Thursday, 15 August 2024

ANTARA DUA RAYA

 ASSALAMUALAIKUM



Alhamdulillah dua naskhah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 024 telah selamat kepenerimaan kakpidah kiriman Sifu Tabir Alam. Terima kasih banyak sifu. Tiga buah puisi kakpidah terselit dalam antologi ANTARA DUA RAYA. .Terharu sekali Sifu TA sudi memilih karya kakpidah; saduka JALAN RAYA, haibun TETAMU ISTIMEWA, tautogram KEHILANGAN. 37 pemuisi, menulis tiga puisi genre pilihan masing-masing dalam antologi ini. Semua puisi indah bermakna, menarik ditelusuri karya penulis Akademi SPTA mengagumkan. Teruja menikmati puisi hasilan Onn Abdullah, Rozeline Vitalis, Syidah Ida, Zuraida Dewi, Seti Zaleha, Salmah Amir, IHamimah Ibrahim, Jalimah Jaudin, Jania Jaudin, Noorlaila Ghafar, Bayu Pagi, Ana Cik Kamal, Bonda Zalina, Nazim Mohd Subari, Dewi Sukma, Pak Nngah, OBS, Kassim Hj. Buntak, Yusuf Sufali, Iqbal Halim dll
TAHNIAH SIFU TA selaku penyelenggara, penerbit dan semua penulis terlibat.
Sekiranya ingin miliki antologi cerpen BALIK KAMPUNG sebagai khazanah sastera bernilai sila hubungi Sifu Tabir Alam @facebook.

Tuesday, 13 August 2024

OYEN DAN GINGER

 ASSALAMUALAIKUM


 


OYEN DAN GINGER

 

Setelah Mektam dijemput Izrail kembali ke syurga, anakku membawa sepasang anak kucing berwarna jingga untuk perminan anak-anaknya. Semua anak-anaknya memang sukakan kucing dan menyayanginya. Terutama Damia. Kucing dua beradik sewarna itu kelihatannya amat berdisiplin. Mereka tidak buang najis merata-rata kecuali di tempat yang disediakan. Tapi sehingga kini aku tidak dapat membezakan yang mana satu Oyen atau Gingger menurut nama panggilan yang diberi kerana warnanya sama. Pandangan mataku mengelirukan.

  

 

retina mata -

anak kucing sepasang

pesona jingga


Monday, 12 August 2024

PELUPA

 ASSALAMUALAIKUM


 


PELUPA

 

Ingatan kini semakin tumpul

termangu dia ajak berkumpul

bila masanya?

dia bertanya

pening kepala urat bersimpul

.

Di dalam solat cuba beringat

mengira pasti jumlah rokaat

sudahkah dua?

teruskan jua

berulang laku jatuh keringat

.

Menyimpan barang entah di mana

tercari-cari sini dan sana

dirasuk gundah

puas geledah

tiada jumpa akhir terlena

.

Kenangan silam terpahat kemas

kisah terkini semakin rimas

sebab terlupa

terkapa-kapa

bingung celaru mengundang cemas


Saturday, 10 August 2024

MENCECEH

 ASSALAMUALAIKUM


 


PIC GOOGLE IMAGES(C)

MENCECEH! MENCECEH! MENCECEH!

 

Ramai sekali minat menceceh

sepantun murai riang berkicau

menganggap isu tidaklah leceh

gamat suara riuh mericau

.

Terimbau akan filem P.Ramlee

tiga pemuda kayuh basikal

keliling kampung girang sekali

lagu “Menceceh” bersatu vokal

.

Lirik tersusun kait cerita

meskipun lucu selindung tamsil

bukan sekadar karya tercipta

giat usaha mendaya hasil

.

Era menceceh telah bermula

terpana sinar kerdipan bintang

cerlang terpancar hikmat kemala

langgar sahaja aral merintang

.

Gegak gempita beka wacana

media maya tapak berjejak

jaring internet akan wahana

mencapai khabar kusyuk terlajak

.

Menceceh sudah jadi kerjaya

melipur lara dalam video

tetap mengundang gara bahaya

mpak  mendurja kesan audio


Wednesday, 7 August 2024

KARYA PILIHAN

 ASSALAMUALAIKUM

KARYA PILIHAN
PANTUN DBP (31/07/24)
(Pantun)

TERIMA KASIH SIFU TA SUDI JADIKAN PANTUN PI KARYA PILIHAN DAN ADAPTASI DALAM GRAFIK CANTIK...ALHAMDULILLAH





Monday, 5 August 2024

ARJUNA

 ASSALAMUALAIKUM



ARJUNA

#1

Dikau arjuna gemala jiwa

daku merindu berdetak waktu

mengharap takdir jadi penentu

ingin bersama ke hujung nyawa

#2

Derita kasih sanggup dibawa

semoga Allah memberi restu

dikau arjuna gemala jiwa

daku merindu berdetak waktu

#3


Impian daku menyulam cinta

hanya arjuna pilihan hati

tiada lain boleh mengganti

sehingga telah menutup mata

dikau arjuna gemala jiwa

daku merindu berdetak waktu

 


Saturday, 3 August 2024

SURAU

 ASSALAMUALAIKUM



SURAU

 

Surau itu dibina dua tingkat. Dan perlu menaiki tujuh takah anak tangga untuk ke tingkat atas. Jarak antara rumahku dengan surau tidaklah jauh. Hanya berselang sebuah rumah jiranku saja. Tapi sebab aku tidak kuat mengatur langkah menjadikannya terlalu jauh bagiku. Aku akan ke surau setiap petang Khamis untuk mengikuti kuliah agama diberikan seorang ustaz.  Petang itu setelah usai ustaz memberi kuliah semua jiran-jiranku yang hadir, solat zohor berjemaah berimamkan ustaz itu. Jiran-jiranku bersibuk menyediakan hidangan untuk ustaz dan semua yang hadir. Kak Kiah jiranku yang tinggal di hujung kampung berkenduri durian hasil tanamannya. Durian dihidangkan dengan pulut dan juga pelbagai kuih-muih. Aku bangun perlahan-lahan meninggalkan majlis dan menuruni tangga surau.   Tiba-tiba aku melayang dari anak tangga pertama terus ke bawah. Sakitnya tidak terasa. Tapi malu juga.  

 

jemaah surau -

menu durian kampung

langkahan tragis

 


Friday, 2 August 2024

SERIGALA BERBULU KAMBING....

 ASSALAMUALAIKUM



ALHAMDULILLAH CERITA RAKYAT SERIGALA BERBULU KAMBING KARYA PI DISIAR MAJALAH DEWAN PELAJAR EDISI OGOS 2024 ....TERIMA KASIH BANYAK KESUDIAN EDITOR...JOM PAKAT BELI DEWAN PELAJAR SEBAGAI BACAAN KELUARGA....BANYAK ILMU BERMANFAAT BOLEH DIPEROLEHI DENGAN MENELAAHNYA WALAU SECARA SANTAI.

MyBloglist