Wednesday, 9 March 2022

SAYEMBARA PUISI GAKSA ESASTERA 22222

 ASSALAMUALAKUM



SEMPENA TARIKH 22222 LALU GAKSA ESASTERA  MENGANJURKAN SAYEMBARA PUISI TRADISI DAN MODEN....RAMAI PENULIS GRUP  ESASTERA ASEAN DARI INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA, MALAYSIA MENYERTAINYA...PI BIASALA MENYIBUK SELALU MERAMAIKAN SAJA.

TERKEJUT SUNGGUH KALA PROF IRWAN ABU BAKAR UMUMKAN PEMENANGNYA...ALHAMDULILLAH CEMPEDAK MENJADI NANGKA PI TERSANGKUT JUGA TEMPAT KEDUA...PEMENANG PERTAMA PENULIS MAPAN INDONESIA PAK CUNONG NUNUK SURUJA...TAHNIAH! HADIAHNYA PUN UNIK KERNA SETARA DENGAN ANGKA 222.22

TERIMA KASIH BANYAK PROF IRWAN DAN PARA JURI SUDI PILIH KARYA PUISI PI SEADANYA ITU...DIDOAKAN PROF SEGERA PULIH KESIHATANNYA SEDIAKALA SETELAH JALANI MAJOR PEMBEDAHAN THYROID BERISIKO TINGGI BARU-BARU INI AMIIN YRBA

TAHNIAH PROF @GAKSA E-SASTERA

TAHNIAH SEMUA PESERTA SAYEMBARA

TAHNIAH PAK CUNONG NUNUK SURUJA  

Tuesday, 8 March 2022

PEPERANGAN

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI WANITA




PEPERANGAN

.

Cemas galau gusar

selaru bimbang

peperangan

merejam

.

Musuh samar jelas

di mana mana

serang mangsa

terkulai

.

Siaga curiga

membuka silat

namun kadang

tertewas

.

Tawakal sahaja

mudah-mudahan

tidak  jadi

tawanan



PARIDAH ISHAK

DMS

803022

Monday, 7 March 2022

UNTAIAN KASIH

 ASSALAMUALAKUM


 





 

ULASAN BUKU

UNTAIAN KASIH

Genre : Puisi tradisi

Penyelenggara :

Sabariah Nor Salleh

Ana Cik Kamal

Penerbit : Pena Bidara

Nombor ISBN : 9 78967- 26671-1-7( Sastera puisi)

Bilangan mukasurat : 153

Pengulas : Paridah Ishak

 

Naskah Untaian Kasih merupakan himpunan pantun empat kerat bertema bebas selenggaraan Puan Ana Cik Kamal dan Puan Sabariah Nor Salleh dibantu Penulis Pak Ngah, Meor Azman, Zainal Rampa, Noor Leeza @grup untaian kasih facebook.

Sejumlah 480 rangkap pantun dipaparkan dalam antologi ini hasil karya 46 orang pemantun.

Setiap pemantun menyertakan sepuluh rangkap pantun dengan pilihan tema pelbagai namun melengkapi rasa untuk dinikmati pencinta karya puisi pantun yang ternyata indah.

Pantun nukilan Ana Cik Kamal, pemantun yang sering disiarkan pantun di Radio Klasik RTM tidak pernah menghampakan. Terbaik dengan binaan sampiran dan maksud bersesuaian. Melengkapi disiplin menulis pantun dengan pilihan sepuluh suku kata. Begitu juga dengan pantun dihasilkan semua pemantun walau ada yang menulis pantun dengan suku kata melebihi sepuluh.

Antologi pantun ini amat istimewa kerana pemantunnya terdiri dari berbilang bangsa. Seperti Wishnu Kailash, pemantun keturunan India tapi menetap di London. Santunan pantunnya menyusun sampiran dan maksud indah bermakna. Terpesona menikmatinya.

Begitu juga dengan pantun-pantun Penulis keturunan Cina;Sick Kua Peng berasal dari Kelantan tinggal di Pahang.

Pantun nukilan penulis @AKADEMI SPTA seperti Cikgu Nazim Mohd Subari, Pak Engku, Yahti Hayati, Syidah Ida, Hamimah Ibrahim, Jalimah Jaudin, Saniah Masri, Zuraida Dewi, Jamal A Majid, Kamarsinah Sarkam, Pak Ngah, Meor Azman,Teruna Desa, Sabariah Nor Salleh, Bonda Zalina Amat Rosman menepati piawaian pantun sempurna sepuluh suku kata dengan rima tengah dan hujung sekata.

Antologi pantun Untaian Kasih tambah berseri dengan pantun karya pemantun undangan iaitu Penulis Mustafa Siraj,  Puan Anisma  DJ Radio Klasik RTM, Puan Amelin Idrus DJ Radio Klasik RTM juga pemantun prolifik Sdr. Othman K Lee dari Singapura.   

Tahniah kepada semua penukil pantun, penyelenggara dan penerbit yang bersusah-payah menerbitkan antologi comel puisi tradisi, bakal diwarisi generasi sebagai khazanah negara.


Sunday, 6 March 2022

DWIMATRA MUTIARA NUSANTARA

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
.
Empat naskah antologi terbaru terbitan Akademi SPTA 022 telah selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Alhamdulillah! Terima kasih banyak sifu. Tiga puisi kakpidah terselit dalam antologi puisi sonian MUTIARA NUSANTARA. Terharu sekali sifu sudi memilih karya kakpidah ISRAK MIKRAJ, SENJA, PESTA ASYIK yang disiarkan di grup penulisan GRAHA untuk diterbitkan dalam antologi ini.
Puisi sonian hak cipta rekakarya Penulis Farid Maulana dari Indonesia.
Tahniah Sifu TA dan semua penukil karya.
Dan DWIMATRA pula adalah antologi puisi saduka selenggaraan sifu Tabir Alam. Semua penulis terlibat dibimbing sifu TA cara menukilnya dengan tepat dan indah susun diksi puisi dua kata yang diperkenalkan penulis mapan dari Sabah Cikgu Nor Aisyah Maidin. Saduka puisi empat stanza, empat larik dibina dengan disiplin empat suku kata baris satu, empat suku kata baris dua, empat suku kata baris tiga, empat suku kata baris empat. ADIK ABANG, PILIH SANGAT dan MUSIM BUAH ialah tajuk saduka PI dalam antologi comel ini.

TAHNIAH SIFU dan semua penukil puisi Akademi SPTA
Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm sifu Tabir Alam@FACEBOOK




Saturday, 5 March 2022

Jom Join Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

 ASSALAMULAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SAMBIL-SAMBIL TU JOM JOIN GA BLOGGERyaznirahim.com/




SYARAT-SYARAT 

Giveaway Syazni Rahim Blog Masuk Tingkatan 1 adalah seperti berikut:

1. Buat satu post entri bertajuk : Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

2. Follow Blog Syazni Rahim.

3. Letak banner giveaway di atas dan backlink kan ke entri giveaway ini. Kalau tak dapat klik kanan (terutama yang menggunakan desktop), guna Snipping Tool ya!

4. Kalau nak bagi panjang sikit, bolehlah ceritakan entry SR yang mana yang kalian paling ingat? Dan kenapa? (Tak wajib)

5. Selepas selesai semua, bolehlah publish dan submit link entry kalian itu ke ruangan komen di entry giveaway ini.

6. Tarikh akhir untuk submit link penyertaan kalian ke ruangan komen entry giveaway ini adalah pada 20 Mac 2022!

***


Blog SR ni banyak entry menarik dibaca...boleh pilih di sidebar yang mana satu. PI memang tiap hari singgah blog ni intai-intai entry yang releven dan up to date. 

Friday, 4 March 2022

SONETA CINTA

 ASSALAMUALAIKUM


SONETA CINTA
.



PIC GOOGLE IMAGES (C)

Gelombang rasa mengalun lagu
indah bernada santunan diksi
selak kenangan menongkat dagu
karang untaian ritma puisi
.
Romi dan Juli mengukir cinta
Uda dan dan Dara membina kasih
cita bahagia hanya pinta
berulang kisah seperti masih
.
Bermula manis pahit akhirnya
punah berderai berdebu impi
begitu jua persis kisahnya
mengalir sendu jernih di pipi
.
Soneta cinta menyayat hati
coretan kalam rakam berganti

Thursday, 3 March 2022

ROSAK TAPAI KERANA RAGI

 ASSALAMUALAIKUM

PERIBAHASA


pic google images (c)

.

Di bangku batu sumandak lena,
masak merampai mengguna janggi;
laku suatu tidak sempurna,
bak rosak tapai kerana ragi.
.
Kesannya lugai rasa berdenyut,
menggagah hatta sela jemuju;
berjalannya bagai ara hanyut
singgah merata menghala tuju.
.
Rahsia raja simpan gelinya,
peti bercembul gemala arung;
sia-sia saja perbuatannya,
seperti membubul jala burung.
.
Telah sempaya di singki belah,
belati layam mengetuk onak;
ajarlah dia baiki salah,
seperti ayam mematuk anak,

Wednesday, 2 March 2022

VAKSIN LAGI

 ASSALAMULAIKUM


1 MARCH 022 ABQORI DAN ARIF MENGAMBIL SUNTIKAN VAKSIN UNTUK KANAK-KANAK SEKOLAH DI HOSPITAL TAWAKAL KL...NAMPAK SIHAT WALAFIAT JA  DUA BERADIK MONTEL NI TANPA ALAMI APA2 ALAHAN...ALHAMDULILLAH









MyBloglist