Saturday, 3 August 2024

SURAU

 ASSALAMUALAIKUM



SURAU

 

Surau itu dibina dua tingkat. Dan perlu menaiki tujuh takah anak tangga untuk ke tingkat atas. Jarak antara rumahku dengan surau tidaklah jauh. Hanya berselang sebuah rumah jiranku saja. Tapi sebab aku tidak kuat mengatur langkah menjadikannya terlalu jauh bagiku. Aku akan ke surau setiap petang Khamis untuk mengikuti kuliah agama diberikan seorang ustaz.  Petang itu setelah usai ustaz memberi kuliah semua jiran-jiranku yang hadir, solat zohor berjemaah berimamkan ustaz itu. Jiran-jiranku bersibuk menyediakan hidangan untuk ustaz dan semua yang hadir. Kak Kiah jiranku yang tinggal di hujung kampung berkenduri durian hasil tanamannya. Durian dihidangkan dengan pulut dan juga pelbagai kuih-muih. Aku bangun perlahan-lahan meninggalkan majlis dan menuruni tangga surau.   Tiba-tiba aku melayang dari anak tangga pertama terus ke bawah. Sakitnya tidak terasa. Tapi malu juga.  

 

jemaah surau -

menu durian kampung

langkahan tragis

 


4 comments:

  1. Kalau surau tempat wak, setiap lepas maghrib hari khamis ada yasinan dan tahlilan.
    lepas isyak ada ngambeng (jamuan nasi ambeng)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh WP wah terbaik ibadah mengimarahkan surau

      Delete
  2. laa awat tersadung tu? terpijak kain ke apa?

    ReplyDelete
  3. Ini cerita yg kakak alami? Haisssh, Alhamdulillah tak kenapa2 ya kak PI.

    Tapi ya laah, yg namanya jatuh nih, terkadang malunya lebih berasa drpd sakit nya 😅

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist