Monday, 17 February 2020

BURUNG HIJRAH...

ASSALAMUALAIKUM

INDAH SEKALI PANORAMA ALAM SEKITAR DENGAN KUNJUNGAN BURUNG BURUNG YANG CANTIK DENGAN BANYAK JUMLAHNYA.... ENTAH DARIPADA BENUA MANA....KEHADIRAN MEREKA TIDAK DIGANGGU...DAN BEBASLAH MEREKA HINGGAP DI MANA SAJA..DI BENDANG...DI SUNGAI MENCARI REZEKI...KEMUDIAN TERBANG LAGI...DESTINASIYA TIDAK DIKETAHUI..

                                                                        PIC PENULIS KARISMA RINDU (C)



Friday, 14 February 2020

SAMBUNGAN TAFSIRAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 48 - 53

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 48 - 53
"Ayat 48: Orang2 kafir mempersendakan Nabi Muhammad saw. Mereka minta diazab. Dan menyatakan, selama ini mereka tidak sembah Allah, tidak diazab pun..!!"
"Ayat 49: Jawapan Allah kepada orang2 kafir itu. Azab berlaku ketika KIAMAT, dengan satu tiupan sangkakala sahaja. Siapa yang tiup sangkaka la?"
"Malaikat Israfil." Jawab Kak Nah.
"Ya betul..." jawabku.
"Ketika itu semua makhluk mati, kecuali Malaikat Israfil. Bumi tujuh lapis dan langit tujuh lapis hancur musnah!"
"Ayat 50: Orang2 syirik mati dalam suul Khatimah. Kematian yang buruk. Semoga Allah lindungi kita."
"Amiin." Doaku diaminkan.
"Ayat 51 hingga 54: Merupakan bahagian ketiga surah ini, iatu Allah SWT cerita ALAM AKHIRAT."
"Ayat 51: Tiupan sangkakala kali kedua. Semua manusia sejak daripada zaman Nabi Adam hingga kiamat, dibangunkan daripada kubur."
"Ayat 52: Orang2 syirik, tertanya2. Siapa yang bangunkan mereka daripada tidur?"
"Apabila melihat azab neraka, mereka menyesal. Baru akui kebenaran para rasul."
"Allah tak terima penyesalan mereka." Azya mencelah. Aku membenarkan.
"Ayat 53: Mudah bagi Allah SWT menghidupkan orang yang telah mati. Semua makhluk termasuk Jiin dan syaitan Allah SWT hidupkan semula." Aku menyambung tafsir.
"Mereka terpaksa bergerak dengan laju, seperti turun dari bukit menuju ke tempat pembicaraan dalam kegelapan. Amalan masing2 menjadi cahaya."
"Semua makhluk dihimpunkan di Padang Mahsyar. Kitab amalan di bentangkan. Untuk menentukan ke Syurga atau ke neraka. Mahkamah Allah SWT sangat adil, tiada siapa dizalimi."
Majlis ilmu keluarga kami diakhiri dengan laungan azan Isyak oleh Ajiad, anak Afya.
Izzul Islam anak Ammar berusia tujuh tahun membaca iqamah.
Ammar mengimamkan solat Isyak berjemaah keluargaku malam itu.

Thursday, 13 February 2020

HARI RADIO SEDUNIA

ASSALAMUALAIKUM

13022020 Selamat Hari Radio Sedunia. Di Radio Klasik bersama sama @amelin_idrus 0600 hingga 1000 pagi dalam #sajianklasik. Selamat pagi Malaysia..
•

 PIC RADIO KLASIK (C)




Pantun D’Klasik
Sarapan pagi roti gardenia,
Menggaya samfoo nikmati bubur;
Selamat hari radio sedunia,
media info juga menghibur.
Di tepi tasik atap disemat,
Kutip berangan jatuh di rawa;
Radio klasik sumber maklumat,
Lagu kenangan mengusik jiwa.
Terima kasih banyak dj dik Amelin Idrus sudi bacakan pantun kakpidah...Alhamdulillah SELAMAT HARI RADIO SEDUNIA

Wednesday, 12 February 2020

KATOK

ASSALAMUALAIKUM

KATOK
Ketika di sekolah rendah dahulu, cikgu Kamarudin merupakan guru kelasku. Beliau berasal dari Kelantan. Seorang guru yang mengajar menggunakan Bahasa Melayu standard untuk memudahkan kami murid-muridnya memahaminya.
            Tiba-tiba keadaan kelas yang tenang bertukar menjadi riuh-rendah. Murid-murid perempuan yang ketakutan berdiri di atas kerusi seakan hendak mengelak sesuatu. Dan murid-murid lelaki bersedia dengan kayu pembaris.
            “Kenapa kamu semua ni?” Tanya cikgu Kamarudin kehairanan melihat gelagat murid-muridnya.
            “Tikus besar cikgu!” jawab ketua darjah.
            “Hah! Katok! Katok!” Aku dan ketua darjah kebingungan. Tika itu aku penolong ketua darjah.
“Bukan katak cikgu, tikuih!” balasku dalam lorat utara.
“Haa… pukul! Pukul!” cikgu Kamarudin tersengih memandang kami murid-muridnya.
Barulah kami tahu ‘katok’ tu maksudnya pukul dalam lorat Kelantan heh..heh..dan matilah tikus itu dikatok murid-murid lelaki yang patuh arahan cikgunya.

CCERITA CERITI HEH..HEH..

Tuesday, 11 February 2020

CITRA SUBUH

ASSALAMUALAIKUM

SUBUH SUNYI

Subuh memang sunyi pun. Hanya suara serangga-serangga yang tidak ketahuan jenisnya mersik halus. Kalau hujan tentu kita pasti suara katak yang menggema. Bukan katak-katak tu memanggil hujan kot...tapi mungkin sedang berzikir dan memohon hujan agar berhenti justeru hujan yang lama mencurah menyebabkan makhluk-makhluk Allah itu kedinginan amat.


Dan subuh yang hadir mutakhir ini menjadi terlalu sunyi kerana suara Muazin tidak mengumandangkan azan daripada surau yang berhampiran menyeru menunaikan solat untuk menuju kejayaan. Kenapa jadi begitu? Tentulah ada sebabnya. Jikalau tidak tentu tidak terabai surau dengan suara yang penuh hikmat itu.

Sebenarnya tok bilalnya tiba-tiba demam dan tidak dapat nak menapak ke surau pada setiap subuh hari. Betapa berharga suara tok Bilal yang sering mengumandangkan azan itu dirasakan setelah suaranya tidak terdengar lagi. Begitu kehilangan sekali.

Dahulu tukang azannya adalah jiranku Md. Rodi. Setiap subuh akan terdengar langkahnya yang diatur dengan derap yang serupa ritmanya. Dan kami semua jirannya sangat kenal dengan derap langkah yang teratur mencelah subuh sunyi itu.Kini tidak ketara lagi ritma langkah itu lantaran beliau telah melangkah jauh meninggalkan kenangan murni itu untuk menemui Ilahi yang menjanjikan kejayaan.


Al-fatihah untuk arwah Md. Rodi yang sangat baik itu. Dan tempatnya yang istimewa itu diganti jiranku bang Din dengan segera. Surau itu tidak sempat sunyi dengan laungan azan. Tiba-tiba bang Din demam pula. Demam urat kata isterinya kerana terlalu rajin berkerja. Tidak ada lagi suara azan yang menerjah subuh sunyi walau tetap kedengaran azan dari masjid yang sayup-sayup kejauhan.

Aku pula yang kegelisahan justeru merasakan azan yang tidak kedengaran menemani subuhku adalah suatu kehilangan yang tidak tahu bagaimana hendak digambarkan...

Monday, 10 February 2020

SAYEMBARA WARKAH KEPADA YB

ASSALAMUALAIKUM

SAYEMBARA MENULIS WARKAH KEPADA YB

JOM TULIS WARKAH KEPADA YB KINI DAN SUARAKAN APA SAHAJA YANG TERASA SAMAADA PENGHARGAAN ATAU KOMEN MEMBINA YANG MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA SEMUA...TULISLAH SESUKA HATI TAPI PIHAK PENGANJUR INSTITIUT DARULEHSAN  AKAN MENILAIYA UNTUK DIBERIKAN HADIAH...RUGI TAK SERTAI....TAK GUNA PONG PANG PONG PANG DI MEDSOS PENAT SAJA..TAK SIAPA YANG PEDULI..SEKADAR SEYUM SINIS JA..
SALURKAN PENDAPAT BERNAS DI TEMPAT YANG TEPAT...

Idesayembarapaksi@gmail.com




Sunday, 9 February 2020

CORETAN HATI.

ASSALAMUALAIKUM

                                                                               PIC KARISMA RINDU (C)

CORETAN HATI

Rakan sebaya andai-berandai,
serasi santun larang melulu;
bukan sahaya memandai-mandai,
puisi pantun karang selalu.

Serasi santun larang melulu,
genta dilebur ranti berapi;
puisi pantun karang selalu,
semata hibur hati yang sepi.

Genta dilebur ranti berapi,
sumandak sunyi jelang muara;
semata hibur hati yang sepi;
hendak menyanyi hilang suara.

Sumandak sunyi jelang muara,
terasa malu bayar kerisi;
hendak menyanyi hilang suara,
masa berlalu biar terisi.

Terasa malu bayar kerisi,
nyonya kebaya bagi sempaya;
masa berlalu biar terisi,
nanya berkarya selagi daya.
Nyonya kebaya bagi sempaya,
pulum di rawa tergigil walang;
hanya berkarya selagi daya,
sebelum nyawa dipanggil pulang.

Saturday, 8 February 2020

SAMBUNGAN TAFSIRAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 41 - 47

ASSALAMUALAIKUM

PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN SURAH 36: YASIIN. Ayat 41 - 47.
Malam Jumaat yang penuh barakah. Suara Ammar yang serak2 basah, memimpin bacaan sambungan surah Yasiin keluarga kami, secara bertalaqqi.
"Ayat: 41 - 44: Merupakan DALIL AQLI, tentang nikmat kenderaan." Aku memulai tafsir.
"Ayat 41: Allah SWT memberi kepandaian kepada manusia mencipta kapal. Kapal dapat bergerak di lautan, selamat sampai ke destinasi."
"Barang2 yang tidak dapat dibawa oleh kenderaan lain dapat dibawa oleh kapal.
Kenderaan air yang lain seperti sampan dan bot dapat bergerak dengan selamat, dengan izin Allah SWT."
"Ayat 42. Di daratan Allah SWT sediakan binatang2 sebagai kenderaan kepada manusia. Seperti unta, kuda dan keldai."
"Kalau tak naik kenderaan lambat sampai." Azya mencelah.
"Ya...begitulah, baiknya Allah..." Aku mengiakan.
"Kenderaan2 zaman sekarang, motosikal, kereta, keretapi dan kapal terbang. Semuanya memberi kemudahan kepada manusia."
"Ayat 43: Jika Allah SWT kehendaki kapal di laut akan tenggelam. Apabila berlaku ribut taufan dan gelombang besar di lautan. Orang2 dalam kapal pasti takut dan cemas. Minta tolong dengan siapa?"
"Allah..." Serentak mereka menjawab
"Boleh sembahan2 seperti patung2 selamatkan mereka?" Aku terus melontar tanya.
"Tak boleh..." Jawab mereka.
"Contoh sejarah lalu, tenggelamnya kapal TITANIC. Allah SWT, tunjukkan kekuasaannya kepada manusia2 yang sombong."
"Ayat 44 pula: Dengan rahmat Allah SWT jua kita selamat naik kenderaan. Oleh kita sentiasa memohon perlindungan daripada Allah SWT."
"Aqila, cuba baca doa naik kenderaan."
Dengan lancar, cucuku Aqila, berusia 10 tahun membaca doa naik kenderaan.
"Ayat 45: Nasihat kepada penduduk Mekah, dan kepada kita juga supaya taat kepada Allah SWT serta takut kepada azab. Allah SWT, boleh turunkan azab di dunia lagi. Atau Allah tangguhkan azab di akhirat nanti."
"Di akhirat, kita masuk syurga dengan Rahmat Allah SWT bukan dengan banyaknya amalan kita."
"Semoga kita semua dapat bertemu di Firdaus."
"Amiin..." Anak2 dan menantu, mengaminkan doaku.
"Ayat 46: Orang2 yang tidak menerima kebenaran ini, tidak takut azab. Mereka orang2 yang kufur."
"Ayat 47: SIKAYAH, iaitu Runggutan Allah kepada penentang2 perintah Allah. Contohnya mereka tidak mahu berinfak."
"Dalam Islam, ada amalan2 untuk faedah diri sendiri. Ada amalan untuk faedah orang lain juga."
"Amalan apa tu Ma?"
Amiru minta penjelasan.
"Solat dan puasa, untuk faedah diri sendiri. Jaga hubungan kita dengan Allah. Infak wajib (zakat) dan infak sunat (sedekah) dapat memberi faedah kepada orang lain. Jaga hubungan kita dengan orang lain."
"Penentang2 Nabi Muhamad saw sindir dan mempersendakan baginda; Mintalah infak daripada Tuhan kamu...!"
"Orang2 munafik yang mengaku Islam juga enggan berinfak. Mereka takut harta berkurangan."
"Rezeki yang kita dapat adalah milik Allah SWT. DIA beri pinjam kepada kita sekejap sahaja."
"Hidup di dunia hanya sementara. Kita infakkan sedikit harta, untuk kita ambil di akhirat kelak." Ain, isteri Ammar pula mencelah.

MyBloglist