Tuesday, 8 April 2025

GINGER BALIK KAMPUNG

 ASSALAMUALAIKUM


 






GINGER BALIK KAMPUNG

 

Pertama  kali Ginger berjalan

naik kereta lalu pengkalan

didokong Mia

meragam dia

akhir dikurung diam terkilan

.

Menjerit  dia dalam kurungan

celah jeriji keluar tangan

terkapai-kapai

hendak mencapai

tergesel-gesel tersangkut lengan

.

Setelah  lama tenanglah diri

di tepi tingkap kucing berdiri

renung sekitar

roda berputar

jemulah sungguh tak dapat lari

.

Ketika Mia sibuk beraya

busana cantik sakan bergaya

Ginger  dikurung

dilanda murung

makan tak lalu lemahlah daya


Sunday, 6 April 2025

ELEGI JELANG LEBARAN

 ASSALAMUALAIKUM






Salam Ahad selamat berhujung minggu.
Alhamdulillah puisi kuatrin; ELEGI JELANG LEBARAN karya PI disiar SUARA SARAWAK 6 Apr 2025 ....terima kasih banyak kesudian Editor...terima kasih banyak dik Eiza Nashwa @GRUP ALUMNI ASN berkongsi info....tahniah cikgu Nazim Mohd Subari dan penulis tertera turut berkongsi ruang karya



ELEGI JELANG LEBARAN


Jelang lebaran menghulur salam

bergenang tangis ketara basah

senja berakhir bermula malam

kala begini nyata berpisah


Tautan tangan terlerai sudah

melepaskanmu berat sekali

renungan sayu tiada madah

takdir tersurat sejak azali


Berladung sayu menghiris sukma

gerimis duka luruh merenyai

sekian musim telah bersama

dibungkus hiba segala lunyai


Cinta Ilahi amat sempurna

hamba yang soleh undang bertamu

ke alam barzah tinggalkan fana

tiba waktunya bisa ketemu


Genggam  iltizam  semangat bawa

pertemuan jua perpisahan

hadap ujian tarbiah jiwa

seka tangisan perlahan-lahan


PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

14/3/025

Friday, 4 April 2025

WISATA RAYA

 ASSALAMUALAIKUM

PI BALIK BERAYA DI TERENGGANI ......MERIAH SEKALI SUASANANYA...SAUDARA MARA BERKUMPUL MENJAMU SELERA DENGAN JUADAH ISTIMEWA SAMBIL MENYAMBUT TETAMU YG BERKUNJUNG SILIH GANTI........HARI RAYA KEDUA PI IKUT ANAK CUCU KE PENGKALAN CHEPA KELANTAN MENGHADIRI RUMAH TERBUKA BOS TEMPAT KERJA ANAK N SINGGAH BERAYA DI TANAH MERAH RUMAH ANAK YG MENETAP DI SANA...ALHAMDULILLAH ALLAH KURNIAKAN PI ANAK CUCU YG RAMAI...BALIK DARI SANA KE UJ ZIARAH ADIK N JIRAN2 PI DI SANA SEPINTAS LALU...MAKLUM HARI BERANSUR PETANG...BERGEGAS PULANG KE SERENDAH SEBAB BIMBANG TERPERANGKAP DALAM JAMMED DI LEBUH RAYA...........ALHAMDULILLAH SELAMAT TIBA DI SERENDAH JAM 12 MALAM


GINGER PUN BALIK KAMPUNG















ARIF QORI IQBAL AQIL MANCING DI QURATA BEACH RESORT DAPAT JUGA BEBERAPA EKOR IKAN PADA PETANG SYAWAL PERTAMA






Saturday, 29 March 2025

SALAM AIDILFITRI

 ASSALAMUALAIKUM

ESOK LUSA DAH NAK RAYA...PI IKUT ANAK-ANAK BALIK KAMPUNG DI PAHANG N TERENGGANU...SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SAHABAT BLOGGERS N VIEWERS...PI BIASALA KALAU BERCUTI TINGGALKAN PC TIADALAH N3..NAK GUNA HP UPDATE BLOG MEMANG TAK RETI. LAGIPUN MENAIP DI HP NI LAMBAT ...ASYIK SALAH JA.



Video Prof Salmah Amir terima kasih Sal


SALAM AIDILFITRI

(Terza rima)


Bergema  takbir serata alam

purnama Syawal sinarnya serlah

celah gemintang di langit malam

.

Rukyah dan hisab tiada salah

menjelanglah sudah Aidilfitri

sambutan rai segera olah

.

Suasana  nyaman berseri

ukhuwah kasih eratkan kemas

mohon maaf kesilapan diri

.

Di  Akademi Sanggar Nurimas

ruang sahabat berkenal mesra

santun salaman bertaut kemas

.

Aneka  genre karya sastera

ilham Penulis pena menulis

hasilan mutu indah ketara

.

Aidilfitri sungguhlah bermakna

hari mulia bersama cakna



PARIDAH ISHAK

DMS

28/3/025

Friday, 28 March 2025

RAYA ZAMAN DULU

 ASSALAMUALAIKUM

RAYA ZAMAN DULU

 



Mengenang masa beraya zaman kanak-kanak membuatku tersengih memanjang. Terutama tentang baju raya yang sedondon dipakai kami tiga beradik perempuan yang hampir sebaya hasil jahitan tangan emak.

Ketika tu kami sekeluarga tinggal di sebuah rumah kecil beratap nipah. Rumah jiran-jiran yang lain besar agam semuanya dan berdekatan antara satu sama lain. Kalau nak berziarah raya memang senang.

Pagi-pagi lagi sudah bangun berlari ke perigi untuk mandi sunat hari raya. Bukan main dingin lagi air yang ditimba naik menyiram tubuh kecil. Menggeletar bibir menahan kesejukan tapi mandi sunat hari raya fitri mesti dilakukan. Kelak selepas mandi bolehlah bergaya dengan baju baru dan kasut baru.

Siap berpakaian cantik akan bersarapan dulu dengan ketupat pulut dicicah gulai daging berserta kuih-kuih  tradisi yang disediakan emak. Kemudiannya bergerak ke masjid dan ke tanah perkuburan. Masjid dan tanah perkuburan jadi tumpuan anak-anak di hari raya kerana ramai yang sudi menghullur sedekah kepada anak-anak di situ.

Beraya ke rumah jiran-jiran hanya dijamu ketupat dan kuih muih saja dan kalau nak mengharapkan duit raya memang tak dapat. Duit raya hanya diberi emak ayah sendiri di hari raya. Berbeza sungguh cara raya anak-anak dulu dengan kini yang dengan mudah mengumpul duit raya dalam jumlahnya yang banyak.

Zaman aku beraya dulu kalau dapat kumpul seringgit pun sudah terlalu banyak rasanya. Kaya sangat dah tu heh..heh..


Thursday, 27 March 2025

KEMANUSIAAN

 ASSALAMUALAIKUM



KEMANUSIAAN

 

Kumerenung kertas kosong

kalam kutulis kabur kasmaran

keliling-kelalang kuintai

kemanusiaan ketara kelompongannya

ketandusan ketiadaan kasih

kerana keegoan kendiri

.

Keangkuhan kalangan kasta kayangan

kata kasar kesat kiasan kesukaan

keluhan kelompok kecil kampung ketawakan

kenapakah keputusannya  kelabu

keliru

 

.

Khalik  kurnia kelebihan kepada kalian

kadang kemewahan keterlaluan

kongsikanlah kasihan keprihatinan

kesombongan kesampingkan

.

Kedamaian kehidupan ketenangannya

kudamba kewujudannya

kita kan kelak ke kubur kesemua

kiam kematian


Wednesday, 26 March 2025

INGATAN KEPADA SEORANG ILHAMI HISHAM

 ASSALAMUALAIKUM




Dua naskhah terbaru terbitan NUHA BOOKS 025 berjudul INGATAN KEPADA SEORANG ILHAMI HISHAM telah selamat kepenerimaan PI kiriman penerbitnya Tuan Mohamed Nasser Mohamed Alhamdulillah! Terima kasih banyak Tuan kesudiannya. Cenderamata amat istimewa berharga berserta sampul duit raya lagi.. Naskhah apresiasi tribute mengenang sasterawan Ismail Hashim atau nama penanya Ilhami Hisham yang berpulang ke Rahmatullah Januari lalu, selenggaran penulis mapan AHKARIM, PUZI HADI, ABU HASSAN MORAD, ZAIDIN ABADI, PUTRAERY USSIN. Kandungannya berupa 43 untai sajak kenangan ukhuwah penulis rakan taulan kenalan juga sejumlah artikel berkenaan. Kakpidah menulis artikel SASTERAWAN ILHAMI HISYAM KENANGAN ABADI dalam antologi ini. Memang sasterawan ini baik budinya tiasa dalam ingatan. Al-fatihah semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya. Aamiin. Terharu sekali penerbit sudi memilih nota kecil kakpidah berada di laman naskhah antara coretan penulis terkenal berwibawa sahabat akrab almarhum..
Sekiranya ingin memiliki naskhah ini sila hubungi penerbitnya #facebook sebagai tanda sokongan. Harganya sederhana dan mampu milik.

Tuesday, 25 March 2025

AIR

 ASSALAMUALAIKUM



AIR
.
Pair terhenyak meronda malam,
lugai siakap lada diramu,
berlegar-legar lesung carinya;
air beriak tanda tak dalam,
bagai bercakap tiada ilmu,
berdegar-degar kosong isinya.
.
Penyair rancang balada retus,
tergedik-gedik galau beranduh,
jeda di pangkin rakan gelisah;
air dicencang tiada putus,
adik beradik walau bergaduh,
tiada mungkin akan berpisah.
.
Mujair legam waspada hiris,
terhenti-henti jila sahaja,
di para ara suar dikuit;
air digenggam tiada tiris,
berhati-hati kala belanja,
berkira-kira keluar duit.
.
Khair meranum markisa suri,
sisi tanamkan kelisa, rokam,
redih bercermat gara berulang;
air diminum terasa duri,
nasi dimakan terasa sekam,
sedih teramat selera hilang.
.
Mohair aneh ciak tersadai,
terlantun bedil terpaku nanar,
padah tatkala meniti sena;
air yang jernih sayak yang landai,
sepantun adil berlaku benar,
mudah segala pasti sempurna.

MyBloglist