Tuesday, 20 November 2018

NAZAM MAULIDUR RASUL

ASSALAMUALAIKUM

SELAMA MENYAMBUT MAULIDUR RASUL JUNJUNGAN YANG MULIA....SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA

MENYANTUNI UMAT MEMBAWA RAHMAT


                                                                  Pic google (c)

NAZAM  MAULIDUR RASUL

Sebermula bismillah melafaz kata
Selawat dan  salam rasul tercinta
Pembawa nur sinar semesta
Seluruh alam  sirna gelita

Malidur rasul ingatan umat
Hari sejarah nabi Muhammad
Lahir ke dunia menjunjung rahmat
Anugerah Allah berserta nikmat

Syiar Islam tegak menjulang
Meski berbilang dugaan menghalang
Tegar berjuang bukan kepalang
Darah air mata iring berselang

Nabi utusan yang Rahim Rahman
Kepada umat akhir zaman
Dakwah tarbiah ilmu pedoman
Semoga menjadi insan budiman

Nabi nur rahmat seluruh alam
Terangi gelap gelita kelam
Sentuhan baginda laksana pualam
Sejahtera sempurna Ilmi mendalam

PARIDAH ISHAK
Desa Melor
20/11/018 

Sunday, 18 November 2018

BOUNGAINVILLEA PENULIS..

ASSALAMUALAIKUM

SAHABAT PI PENULIS SITI ZAITON AHMAD YANG PROLIFIK BERKARYA DI AKHBAR BUKU DAN MAJALAH  JUGA SEORANG PENIAGA BENIH BUNGA-BUNGAAN DLL TANAMAN DI PEKAN TAPAH...DI HUJUNG MINGGU INI KALAU YANG BERDEKATAN DENGAN SANA BOLEHLAH KE SITU MENDAPATKAN APA YANG DIHAJATI.

SELAIN MENJUAL BUNGAAN DAN BARANGAN BERKAITAN TANI BELIAU JUGA MENJUAL BUKU BUKU YANG TELAH DITERBITKANNYA

SAMBIL MEMBELI BUNGA DAPAT BERTEMU DENGAN PENULS CANTIK AYU INI DAN JANGAN LUPA MEMBELI BUKU BUKUNYA SEBAGAI TANDA   SOKONGAN KEPADA PENULIS TEMPATAN 

                   
PENULIS SITI ZAITON AHMAD



SEMUA PIC SITI ZAITON AHMAD  (C)
WAH ADA MEOW PUTIH BERSIH MENUMPANG TIDUR DI CELAHAN PASU-PASU BUNGA RELEKS SUNGGUH NAMPAKNYA

Friday, 16 November 2018

PV MERUDUM..

ASSALAMUALAIKUM...

PV BLOG KARYAKU MERUDUM TERUK BERMULA CUTI DEEPAVALI BARU-BARU NI...DAH TAK RAMAI VIEWERS YANG SINGGAH...SEPATUT PI TAK LORAT SANGAT SEMUA TU SEBAB BLOG PI SEKADAR PERKONGSIAN KARYA SASTERA BIASA YANG TIDAK TERLALU DETIL...TENTULAH TIDAK RAMAI YANG MINAT...KENA TERIMA DENGAN SENANG HATI HAKIKAT ITU.

MUNGKIN SARI DUA ATAU SEBULAN DUA LAGI KEADAAN BERUBAH DAN PV BLOG KARYAKUKEMBALI SEPERTI BIASA WALAU PV TIDAK RIBU RIBAN SEPERTI BLOG PROF KHIR KHALID HEH..HEH..
MANALAH BOLEH TANDING DENGAN BLOG  YANG SEMUA N3NYA  TAHAP PRO YA DAK!

MASING-MASING KITA DENGAN IDE TERSENDIRI DALAM MENERBITKAN N3.

SEBENARNYA PI BUNTU  NAK PUBLISH N3 APA KALI NI JADI JARI-JARI PUN MENARI DI KEYBOARD PC MENANTI ILHAM MARI HEH..HEH..

TAPI HARI NI ANAK PI YANG BUNGSU MENYAMBUT ANUGERAH-NYA SEORANG BABY PEREMPUAN YANG COMEL....SYUKUR ALHAMDULILLAH....BERTAMBAH MERIAH KELUARGA PI DENGAN KEHADIRAN SEORANG LAGI SOLEHAH.


PIC AQIL HARITH DAN ADIKNYA AIRFF SEKADAR HIASAN                       

Thursday, 15 November 2018

AMALAN PEMAKANAN SUNNAH



ASSALAMUALAIKUM


AMALAN SUNNAH

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-
1. Susu dengan ikan
2. Cuka dengan susu
3. Buah-buahan dengan susu
4. Daun salad dengan ikan
5. Bawang putih dengan bawang merah
(jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6. Daging segar dengan daging kering
7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka
8. Cuka dengan nasi
9. Buah delima dengan serunding
10. Telur dengan ikan.
**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.
**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!
Perkara yang perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
1. Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya daripada cara pemakanan diatas)
2. Senaman sebelum makan.
3. Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)
4. Jangan makan buah selepas makan.
5. Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.
6. Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)
7. Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma
8. Makan sedikit waktu malam (awet muda, sunnah nabi)
9. Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.
10. Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.
11. Meninggalkan makan malam akan mempercepatkan tua sebelum tua.
**kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dalam perut dan lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestrol bertambah..
Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW dalam buku Khal Tamar Plus, Rasululah memberi amaran bahawa “perut adalah punca penyakit”. Jadi salah satu ikhtiarnya adalah melalui amalan Khal. Namun, nampaknya saya juga tertarik dengan amalan pemakanan Rasulullah. Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.


Wednesday, 14 November 2018

PUISI SAHABAT...

ASSALAMUALAIKUM

Masdan Kahad Paridah Ishak 
Tkasih sejatiku... 

Aku mencari nama 
Yang selalu sembunyi 
Dibalik lipatan kainmu... 
Aku mencari debar.. 
Yang tak lagi
Bersekutu merah jantungmu... 
Aku mencari lapar... 
Yang tumbuh malu malu 
Pada bulir bulir padimu... 
Aku mencari sisa Hujan... 
Seraya menyala

ragu ragu
Dibawah tumpokkan Abumu.. 
Melalui seribu celah... 
Kuhanya memasukimu.. 
Tapi tak menemukanmu... 
Cinta adalah kata terakhir 
Yang tergelincir dilidahku 
Tak mampu... 
Mengucapkanmu... 

Salam sore kedamaian 
Berbias senyuman 
Alfatihah doaku 
Untokmu Paridah.

Tuesday, 13 November 2018

DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA

ASSALAMUALAIKUM...


DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA
Genre : Biografi
Editor:
Rahman Shaari
Penyelenggara :
Norazimah Abu Bakar
Ladin Nuawi
Wanrazuhar
Wacana Minda
Usman Gumanti
Penerbit : PENYAIR Malaysia
Nombor ISBN : 978-967-14893-5-2 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 179
Pengulas : Paridah Ishak

DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA tidak saja menghimpunkan senarai  biodata100 penyair Malaysia malah turut  menyertakan biodata lebih rinci penggiat sastera yang mengagumkan dan sewajarnya dikenali.  
Mukaddimah pendahuluan buku ini oleh Tan Sri Dato’ Seri Hamad Kama Piah Che Othman penaung PENYAIR Malaysia. Kata Penghantar  pula oleh A Rahim Abdullah Presiden PENYAIR Malaysia dan  “Prakata oleh Dato’ Dr. Rahman Shaari.
            Telah dilancarkan sempena  KONPEN.(.KOVENSYEN PENYAIR DUNIA) yang berlangsung di Bachok Kelantan pada 21-22 july 018 dalam suasana meriah dengan pelbagai acara seni dan budaya yang dihadiri penyair di dalam dan luar negara juga penggiat-penggiat sastera tanah air.
            Dimulai dengan biodata Sasterawan Negara  yang dipapar detil dan lengkap..  Seramai 7 orang yang disenaraikan iaitu:
1.    1983: Dato’ Dr Usman Awang
2.    1985: datuk (Dr.) A. Samad Said
3.    1991: Prof Emritus Dr. Muhammad Haji Salleh
4.    2009: Dato’ Dr. Anwar Ridhwan
5.    2011: Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala
6.    2013: Datuk Baha Zain
7.    2015: Datuk Dr Zurinah Hasan
Menelusuri biodata Sasterawan Negara dalam pencapaian di arena kesusateraan dan kehidupan sebenar sangat menginspirasikan. Apalagi buat mereka yang mulai menaruh hati untuk berjinak-jinak dalam bidang ini.  Bukanlah mudah hendak berada teratas di kalangan Sasterawan Negara yang telah dinobat.ini. Tapi tidaklah mustahil mencapaiya sekiranya ada kesungguhan minat dan usaha sedari muda. lagi.
Membaca biodata setiap Sasterawan Negara pasti menyemarakan semangat untuk berkarya sebaiknya dalam bidang kepenyairan atau genre sastera lain yang diminati.
Kesemuanya bertolak dengan menghasilkan karya eceran yang disebar merata medium penulisan. Prolifik menghasilkan karya sastera tanpa jemu sehingga menjadi penulis mapan lagi disegani.
Turut disertakan juga adalah biodata penulis penulis yang menerima  ANUGERAH SEA WRITE 1979-2015. Anugerah ini menawarkan hadiah penulisan yang lumayan sebagai mengiktiraf karya penulis penulis yang terbabit di peringkat negara Asean..
PENERIMA ANUGERAH SEA WRITE 1979-2015
1.    A.Latif. Mohidin
2.    Siti Zainon Ismail
3.    Jihaty Abadi
4.    Amil Jaya
5.    Dharmawijaya
6.    A.Wahab. Ali
7.    Suhaimi Haji Muhammad
8.    Lim Swee Tin
9.    A Ghafar Ibrahim
10. Rahman Shaari
11. Zaen Kasturi
12. SM Zakir
13. Malim Ghozali PK
14. Zam Ismail
15. Jasni Matlani
Di bahagian akhirnya adalah senarai penyair-penyair yang menyertakan biodata diri masing-masing.  Nampaknya buku ini tidaklah menghimpunkan kesemua biodata penyair yang bergiat dalam kepenyairan Malaysia. Ramai lagi yang tidak tersenarai. Mungkin sebab tidak tahu tentang projek DIREKTORI 100 PENYAIR MALAYSIA yang diusahakan PENYAIR Malaysia ini.
Memetik Kata Penghantar oleh A.Rahim Abdullah Presiden PENYAIR Malaysia;
“Bagi penyair yang belum namanya termasuk dalam buku pertama ini, kami mohon kesabaran anda menunggu untuk pembaikan dan penerbitan yang lebih kemaskini . moga pengalaman pertama ini akan terus merangsangkan daya persona atau kemendirian kita sebagai insan kerdil yang ingin terbang ke langit biru, dalam meniupkan semangat kemanusiaan keseluruh  sarwajagat dan mampu melahirkan jatidiri penyair sebenar. “

PENYAIR MALAYSIA

1.    A  Aziz Deraman
2.    A Ghani Abdullah
3.    A Hamid Halim
4.    Adiwangsa Sukma
5.    Ahmad Razali
6.    Ahmad Sarju
7.    Animas Ar
8.    Asiah Sarji
9.    Aya Rohayah
10. Azizah Mds
11. Baharudin Sairi
12. Barupati Utamaju Baharum
13. Darma Mohamaf
14. Othman Yatim
15. Dil Froz Sayhals
16. Dayangku Mastura
17. Dr. Abham  TR
18. Gabriel Kimjuan
19. Ghazali Din
20. Hamzah Hamdani
21. Haryatie Abd. Rahman
22. Hipani Alwi
23. Ismail Hashim
24. Jaliha Binti Jaman @ Lya Zam
25. Juriyati Mat Jali
26. Kasajiza A.S
27. Kathrina Susana Tati
28. Ladin Nuawi
29. Lina Binti Mohd Lin
30. Maslina Binti Mahbu
31. Mahad A Bakar
32. Maulana Putera
33. Milyana Binti Arshad
34. Mohamad Rosli Bakir
35. Mohamad Saleeh Rahamad
36. Mustafa Siraj
37. Nazirah Muhammed
38. Nelson Dino
39. Noorlaila Ghafar
40. Nor Zaiton Hanafi
41. Noor Aisyah Maidin
42. Norazimah Hj. Abu Bakar
43. Norazmah Binti Zakaria
44. Nordin Hashim
45. Norgadis Labuan
46. Norhisham Mustafa
47. Norza
48. Paridah Ishak
49. Raja Abd.Rahman Bin Raja Basok
50. Raja Rajeswari Seetha Raman
51. Ramlah Abd. Rasid
52. Ramlee Bin Wahab
53. Razali Mohd Yussof
54. Rosita Ibrahim
55. Roslan Madun
56. Rozeline Vitalis
57. Saedon Ibrahim
58. Rusmimi Musa
59. Salmiah Ismail
60. Shamsudin Othman
61. Sharifah Hanura Eezwa Syed Akbar Ali
62. Syukri Abdullah
63. Siti Zaleha M Hashim
64. Solihin Osman
65. Sri Diah Shamsudin
66. Suzana Jumadil
67. Teratai Abadi
68. Tuan Siti Mustazameatun Binti Long Tuan Kecik
69. Usman Ibrahim
70. Wacana Minda
71. Wan Asyeah Wan Nawang
72. Wanrazuhar
73. Zaheera Ibrahim
74. Zaiton Haji Ajmain
75. Zaleena Ena
76. Zurhan B Bakar




MyBloglist