Friday, 14 May 2021

AIDILFITRI SEMALAM

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM AIDILFITRI DARI KAK PI N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN....TERASA JUGA SEKELUMIT KEMERIAHAN RAYA KERANA ANAK CUCU SEDESA DAPAT BERKUMPUL MERAIKANNYA....ANAK2 JIRAN KIRI KANAN TURUT MENYERIKAN SUASANA...KAKPI N ANAKCUCU SEBENARNYA BARU SAJA DI SERENDAH..CUMA DAPAT BERKENALAN DENGAN JIRAN KIRI KANAN DEPAN BELAKANG SAJA...NAMUN KEMESRAAN UKHUWAH TERJALIN JUA





Wednesday, 12 May 2021

SALAM LEBARAN

 ASSALAMUALAIKUM


 

 


SALAM LEBARAN

 

Syawal menjelma saat dinanti

hilang Ramadan ditelan awan

rahmah dibawa berganda pasti

.

Dipohon maaf kawan dan lawan

ibu dan bapa sudah semesti

para blogger juga karyawan

.

Jauh sembunyi di sudut hati

memujuk akan rasa terkilan

reda bersyukur bertukar ganti

 

Sebab corona sepanjang jalan

mudah berjangkit tidak waspada

di rumah saja berbulan-bulan

.

Usahlah hendak mengada-ngada

asyik bertanya berperi-peri

sambut lebaran berpada-pada

.

Ceria wajah di Aidlifitri

manis tersenyum riangkan diri


Monday, 10 May 2021

LEMANG..

 ASSALAMUALAIKUM



PEMBUAT LEMANG
Masuk ke hutan mencari buluh
meredah ranjau mula mengeluh
tidaklah larat
mengerat-ngerat
basahlah tubuh lencun berpeluh
.
Terkejut juga jumpa siamang
tabahkan hati kerana lemang
angin gemersik
deru berbisik
jantung berdegup roma meremang
.
Memohon doa agar selamat
seram dan sejuk ngeri teramat
segera lari
memandu lori
laju memecut terlupa hemat
.
Sampai di rumah sebentar saja
cuba siapkan semua kerja
terlalu kalut
tertumpah pulut
lemang tak jadi beli sahaja

PARIDAH ISHAK
DMS

Saturday, 8 May 2021

HAZAMA HARUN...

 ASSALAMUALAIKUM





ADIKKU YANG MANIS MAAFKAN DAKU
.
Aku terlalu ingin bertemu
denganmu hasrat hati berkata
walau sekadar hanya bertamu
namun impian tidak ternyata
.
Kita berkenal di alam maya
manis wajahnya penulis mapan
editor lagi rajin berkarya
bukunya terbit santun harapan
.
Termangu daku renung aksara
tidak melintas di mukabuku
adikku ini diam bicara
ke mana dia tertanya daku
.
Budimu adik terkenang-kenang
riuh ciapan sang murai pagi
dukanya hati cemarlah tenang
adikku sayang tiada lagi
.
Hazama Harun nama sebenar
dan Aiza Zizan pena samaran
telahpun jauh dibawa sinar
akhir Ramadan jelang lebaran
.
Langkahmu laju mendahului
doaku sayu mengirim doa
takdir Rabbi tidak ketahui
akhirnya pasti bertemu jua

Yahti sent May 5 at 6:02 AM

Perginya takkan kembali. Tetapi buku-buku tulisan arwah Hazama Harun @Aiza Zizan akan terus dibaca dan diingati. Arwah meninggal 3hb Mei 2021. Meninggalkan dua orang anak yatim piatu. Keduanya masih belajar. Arwah juga merupakan salah seorang mantan admin Grup Mari Menulis. Tiada lagi ilmu penulisan yang boleh dikongsikan. Ya Allah, rahmati roh saudara kami HAZAMA HARUN. Kepada sahabat yang ingin membuat sumbangan@sedekah boleh bank-in ke akaun anak arwah. Muhammad Ikhwan Hakimi. No akaun BSN: 14171-41-00003957-3 (Mungkin sedekah kita dapat membantu anak2 yatim piatu yang ditinggalkn)

Friday, 7 May 2021

PASRAH...

 ASSALAMUALAIKUM



PASRAH

Sempadan nian disusur malu,
betul pengandar di raga dua,
meredah cermat ke ruang kelam,
menerap kasa menghimpun umbi,
sekoci mana nak bawa tangga;
Ramadan kian beransur lalu,
lailatulqadar moga bersua,
ibadah amal siang dan malam,
mengharap dosa diampun Rabbi,
suci sempurna jiwa dan raga.
.
Bawal berselang pulur bersulam,
umbut di para sisa sahaja,
meriap pala dipindah izat,
manisan ceri sudah dibeli,
diletak sipi sigai di sana;
Syawal menjelang menghulur salam,
disambut mesra rasa teruja,
siap segala juadah lazat,
hiasan diri indah sekali,
teratak rapi bagai istana.
.
Kerikil mati biarkan teja,
onak segera dipandak ramu,
sama gaharu cabut sempaya,
ganti berangan isih mengkudu,
menanda lebar amat tergesa;
musykil di hati lupakan saja,
sanak saudara tidak bertemu,
norma baharu menyambut raya,
hayati dengan kasih merindu,
reda bersabar nikmat dirasa.


PARIDAH ISHAK
DMS
7/5/021

Thursday, 6 May 2021

PKP LAGI...

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

 

P-atuhlah arahan demi pertahahan nyawa nan satu

E-ndahkannya mudarat bertandang tiba-tiba

R-isikonya rantaian virus corona menular bahaya

I-ngkar perintah maka kluster bertambah jumlah

N-an tiada kesudahan selama

T-idak terdaya lagi menangkis serangannya di kanan kiri

A-tas bawah, depan, belakang musuh halus

H-ampiri untuk memedang afiat diri

 

K-alau tidak siap siaga musuh halimunan

A-mbil kesempatan akan kelemahan

W-alanglah nasib lalu hanya berserah namun

A-llah Maha Mengetahui segalanya

L-ambat laun berkat kesabaran berjuang

A-kan ringan masalah berat dan akhirnya

N-ur langit menerangit suram suasana insya-Allah

 

P-epatah menyebut; hujan ribut ada hentinya

E-mosi elak bergolak bagai ombak

R-atib zikkir tenangkan jiwa lara

G-alau rusuh lontarkan jauh

E-sok lusa mungkin hari lebih indah

R-edup nyaman permai tiada gangguan

A-minkan doa sebanyak mungkin

K-ala solat malam akhir Ramadan

A-nggap  lailatulqadar membawa seribu bulan mencerlang cahaya

N-usa tercinta dirahmati seluruh warga selamat sejahtera


Tuesday, 4 May 2021

PERSADA GURINDAM HATI

 ASSALAMUALAIKUM

TELAH TERBIT ANTOLOGI PUISI PERSADA DAN GURINDAM HATI...PERSADA MENGANDUNGI PUISI PELBAGAI GENRE KARYA PENULIS GRUP GRAHA @FACEBOOK...SEMENTARA GURINDAM HATI ANTOLOGI PUISI TRADISI GURINDAM DENGAN BIMBINGAN PENYELENGGARA SIFU TABIR ALAM...KARYA KAK PI  TURUT TERMUAT DALAM KEDUA-DUA ANTOLOGI TERBITAN SPTA..TERIMA KASIH BANYAK SIFU BUDI MENURUNKANILMU TANPA JEMU 






Sunday, 2 May 2021

ENRIQUE...

ASSALAMUALAIKUM 



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAMBIL BERUSAHA MENJALANI RAMADAN FASA 10 MALAM TERAKHIR...BERIBADAH SEBANYAKNYA AGAR BERSUA DAN MERASAI NIKMAT LAILATULQADAR YANG MENJANJIKAN GANJARAN PAHALA SERRIBU BULAN...ALHAMDULILLAH.


BARU-BARU INI ANTOLOGI WANITA SERUMPUN DITERBITKAN DBP SETELAH MENGALAMI PROSES PENYUNTINGAN MULAI 2016...LAMA SUNGGUH KAN...TAPI AKHIRNYA TERBIT JUA...SEMPURNALAH HARAPAN.

KAK PI KONGSIKAN DI SINI TIGA SAJAK YANG DISERTAKAN PENYELENGGARA DR.NORHAYATI ABD.RAHMAN DI DALAM ANTOLOGI INI....TERIMA KASIH KESUDIAN PENYELENGGARA TURUT MENYERTAKAN KARYA PI.




 

MyBloglist