Sunday, 7 February 2021

MAGIS 0222020

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BLOGGERS N VIEWERS YANG DIKASIHI SEMUA...

ALHAMDULILLAH PI MENERIMA HADIAH ANTOLOGI SAJAK MAGIS 0222020 KIRIMAN BLOGGER NOVELIS SYAZNI EYM.

TERIMA KASIH BANYAK SYAZ...

VERSATILE BAKAT PENULIS ISTIMEWA INI KINI SUDAH MELEBARKAN SAYAP SASTERA MELIPUTI GENRE PENULISAN PUISI SAJAK PULA TAHNIAH SYAZ MOGA MAKIN SUKSES SEBAGAI PENULIS,,,SAJAK KARYA SYAZ DAN SEMUA PENULIS TERLIBAT TINGGI NILAI ESTITEKANYA INDAH BERMAKNA MENAFSIRKAN SUSUNAN ANGKA TARIKH BERSEJARAH DENGAN CERITA TERSENDIRI....ANTARA PENULIS YG PI KENALI TURUT BERKARYA DALAM ANTOLOGI INI IALAH CIKGU OUI SAL DAN MASRIYAH MISNI...KEDUA-DUANYA RAKAN SEGRUP DALAM PENERBITAN SPTA.. 









Friday, 5 February 2021

HADIS QUDSI. ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA



PERKONGSIAN ILMU:
HADIS QUDSI. ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA.
Hadis Qudsi firman Allah SWT, Nabi Muhammad saw dapat melalui mimpi.
Berbeza dengan wahyu iaitu ayat-ayat Quran. Baginda terima wahyu Allah melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.
Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:
*Aku membagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku.*
*Empat ayat di atas *Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in* adalah Hak Allah. Iaitu ayat satu, ayat dua, ayat tiga dan ayat empat.
Dua ayat di bawahnya, iaitu ayat enam dan ayat tujuh adalah urusan Hamba-Nya.
Ayat 1: *Ketika Kita mengucapkan Bismillah Hirrahman Nirrahim* Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
*Allah menjawab "Hambaku telah mengagungkan AKU"*
Ayat 2: Ketika kita mengucapkan *"AlhamdulillahiRabbil 'alamin"* Segala pujian milik Allah, Tuhan seluruh alam.
*Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."*
Ayat 3: Ketika kita mengucapkan *"Ar-Rahmanir-Rahim* Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
*Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."*
Ayat 4: *Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".* Allah Pemilik Hari Pembalasan.
*Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."*
Ayat 5: *Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.* Hanya kepada ENGKAU kami sembah dan hanya kepada ENGKAU kami minta pertolongan.
*Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”*
Ayat 6. *Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim,* Ya Allah tunjukkan kami Jalan Yang Lurus.
*Allah jawab: "Aku penuhi apa yang hambaku minta"*
Ayat 7: *Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.*
*Allah menjawab: “Aku akan penuhi yang ia minta.”*
(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)
# *Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.*
# *Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”*
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)``

Wednesday, 3 February 2021

MONOLOG

 ASSALAMUALAIKUM


MONOLOG

 

Suara hatiku

dalam diamnya

berbicara

sendiri

.

Yang ketara hanya

renungan kosong

tanpa erti

rahsia

 

Gemala mindaku

memilih arah

simpang siur

ke mana

 

Dan masih jua

monolog itu

menemani

setia




Tuesday, 2 February 2021

MENUKANG PANTUN

 ASSALAMUALAIKUM



MENUKANG PANTUN

Puisi pantun sudah diiktiraf UNESCO 2020 sebagai puisi tradisi rumpun Melayu nusantara. Sebutan ‘tun’ menjadi sebutan yang digunakan rumpun Melayu nusantara dalam pelbagai maksud. Menurut Liew Yook Fang (2011.556) yang dipetik daripada buku PUISI dan Pemuisi tulisan Tabir Alam terbitan SPTA 2019; pantun berasal dari kata akar ‘tun’. Puisi  pantun berasal dari daerah kepulauan Melayu dialek Minangkabau yang menyebut patuntun atau pantun dituntun. mana memang agak sukar kerana ianya sudah lama diwarisi Melayu nusantara yang menggunakannya sebagai wadah bahasa menyampaikan suatu maksud dengan lunak.

 

Menulis puisi pantun terikat dengan rima a b a b.

Contoh;

Bertukar madah kata diperi,

kalau bersua usah terleka;

sutera indah busana seri,

belacu jua pembalut luka,

 

Boleh juga ditulis rima akhirnya a a a a seperti syair asalkan sampiran dan maksudnya berbeza.

Jika penguasaan perbendaharan kata tahap terbanyak tentu terbaik membina pantun rima sempurna keseluruhannya. 

 

Terserlah warna berseri batik,

galau disidai berhabuk tebal;
apalah guna isteri cantik,

kalau tak pandai menumbuk sambal.


Rima rawak iaitu alunan bunyi perkataan yang agak senada juga boleh digunakan. Pengejaan setiap kata dalam pantun mestilah tepat dan tanda bacaannya mengikut format yang ditetapkan.

Sukukata pantun bilangannya 9. 10, 11, 12. Dan di dalam pantun klasik ada yang tidak selari jumlah sukukatanya. Sepatutnya sukukata sampiran dan maksud sama jumlahnya. Tapi bukanlah menjadi soal asalkan pantunnya indah dan mengutarakan maksud pantun tersebut seperti pantun klasik;

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

hancur badan dikandung tanah,

budi yang baik dikenang juga.

 Menukil puisi tradisi pantun dll tidak digalakkan menggunakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang disesuaikan. Dan tidak semata tertakluk dengan ejaan yang tidak sekata untuk dipilih sebagai rima tapi bunyi sebutannya.


Pelbagai tema pantun boleh dipilih mengikut tema dan jenisnya mengikut sukukata yang tersendiri.

Jikalau pantun kanak-kanak bertemakan nasihat  atau jenaka  seperti contoh;

Anak rusa nani,

baru kembang ekor;

apa dosa kami,

lalu tidak tegur.

 

Jeling-jeling paku,

paku masak lemak,

sapa jeling aku

aku cakap  emak.

 

Pantun klasik tersebut dibina 4 baris serangkap dengan 6 sukukata. Rima akhir dan tengah a b a b.

 

Pantun biasa 4 baris serangkap dengan rima tengah dan akhir a b a b sering ditentukan temanya pada slot berpantun @ radio Klasik seprtti contoh;

  

Pergi Kimanis hala ke hulu,

daerah laha mencari rempah;

tersenyum manis ikhlas selalu,

rajin usaha rezki melimpah.

 

Pelbagai tema pantun seperti, perbidalan, peribahasa, nasihat, kasih sayang dll boleh dikarang dalam genre pantun ini.


Monday, 1 February 2021

SAHABAT BARU KARYAKU

 ASSALAMUALAIKUM


WAH RAMAI JUGA SAHABAT BARU KARYAKU....TERIMA KASIH BANYAK KESUDIAN ANAK-ANAK YANG KACAK DAN JELITA SEMUANYA MENJALINKAN UKHUWAH MESRA DI RUANG MAYA LAMAN KARYAKU...SEMOGA MASING-M,ASING SALING BERKENALAN DAN MENZIARAHI ANTARANYA MENGUTIP ILMU YG DICARI TERBITAN N3 SHABAT-SAHABAT BLOGGER...ALHAMDULILLAH...SEKIRANYA TERINGIN MENJENGAH BLOG DAN BERKENALAN DENGAN BLOGGER EMPUNYA BOLEH KLIK SAJA PI KAT SIDEBAR...




DIDIN TULUS




MOHD SAFAR ADIM



DIANA RASHID


ALBERT GONZALEZ

SHIDA RADZUAN

WAK JAMAN

NORLIDA HIDAYU
FAIZAL RAHMAN
INGIN TAHU
FIZAH ABD HALIM
RASHIDAH BT JAMAL
EINA MD ALI

CIK TK
NAIMI ART
KAK MIM
SHIKIN RAZALI
AZIAN KHALID
AS SHAMSUDIN



































Sunday, 31 January 2021

KABUT BULAN MENGAMBANG

 ASSALAMUALAIKUM


GRAFIK YAHTI HAYATI (C)


Hari Wilayah -

binaan Putrajaya

nusa merdeka

 

seni binaan

fatamorgana –

oasis Kalahari

pesona bayang

 

cahaya neon -

kabut bulan mengambang

teman serambi

 

Hari Thaipusam –

arca atas pedati

lebuh sendiri


Friday, 29 January 2021

PENGENALAN TAFSIR AL QURAN

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA



PENGENALAN TAFSIR AL QURAN
TUJUAN MEMPELAJARI TAFSIR;
Mengetahui Kehendak Allah swt melalui kitab-NYA. Untuk memperkuat dan menyempurnakan keyakinan manusia terhadap Allah swt dan alam Akhirat. Untuk itu perlu memahami 30 juzuk al Quran dengan sempurna.
ILMU DALAM AL QURAN TERBAHAGI LIMA TAJUK:
1. Ilmu tentang Allah – Kebesaran Allah dan sifat-sifatnya yang sempurna – Mengajak manusia berfikir mngenai ayat-ayat di langit dan di bumi.
2. Ilmu Hukum – Cara hidup di dunia untuk selamat di akhirat. Perkara wajib, sunnat, harus, makruh dan haram. Perkara ibadat, muamalat dan ijtima.
3. Ilmu perbincangan dgn. 4 golongan sesat.
i. Yahudi – kaum Nabi Musa – Taurat
ii. Nasoro – kaum Nabi Isa – Injil
iii. Munafik – kaum Nabi Muhammad – al Quran
iv. Musyrikin mekah – pengikut Nabi Ibrahim – tiada kitab.
Perbahasan dilakukan dengan dua cara:
a. Allah swt mendedahkan akidah-akidah mereka yang bathil dan kesan buruknya
b. Menjelaskan kesamaran mereka. Allah swt menerangkan pembetulan akidah salah mereka dengan dalil-dalil Aqli dan Naqli.
4. Ilmu tentang peringatan – sejarah dan pengajaran daripada kaum-kaum terdahulu.
i. Cerita golongan baik dan taat – Allah bantu / tolong
ii. Cerita golongan derhaka – Allah azab /hancurkan.
5. Peringatan tentang berakhirnya hidup ini iaitu berkenaan kematian. Setiap yang hidup pasti merasi mati. Apa yang berlaku selepas mati.
i. Alam barzakh / kubur
ii. Kebangkitan dan perhimpunan di Padang Mahsyar. Hisab, Mizan – Syurga dan Neraka.
Tujuan kelima-lima ilmu Al Quran;
1. Membersih jiwa manusia
2. Membasmi segala fahaman batil
3. Membuang amalan adat dan ibadat yang bercanggah dengan kehendak Allah

Wednesday, 27 January 2021

BULAN PERTAMA

 ASSALAMUALAIKUM



bulan pertama -

susunan duit kertas

poket berisi

 

kulintangan zink -

rumah buluh Tobilung

budaya etnik

 

penari ngajat –

Gawai Ngemali Umai

lenggokan wira

 

langit membiru –

sampan tengah segara

tamu pengkalan

 

sebutir benih

mempelam harum manis -

dalam talian

 

kelapa sawit

lot kebun peneroka –

akaun satu


MyBloglist