Wednesday, 19 October 2016

SENYUM HARI RABU...

ASSALAMUALAIKUM...


BAPA SIAPA HEBAT

Man: Bapak aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.

Ali: Eleh, bapak aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.

Man: Wow ! Bapak kau keje apa?

Ali: Tukang gunting rambut.

Sobri yang dari tadinya mendengar perbualan rakan2nya tergelak sinis.

Man: Yang kau gelak nape mcm perli kita orang je?

Sobri: Ye la, korang sibuk nak up kan bapak masing2 sebab tu aku gelak!

Ali: Eleh! Bapak kau hebat sangat ke?

Sobri: Hebat giler beb. Lagi hebat dari bapak korang berdua. Bapak aku tak buat apa2 pun, tapi orang confirm ikut dia. Bukan setakat tunduk je. Berdiri, melutut, duduk. Semua orang ikut dia.

Man: Pergh ! Hebat giler. Apsal power sangt bapak ko smpai semua orang ikut dia?

Sobri: Ye lah.. bapak aku kan IMAM, kalau tak nak ikut, baik sembahyang sorang2.

😍😍😍😍😍😍😍😍😍
Selamat menunaikan Solat fardhu secara berjemaah

Tuesday, 18 October 2016

SONIAN KEKASIH...

ASSALAMUALAIKUM....


KEKASIH


Kekasih dicinta
memendam rasa
kelu lafaz
membisu


Sehati sejiwa
mengarca cinta
badai lalu
tempuhi


Kekasih seorang
di alam fana
bulat hati
cintai


Kekasih abadi
sejati murni
tulus ikhlas
Ilahi


I JUST CALLED TO SAY I LOVE YOU..

ASSALAMUALAIKUM...




Monday, 17 October 2016

HAIBUN TRAGEDI NGERI...

ASSALAMUALAIKUM




TRAGEDI NGERI

Duniaku kini hanya di sebuah ruang kecil setiap hari dengan ralit mendengar siaran radio dan mendengar TV juga. Kenapa mendengar TV pula? Bukankah TV ditonton. Justeru pandanganku sangat kabur. Rabun sungguh.  Sebelum kemalangan tragis yang kualami bersama suami dan empat orang anak-anakku yang masih kecil aku bercermin mata. Tapi selepas insiden itu cermin mata yang sama tidak dapat digunakan lagi. Kuasanya tidak sama dengan tahap kekaburan yangku alami kini. Tragedi yang memberi akibat  tidak terduga dan datang bersilih ganti.  Sudahlah hilang upaya diri dan hanya mampu menggerakan diri secara sangat minima anggota tubuh di bahagian kanan, peti suara pun memendam perasaan. Bisu. Semuanya gara-gara eksiden di lebuh-raya Karak yang menyaksikan insiden yangku alami berlaku pada suatu malam.
Ketika kemalangan yang melibatkan kereta kecil yang dipandu suamiku dilanggar lori yang tidak dapat dikawal gerakan rodanya, kami sekeluarga dalam perjalanan ke rumah kakak suamiku yang tinggal di tengah bandaraya KL Syukur Alhamdulillah semua anak-anakku dan suamiku selamat. Cuma mendapat kecederaan kecil walau kereta kami remuk. Anakku yang baru berusia 50 hari patah tangannya. Dan aku koma, hampir sebulan di hospital besar KL
Insiden yang mencatat sejarah kehidupanku telah lama berlalu dan pengaruhnya kuadaptasi sebaiknya demi meneruskan kehidupan yang masih bersisa.

 gerhana bulan -
pinggiran jalan Karak

hilang upaya

Sunday, 16 October 2016

BERUBAT DENGAN AIR 2

ASSALAMUALAIKUM...

Amalan mudah untuk kebaikan!

AIR YASIN




Saya yakin semua sahabat ada dan pernah menghadiri majlis bacaan Yasin. Dan saya yakin sahabat sekalian ada melihat atau sahabat sendiri menyediakan air kosong atau mineral diletakkan di tengah majlis tersebut di mana tujuannya untuk dijadikan air Yasin.
Kenapa? Ini kerana air merupakan "perakam" terbaik dan dibuktikan oleh ilmu sains.
Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita ( tanpa kata-kata ).
Di sini saya ingin berkongsi satu amalan baik yang boleh kita lakukan bersama dengan mudah. Terutama suami, bapa dan lelaki khasnya. Amalkan meletak satu botol air semasa solat. Amalan ini boleh dilakukan semasa solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Di mana pada waktu solat fardu yang disebutkan tadi sunat untuk menguatkan bacaan pada rakaat pertama dan kedua. Dengan ini secara tidak langsung air ini telah merakamkan bacaan takbir, Al Fatihah dan bacaan ayat lazim.
In shaa Allah air ini boleh dijadikan minuman yang terbaik untuk kita.
In shaa Allah berkat dari bacaan dalam solat tadi dengan izin Allah kita akan bertambah sihat.
In shaa Allah dengan izin Allah banyak kebaikan untuk anak kita.
Tidak perlu lagi mengeluarkan belanja untuk membeli air yang dijual di pasaran yang dikatakan dibaca dengan ayat tertentu.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, saya cuma hambaNya yang lemah sekadar ingin berkongsi ilmuNya.
Like
Comm

Saturday, 15 October 2016

SUBHANALLAH..

ASSALAMUALAIKUM....

MENIKMATI KEINDAHAN KEJADIAN ALLAH SAMBIL MENGUCAPKAN SUBHANALLAH GANJARAN PAHALANYA DIJANJIKAN ALLAH...AMAT MUDAH SEKALI...
SEPATAH SAJA SEBUTANNYA....

Wahai jiwa jiwa yang mulai angkuh
Taubat dan mohonlah ampun kepada Allah Swt
Sesungguhnya dengan segala kelebihan yang kita miliki sebenarnya bak pisau bermata dua. Ya itu yang menghantar kita ke syurga atau menjerumuskan kita ke neraka
Ilmu Allah itu laksana samudra tak bertepi. Di atas langit keilmuan seseorang, masih ada langit di atasnya. Di atas itu semua ada zat yang Maha Mengetahui
Ilmu itu terdiri dari tiga jengkal. Jika seseorang telah memasuki jengkal pertama, maka ia menjadi tinggi hati dan takabbur.
Kemudian apabila dia memasuki jengkal kedua, ia pun menjadi rendah hati (tawdhu). Dan bilamana ia memasuki jengkal ketiga baru lah ia tahu bahawa ternyata dia tidak tahu apa apa kerana masih banyak lagi ilmu yang belum di ketahui
Semoga Allah memberikan kita taufik dan hidayahNya
Ustazah Nurbaya Usman.








Friday, 14 October 2016

MENGADAP ILAHI...

ASSALAMUALAIKUM…

Salam Jumaat mulia.

MENGADAP ILAHI

Insya-Allah kita semua akan mengadap Ilahi Pencipta kita Yang Esa pabila tiba waktu janji-Nya samada cepat atau lambat. Membawa apa saja amalan kita untuk dihisab ditimbang neraca-Nya. Kematian seiring dengan kehidupan. Ada hidup ada mati. Walau sedih terpaksa menerima hakikat kita telah kehilangan diri yang pernah dekat di hati kita.

Baru-baru ini seorang rakan FB PI Muhd Adnan Bahari telah pulang ke Rahmatullah kerana alami stroke dan kegagalan ginjal. Sewaktu beliau mula stroke PI cadangkan segera berurut dengan pengamal perubatan alternative di Seremban. 

PI tidaklah kenal rapat dengan bekas pegawai RISDA yang juga penulis terkenal sering menulis berita dan artikel di akhbar BH ini. Justeru beliau ini adalah rakan sekolah kepada penulis Noorlaila Ghafar kawan baik PI jadinya berkawanlah juga.
Salam takziah kepada keluarganya dan PI juga turut berdukacita.


Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan sahabat itu di sana dan berada di sisi-Nya di kalangan solehin yang dicintai-Nya…amiin.

Thursday, 13 October 2016

HAIBUN AIR TERJUN YU...

ASSALAMUALAIKUM....

LUBUK YU
Kami belia/beliawanis Ulu Jempol mengadakan perkelahan di Lubuk Yu ini suatu ketika dulu. Beramai-ramai berjalan kaki ke sini untuk menikmati keindahan alam semulajadinya diiring simfoni gemaan air terjun yang memecah kesunyian alam. Kata orang lubuk ini dinamakan lubuk Yu kerana bentuknya seakan U. Namun nama asalnya adalah lubuk Iru.

Ilham menjengah minda; terhasillah tulisan yangku hantar dalam ruangan SECEBIS KISAH akhbar Utusan Malaysia dengan tajuk KENANGAN DI LUBUK IRU. Alhamdulillah disiarkan.
Lubuk Yu,tempat perkelahan tersorok di tengah hutan itu telah dimajukan dan mengundang ramai pengunjungnya.

Akhir 2010 lalu digemparkan dengan berita lubuk ini telah menelan ramai korban. Antaranya Zainal rakan baikku.

Zainal turut bergabung tenaga dalam operasi menyelamat seorang mangsa lemas bersama pihak terlibat iaitu tentera, polis. bomba.

Usaha pencarian tamat tanpa menemukan mangsa. Tetapi selang tidak lama selepas itu berlaku kematian satu lepas satu.

Kematian yang melibatkan mereka yang bertungkus-lumus mencari mangsa. Pihak Kementerian Kesihatan mengesahkan mereka yang meninggal dunia itu dijangkiti kuman kencing tikus.
Memeranjatkan sungguh. Kami seringkali ke lubuk Yu tatkala bekalan air paip terputus tidak tahu di situ bersarangnya kuman kencing tikus.
Namun ada yang bercerita tentang pelbagai keanehan yang berlaku di situ.
Seorang mendakwa melihat seekor ular putih yang besar menjalar ke dalam hutan ketika yang lain sibuk menjalankan operasi menyelamat. Wallahualam. Dan diiringkan al-fatihah serta doa semoga Allahyarham Zainal dan mereka yang turut terkorban dalam insiden itu dicucuri rahmat rohnya, berada di kalangan solehin di sisi-Nya.

MyBloglist