pulau.”
“Apa salahnya. Jomlah asisten kita dah tunggu tu…”
Fareez memandang Rizal yang mengerutkan keningnya. Rizal mengangkat bahunya.
“Beginilah Encik Rizal…saya ni ada kerja nak dibuat di opis tu. Encik Rizal berbuallah dengan Cik Sarina…ya.” Rizal meninggalkan Fareez bersama Sarina, walaupun Fareez menegahnya dengan berbisik kepadanya.
“Anita tu tak macam Sarina. Mudah mesra.” Kata Fareez berserta pujiannya.
“Agaknya rindukan buah hatilah tu…”
“Sudah ada buah hati? Hemm..” ‘Melepas kau Rizal. Melati putih tu sudah kepunyaan orang.’ Getus hatinya, pandangannya mencari-cari kelibat temannya.
“Buah hati dia, bukan calang-calang orang. Seorang Datuk yang kaya raya.”
“Wow dahsyat. Tapi biasalah artiskan. Semuanya nak pilih Datuk saja sebagai buah hati. Patutlah menyombong semacam.” Komen Fareez bersumberkan apa yang diketahuinya hasil pembacaan yang tertera ceritanya di majalah hiburan.
Rizal tiba-tiba muncul membawa dua gelas jus minuman yang diletakan di atas dulang kayu berukir.
“Ish kau ni dah jadi waiter pulak. Menyusahkan diri saja. Bukankah kau tu asisten pengurus? Kau duduklah sekejap. Sarina ni sedang bercerita yang menarik sangat. Mesti seronok didengar”
“Tak adalah...cerita biasa je.”ulas Sarina.
“Tadi Sarina kata Anita tu sudah ada buah hati seorang Datuk yang kaya raya tau..” Fareez memberitahu Rizal yang terkedu. Seketika.
“Agaknya siapa Datuk bertuah tu ya...?” lirih suara Rizal bertanya.
“Datuk Shaari…shipping tycoon yang terkenal tu.” Rizal tersentak. Seakan sesuatu dirasakan merentap tangkai jantungnya. Dia terduduk mengurut dada. Astagfirullhalazim. Dia beristigfar. Fareez memandangnya. Segera memegang bahu temannya itu.
 “Kenapa Riz…?” Tanya Fareez kalut.
“Maaf...tak apa. Aku tak apa. Kau jangan susahkan aku.”
“Tak payah cerita pasal dialah... Rizal pun apa kurang. Anak Datuk juga kan.” Fareez merasa serba salah hendak melayani bualan Sarina seterusnya memandangkan keadaan kawannya yang lemah, pucat dan tidak bermaya itu.
“Jom kita masuk ke pejabat. Mungkin keadaan yang panas di sini buat awak tidak selesa. Maaf Sarina saya terpaksa masuk ke pejabat dulu.” Fareez dan Rizal segera berlalu meninggalkan Sarina yang termangu-mangu memikirkan hubungan yang sangat akrab antara ketua dan pembantunya.

                                                 

12 comments:

  1. best2 terbaik kak !

    ReplyDelete
  2. yeke KA..terima kasih banyak....

    ReplyDelete
  3. First of all, terpesona dengan bunga kaler pink tu.
    Nanti saya sambung baca lagi Kak :)

    ReplyDelete
  4. cantik kan rose tu..tq fidah rajin juga baca.

    ReplyDelete
  5. HEH..HEH..CUBALAH ATIE...TQ.

    ReplyDelete
  6. Tembelang dah pecah. Kakak dah agak mesti Rizal tahu ayahnya suka main perempuan.
    Kita tunggu apa jadi lepas ini. Tak sabarlah PI. Buatlah seminggu 2kali hihi...

    ReplyDelete
  7. heh..heh...novel ni dh masuki bab2 akhir kakzakie...bersabar ikuti sambungannya ya..tq kakzakie xpernah mis ikuti sambungannya.

    ReplyDelete
  8. habis baca, SB scroll up sekali lagi..tengok bunya mawar pink tu..alahai sungguh ayu..

    ReplyDelete
  9. yeke..menawan sungguhkan rose tu...tq sue b

    ReplyDelete
  10. hmm..dh nk habis pun..tq khir khalid.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist