Thursday, 25 January 2024

KENANGAN

 ASSALAMUALAIKUM



 

KENANGAN

 

Ikat

susun kata

tulis abjad ayat

ukir pada tugu rindu

waktu

.

Untai

mutiara

kekal wujud statik

gambaran asal ketara

benar

.

Lepas

segalanya

terlerai guguran

tercari-cari di mana

pergi

.

Tali  

 ingat halus

terputus cempera

menghilang tiada langsung

sisa


Wednesday, 24 January 2024

PENGLIPUR LARA

 

ASSALAMUALAIKUM

 


PENGLIPUR LARA

.

Petah sekali atur bicara

pelbagai kisah diceritera

satu persatu

tajuknya tentu

di daiam diam  sembunyi lara

.

Kadang berlawak mencetus tawa

berlagak riang tersenyum lawa

berfikir pula

mengenang bala

kamarnya belum dibayar sewa

.

Lupakan rungsing lalu bernyanyi

menghibur insan mengusir sunyi

suara merdu

menggamit rindu

rusuhan jiwa cuba sembunyi

.

Penglipur lara tiada jera

terasa bebas segala gara

hikayat lalu

ulang selalu

namun hatinya menanggung dura

Monday, 22 January 2024

GAZA MERDEKA

 ASSALAMUALAIKUM


BERPANTUN DENGAN SIFU TABIR ALAM...GRAFIK PUN SIFU TA SIAPKAN...TERIMA KASIH SIFU













Sunday, 21 January 2024

SELAGI ADA WAKTU

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU



SELAGI ADA WAKTU 

.

Nabi bertanya malaikat maut

apakah ada utusan pesan

bagai isyarat kuat berpaut

sebelum jasad bertanda nesan

.
Malaikat menjawab demi Allah

isyarat maut telah diutus
pelbagai sakit uzur mentelah

berlaku tidak terputus-putus

.

Rambut nan hitam telah beruban

usia muda berubah tua

lupa ingatan berfikir raban

Izrail pasti akan bersua

.
Setiap hari Izrail seru

segala mungkar segera taubat

amal maksiat pinggir celaru

sebelum masa telah terlambat

 

.

Setelah peringatan diberi

nyawa pun tentu akan dicabut

selagi waktu berada diri

ambil manfaat apa disebut


Saturday, 20 January 2024

REMPAH GILING

 ASSALAMUALAIKUM


MENGGILING REMPAH

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

Suatu ketika dahulu suri rumah yang hendak menggulai ikan, ayam atau daging akan menggiling rempah yang akan digunakan.  Tidak dibeli rempah dijual di kedai sebab rasanya tak sesedap mana. Rempahnya bercampur ketumbar, cili kering, jintan manis atau jintan putih, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Semuanya direndam seketika. Kemudian letak atas batu giling. Dan mula menggilingnya hingga lumat. Menjadi kerjaku juga turut membantu di dapur kalau disuruh emak saudaraku. Malas juga aku hendak menyorong batu giling yang berat itu menggiling rempah. Tapi kukerjakan juga hingga usai. Setelah menggilingnya terasa panas memijar tangan. Bermain dengan cili kering dan rempah begitulah kesannya. Emak saudaraku memasak gulai ikan tenggiri dengan rempah kugiling itu.

 

rempah campuran –

gulai ikan tenggiri

tradisi lama


Thursday, 18 January 2024

HAJI ZAINAL RASHID AHMAD

ASSALAMUALAIKUM


 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

HAJI ZAINAL RASHID AHMAD

.

H-amba Allah perawakan sederhana

A-sal dari negeri Kedah

J-elas berbudi mulia

I-hsan sifat peribadi

 

Z-aman kecilnya pernah disleksia

A-mat payah menulis baca

I-mpinya tercapai jua

N-un tertinggi puncak kerjaya

A-ntara penggiat media massa

L-ajak jauh langkah wartawan

 

R-ata negara terjah jelajah

A-mbil iktibar liput peristiwa

S-angat prihatin yang daif

H-ulur bantu apa terdaya

I-nsaf berhadapan situasi

D-emi rasa tulus manusiawi

 

A-llah limpahkan rezeki

H-asil usahanya ketara

M-enjadi sasterawan berjaya

A-sa ubah jiwa patah  

D-amba bangsanya maju berilmu

Wednesday, 17 January 2024

SEJARAH MAHSURI

 ASSALAMUALAIKUM


pic google images (c)


MAHSURI

.

 

Lafaz bismilah suara jelas,

kisah Mahsuri meruntun belas,

galur sejarah syair beralas,

hasil kajian tiada culas.

 

Puteri pada Pak Andak Mayah,

memang berada tidaklah payah,

rezeki limpah usaha ayah,

tiasa ada tiada goyah.

.

Hidup sentosa huni Langkawi,

santun dunia junjung ukhrowi,

dara pingitan laksana dewi,

suka berpantun menulis jawi.

 

Wajah jelita tersangat indah,

hai Wan Mahora terkenal sudah,

temu Mahsuri terasa gundah,

anggap Mahsuri membawa padah.

.

Bimbang suami akan terpikat,

Pekerma Jaya orang berpangkat,

rasa cemburu teguh mengikat,

membuak-buak sukar disekat.

.

Lalu dipinang untuk adiknya,

mengharap akan urai resahnya,

reda Wan Darus hasad kandanya,

Mahsuri jadi suri hatinya.

.

Wan Idris pula adik Wan Darus,

pada Mahsuri hatinya terus

pesona cinta dikawal urus,

merana jiwa raganya kurus.

.

Wan Darus gagah panglima perang,

tugasnnya berat bukan sebarang,

melawan Siam tiba menyerang,

semangat juang tak pernah kurang.

.

Lama sekali berhari-hari,

tinggal Langkawi juga isteri,

berpisah jauh dengan Mahsuri,

saling merindu terdiam peri.

.

Lahir zuriat hubungan cinta,

sayang suami jauh di mata,

rusuh mengganggu terkedu kata,

memendam rasa berolak nyata.

.

Deramang datang kunjung saudara

dari kampungnya di Batu Bara,

Wan Idris adu pada Wan Mahora,

kait bicara hubungan mesra.

.

Lalu tersebar pesona fitnah,

mencerca nista sumpah seranah,

lantaran dendam jiwa meranah,

ingin Mahsuri hidupnya musnah,

.

Demi anaknya amat tercinta,

Pak Andak Mayah tanggung derita,

cerahnya siang gelap gelita,

cuba menebus dengannya harta,

.

Pekerma Jaya wakilnya sultan,

terima saja akan hasutan,

hukum Mahsuri silang ikatan,

disalang kejam pinggiran hutan.

.

Walau Mahsuri telah bersumpah,

laku maksiat tak mungkin tempah,

namun tetaplah darahnya tumpah,

perkara benar dianggap sampah.

.

Selesai tugas Wan Darus pulang,

lara kecewa bukan kepalang,

memandang anak menambah walang,

bawa ke Siam jejak menghilang.

.

Berakhir syair citra sejarah,

pulau Langkawi tentu daerah,

tragis kisahnya menjadi ibrah,

menurut nafsu segala parah.


Monday, 15 January 2024

MOTIVASI

 ASSALAMUALAIKUM



 

MOTIVASI

 

Anggap

kelemahan

hidup jadi sukar

buanglah norma berfikir

lama

.

Salah

ada benar

kekurangan jelas

kelebihan tetap ada

nyata

.

Pandang

sisi lain

sikap beza faham

ilustrasi hanya samar

hilang

.

Takdir

awal hari

entah rupa esok

bahagia jelma aura

indah


YAMAN

(Pancalarik)

.

Houti

tindak balas

kaitkan dunia

seret masalah melebar

luas

.

Demi

Tanah Gaza

prihatin serangan

Yahudi Zionis zalim

durja

.

Lancar

dron serangan

sasaran seteru

senarai negara sokong

musuh

.

Kapal

penuh kargo

Laut Merah luas

laluan penting menghindar

jauh

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

14/01/023


MyBloglist