Showing posts with label SEDIKIT ULASAN TENTANG ANTOLOGI PUISI. Show all posts
Showing posts with label SEDIKIT ULASAN TENTANG ANTOLOGI PUISI. Show all posts

Monday, 7 March 2022

UNTAIAN KASIH

 ASSALAMUALAKUM


 





 

ULASAN BUKU

UNTAIAN KASIH

Genre : Puisi tradisi

Penyelenggara :

Sabariah Nor Salleh

Ana Cik Kamal

Penerbit : Pena Bidara

Nombor ISBN : 9 78967- 26671-1-7( Sastera puisi)

Bilangan mukasurat : 153

Pengulas : Paridah Ishak

 

Naskah Untaian Kasih merupakan himpunan pantun empat kerat bertema bebas selenggaraan Puan Ana Cik Kamal dan Puan Sabariah Nor Salleh dibantu Penulis Pak Ngah, Meor Azman, Zainal Rampa, Noor Leeza @grup untaian kasih facebook.

Sejumlah 480 rangkap pantun dipaparkan dalam antologi ini hasil karya 46 orang pemantun.

Setiap pemantun menyertakan sepuluh rangkap pantun dengan pilihan tema pelbagai namun melengkapi rasa untuk dinikmati pencinta karya puisi pantun yang ternyata indah.

Pantun nukilan Ana Cik Kamal, pemantun yang sering disiarkan pantun di Radio Klasik RTM tidak pernah menghampakan. Terbaik dengan binaan sampiran dan maksud bersesuaian. Melengkapi disiplin menulis pantun dengan pilihan sepuluh suku kata. Begitu juga dengan pantun dihasilkan semua pemantun walau ada yang menulis pantun dengan suku kata melebihi sepuluh.

Antologi pantun ini amat istimewa kerana pemantunnya terdiri dari berbilang bangsa. Seperti Wishnu Kailash, pemantun keturunan India tapi menetap di London. Santunan pantunnya menyusun sampiran dan maksud indah bermakna. Terpesona menikmatinya.

Begitu juga dengan pantun-pantun Penulis keturunan Cina;Sick Kua Peng berasal dari Kelantan tinggal di Pahang.

Pantun nukilan penulis @AKADEMI SPTA seperti Cikgu Nazim Mohd Subari, Pak Engku, Yahti Hayati, Syidah Ida, Hamimah Ibrahim, Jalimah Jaudin, Saniah Masri, Zuraida Dewi, Jamal A Majid, Kamarsinah Sarkam, Pak Ngah, Meor Azman,Teruna Desa, Sabariah Nor Salleh, Bonda Zalina Amat Rosman menepati piawaian pantun sempurna sepuluh suku kata dengan rima tengah dan hujung sekata.

Antologi pantun Untaian Kasih tambah berseri dengan pantun karya pemantun undangan iaitu Penulis Mustafa Siraj,  Puan Anisma  DJ Radio Klasik RTM, Puan Amelin Idrus DJ Radio Klasik RTM juga pemantun prolifik Sdr. Othman K Lee dari Singapura.   

Tahniah kepada semua penukil pantun, penyelenggara dan penerbit yang bersusah-payah menerbitkan antologi comel puisi tradisi, bakal diwarisi generasi sebagai khazanah negara.


Sunday, 12 January 2020

ANTOLOGI PUISI REJANG

ASSALAMUALAIKUM

ANTOLOGI PUISI REJANG



ANTOLOGI INI MERUPAKAN ANTOLOGI PUISI PERTAMA TERBITAN SPTA SELENGGARAAN SIFU TABIR ALAM TAHUN 2020....ALHAMDULILLAH TAHNIAH KEPADA SIFU TABIR ALAM DAN SEMUA PENUKILNYA....PUISI REJANG SEAKAN PANTUN CUMA BERBEZA KERNA PERLU MENGGUNAKAN SAMPIRAN HAIWAN MENGIKUT TURUTAN DAN TELATAHNYA..



KEMERDEKAAN

#1
Kuda berbelang suka mengganggu
lalu ditambat tidak bertangguh
Impi merdeka bebas belenggu
rakyat berjuang bersungguh-sungguh
KEMERDEKAN
#2
Kijang merayau jauh jelajah,
jalan perlahan kakinya luka;
ratusan tahun nusa dijajah
pahlawan gigih juang merdeka
KEMERDEKAAN
#3
Harimau bintang mengejar ungka
terpijak kaca menitis darah
lasykar Portugis serang Melaka
hilang kuasa dalam sejarah
KEMERDEKAAN
#4
Kucing belaan berloket gangsa
asyik bermain lari sederam
Belanda pula cengkam kuasa
rona merdeka bertambah suram
KEMERDEKAAN
#5
Sapi meragut rumput yang basah
pilih yang segar sisih yang layu
bijak Inggeris catur siasah
kekal mentadbir Tanah Melayu

Sunday, 25 January 2015

INDAHNYA NYANYIAN MURABBI...

ASSALAMUALAIKUM....

NYANYIAN MURABBI ADALAH ANTOLOGI PUISI PENULIS/PENYAIR NOORLAILA GHAFAR YANG BARU DITERBITKAN ITJM ..INSTITUT TERJEMAHAN NEGARA. PUISI-PUISI YANG DIKOLEKSI DALAM ANTOLOGI INI SANGAT PUITIS DAN MENYENTUH RASA. SUSUNAN DAN GUBAHAN BAHASANYA INDAH AMAT. KARYA-KARYANYA HALUS BERJIWA TAPI MENYELITKAN MAKNA-MAKNA  YANG BERMENAFAAT.

PI MEMANG SETUJU DAN SESUAI DENGAN HATI PI SETIAP KARYA BELIAU SAMAADA BERBENTUK NOVEL, CERPEN ATAU PUISI.

BOLEHLAH KALAU NAK DAPATKAN ANTOLOGI NYANYIAN MURABBI INI KERANA KINI SUDAH ADA DI PASARAN DENGAN HARGA 20 RM.


SINOPSIS.
Nyanyian Murabbi membawa tiga nuansa; kerohanian, kritikan sosial dan persoalan kemasyarakatan, serta soal-soal yang berlegar di sekitar peribadi penulis. Nanyian Murabbi dipilih menjadi judul untuk kumpulan puisi ini bagi menggambarkan betapa roh sebagai seorang pendidik (murabbi) sangat sebati dalam diri penyair. Sebagai seorang pendidik, penyair ingin menyampaikan pesanan kepada para anak didiknya khasnya, dan kepada para pembaca amnya untuk menjadi insan yang terbaik. 
Dengan berbekalkan daya kreativit, pesanan-pesanan tersebut dilarik bait demi bait dengan menggunakan kata demi kata yang tersusun indah. Setiap persoalan dan mesej yang disampaikan sangat mudah untuk dicerna dan difahami. Pemilihan katanya sangat bersahaja dan tidak perlu kepada ketajaman akal yang tinggi untuk menangkap setiap maksud yang ingin disampaikan penyair.

Kumpulan Puisi: NYANYIAN MURABBI

MyBloglist