Saturday, 21 May 2016

ORKID DENDROBIUM HARUM...

ASSALAMUALAIKUM....

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU DAN SEMOGA HARI BARU YANG DILALUI LEBIH AIK DARI SEMALAM...

PI PAGI HARI KALAU CUTI HUJUNG MINGGU BEGINI GEMAR MEMBELEK TANAMAN DI LAMAN TERUTAMA ORKID.

ORKID MEMANG CANTIK DAN PUNYAI KEHARUMAN TERSENDIRI...BIASANYA ORKID YANG WANGI DARI JENIS DENDROBIUM YANG HYBRID DAN JENIS ORKID DESA ...







Friday, 20 May 2016

HAIBUN PUASA DULU-DULU

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM JUMAAT MULIA



Haibun 

PUASA RAMADAN DULU-DULU

Menjelang Ramadan tok, mak dan emak-emak saudaraku saling berganding tangan menumbuk padi pulut atau jawi untuk menjadikannya beras yang akan disimpan selama sebulan sebagai bekalan penggunaannya kelak. Maklum hendak menumbuk padi tika sedang berpuasa penat juga.

Sedikit bahagian beras jawi dan beras pulut diasingkan dan ditumbuk lagi sehingga menjadikannya tepung. Dan tepung inilah yang digunakan untuk membuat pelbagai kuih basah yang enak untuk berbuka puasa.
Daripada tepung pulut antara kuih-muih yang boleh dibuat adalah buah melaka, koci, lepat liat dan lain-lain. Tepung beras jawi diganakan untuk kuih talam yang berjenis-jenis, bengkang, cekodok, cendol dan untuk adunan goreng pisang, ubi keledek atau apa saja bahan makanan yang suka digoreng.
Waktu berbuka sangat dinanti sambil diiringi lagu-lagu dendangan P.Ramlee, Saloma, Ahmad Jais, penyanyi-penyanyi 60-an juga muzik irama padang pasir yang merdu.

Melalui batas bendang aku berlari-lari anak ke kedai runcit Pak Saad untuk membeli ais seketul. Ais seketul untuk mendinginkan sirap merah yang harum bau pandannya dengan butir-butir selasih yang mengapung di permukaannya.
Alangkah nikmatnya berbuka puasa tika sedang sangat kelaparan. Kesemua juadah yang terhidang kehabisan. Tidak sempat lagi hendak mengulangnya tika sahur.

Haibun #3
Menumbuk padi
Lesung indik berima
Juadah lazat


Thursday, 19 May 2016

PERIBADI MULIA...

ASSALAMUALAIKUM...


JAGALAH PERIBADIMU DENGAN BAIK TERHADAP ORANG ORANG YANG DIKENALI KERANA JIKA DIRIMU MENINGGAL DUNIA KELAK MEREKA AKAN MENDOAKAN LIMPAHAN RAHMAT UNTUKMU.

SEANDAINYA DIRIMU HIDUP MEREKA AKAN SENTIASA MERINDUKANMU...

Ustazah Nurbaya Usman

NASI KELEDEK..

ASSALAMUALAIKUM...


SEMOGA SIHAT SEJAHTERA SEMUANYA BERADA DENGAN BAHGIA DI BAWAH LINDUNGAN RAHMAT-NYA....TADI PI DAH TULIS N3 AGAK PANJANG JUGA DAN DISIMPAN DALAM FOLDER TAPI HILANG PULA...NI YANG BUAT MALAS DAN TERPAKSA COPY PASTE SAJA...HEH..HEH..

TAKPALAH TU..TAPI TETAP JUGA NAK TULIS TENTANG NASI KELDEK NI...PERNAH MAKAN KE? ...BUKAN PELIK PUN...MAKANAN ORANG-ORANG KITA MASA JEPUN MENJAJAH NEGARA KITA DULU...MASA TU SUSAH NAK DAPAT MAKANAN MACAM YANG ADA SEKARANG....BOLEH PILIH SAJA APA YANG TERINGIN.

NASI KELEDEK MUDAH SAJA NK SEDIAKANNYA...TAPI SEDAP...BAGI YANG SUKAKANNYA MACAM PI LAH YANG BRSELERA ORANG LAMA....DAH ORANG LAMA...SELERANYA MESTILAH YANG KLASIK HEH...HEH..

Pic google images

RESEPI NASI KELEDEK.


BAHANNYA

2 KETUL KELEDEK
2 CAWAN BERAS.

CARA
BASUH BERAS MACAM BIASA...MASUKAN DALAM RICE COOKER...ISI AIR IKUT SUKATAN BERAS...
POTONG KELIDIK SEDANG AGAK-AGAK MUDAH EMPUK DAN MASUKAN DALAM NASI..MASAK NASI DAN KELEDEK BERSAMA HINGGA ELOK MASAKNYA.

DAH SIAP MAKANLAH DENGAN LAUK IKAN SEPAT ATAU HARUAN KERING YANG DIGORENG....MAKAN DENGAN LAUK-LAUK LAIN SEDAP JUGA...CUBALAH YA.



Wednesday, 18 May 2016

JANGAN MAKAN NI!...APATU?

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM PAGI RABU....SEMOGA SEMUA KAWAN-KAWAN BLOGGER, VIEWERS YANG DIHORMATI, DISAYANGI SENTIASA SIHT WALAFIAT, CERIA DAN SENYUM SOKMO...


Tuesday, 17 May 2016

HUTANG BUDI...

ASSALAMUALAIKUM


Hidup kita ini memang saling bergantungan dan perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak kira samaada mereka itu jelas hubungannya dengan kita umpamanya ibu ayah, adik beradik, saudara mara terdekat atau sesiapa saja yang berada di sekeliling kita.

Selain itu tentulah jiran-jiran tetangga kita. Jiran-jiran itu adalah saudara kita yang paling akrab sehinggakan mereka dirasakan seolah berhak ke atas harta kita menurut Nabi SAW. Namun tidaklah sampai begitu sekali.

Aku merasa amat bersyukur justeru sepanjang hidupku ini, aku di kelilingi jiran-jiran yang amat baik lagi prihatin terhadap aku dan keluargaku. Mereka ini membantu apa saja kesulitanku tanpa imbalan apa-apa. Bukan senang hendak hidup sebagai OKU sekiranya tiada tangan-tangan yang sudi menghulur pertolongan.

Jiranku yang di sisi kanan rumah adalah kak Idah dan suaminya Jusuh serta anak-anaknya. Kak Idah ini pantang melihat laman rumahku diserabuti rumput-rumput atau anak-anak pokok, beliau tidak senang duduk untuk membersihkannya. Aku boleh buat juga. Tapi tentu saja kerja-kerja yang dibuat OKU lambat siapnya. Dengan pertolongannya bertambah mudah kerja-kerja yang perluku buat.

Beliau ini juga gemar sekali menghantar apa saja penganan yang dibuatnya kepadaku. Bersusun pinggan makanannya yang tidak sempatku pulangkan di rumahku. Jikalau aku ditimpah musibah banjir, pokok-pokok tumbang atau apa saja beliaulah yang pertama akan muncul di muka pintu. Terima kasih banyak-banyak kak idah kerana seringkali membantuku. Dan aku pasti jiranku yang sangat baik ini akan terus membantuku selagi aku hidup dan beliau masih bernafas.

Demikian kisah salah seorang daripada jiran-jiranku yang kesemuanya baik-baik. Baru-baru ini aku mengadakan kenduri akikah cucu bersekali dengan sambut menantu. Kesemua jiran-jiranku satu peringkat 4 datang membantu menguruskan majlisku sehingga selesai segala-galanya. Mereka berlenggeng tangan bergotong royong menyiapkan semua keperluannya sedang aku cuma memerhati. Aku berterima kasih sungguh kepada semua jiran-jiranku yang bersusah-payah membantu menyempurnakan majlisku itu.

Syukur Alhamdulillah. Terasa bertuah sungguh hidupku berada di tengah-tengah masyarakat dan jiran-jiran yang baik lagi prihatin terhadap OKU seperti aku.

ZIKIR MUNAJAT...

ASSALAMUALAIKUM....



ZIKIR MUNAJAT

Bermula Isnin hingga Jumaat
Penghulu hari penuh berkat
Berzikir bertasbih bermunajat.
Bermula Muharram hingga Zulkaedah
Zikir munajat tiada sudah
Bertawakal reda mengulit pasrah
Musim bunga Rammadan indah
Agar buahnya melimpah di jannah
Segalanya terpulang kepada-Nya
Akan takdir-Nya tiada daya menolaknya.
Dengan restu-Mu
Dengan rahmat-Mu
Hidup berkah selalu
Dapatlah bertamu ke rumah-Mu
Mekah Al-Mukaramah tanah suci beribadah haji
Madinatul- munawarah menziarahi  makam jejak nabi
Tiada resah terusir gundah
Sambil berzikir tangan menadah
Subhanallah! Alhamdulillah! Lailahaillallah!
Allahhu akbar!
Allah Maha Besar!
Dalam doa munajat hikmat
Bersujud dalam ibadat.
Cinta abadi teguh bersemi
hanya padamu kasih sejati
Kuseru kasih-Mu datang padaku
mesra cinta-Mu melerai sendu
Dinihari berkeluh-kesah
menyerah nasib menyurai resah
Berikan kasih berikan cinta
hanya pada-Mu aku meminta
Kasih-Mu tak pernah surut
selagi nadi masih berdenyut
Hanya pada-Mu yang Maha Agung
kuserah diri mohon berlindung
Suatu ketika cintaku tak putih
maafkanlah aku duhai Kekasih
Tiada lagi yang didamba
melainkan kasih-Mu ya Rabb semata.
Berzikir munajat usah alpa.

Paridah Ishak.
Selayang Utama

29 Feb 2016.

Monday, 16 May 2016

HAIBUN...

ASSALAMUALAIKUM...

JOM KITA KENALI PUISI HAIBUN PULA...BUKAN BERKEBUN YE...HEH..HEH..
HAIBUN ADALAH PUISI HAIKU YANG DIGABUNGKAN DENGAN PROSA...
SEPERTI YANG PI TULIS DIBAWAH INI...SECARA KASAR UNTUK MEMAHAMINYA BEGITULAH....TAPI KALAU MENGIKUT SIFU TABIR ALAM KARYA HAIBUN PI INI MASIH TIDAK KUKUH LAGI BINAANNYA....TAK SEMUDAH YANG KITA FIKIRKAN JUGA KAN...MEMPROSA HAIKU YANG PENDEK MESTI MENEPATI...NAK MENCIPTA HAIKU YANG BETUL PUN PENING...APALAGI NAK MEMPROSAKANNYA....TAPI MEMPELAJARI SESUATU ILMU SASTERA YANG BARU DARIPDA GURU YANG ARIF ILMUNYA MENYERONOKAN JUGA...

Haibun 

Gunung Jerai yang megah berdiri gagah. Di sinilah Merong Maha Wangsa melabuhkan bahteranya. Dongeng Melayu yang masih gah. Entah bagaimana cerita sebenarnya yang tersurat periwayatnya perlulah diselak baca. Meneliti sambil mengkaji akan realiti walau kadang sukar juga terpercaya menurut logik akal yang sederhana. Namun cerita lisan yang terbawa sejak generasi ke generasi, zaman berzaman tentu ada kebenaran lantaran perbidalan kitapun mengatakan “tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.”
Dan ada pula tinggalan artifak yang dikatakan berupa bahtera besar telah bertukar menjadi batu kerana kelamaan usianya untuk menyokong kebenaran riwayat yang disangka metos semata. Kisahnya bagaimana Merong Maha Wangsa yang menabur khidmat mempertemukan puteri maharaja China dengan putera raja Rom dengan tujuan mengahwinkan pasangan itu namun dilanggar burung geroda yang ingin menggagalkan niat itu.  Niat baik menghubungkan dunia timur dan barat dengan jalenan ikatan yang lebih murni melalui perkahwinan.
Maka tersadailah bahtera besar itu di puncak gunung Jerai  dan kesudahan ceritanya tentu tidak berlaku setakat itu saja. Lanjutan cerita kisah cinta timur dan barat yang terabadi di kaki gunung Jerai menyimpan pertanyaan yang tidak berkesudahan. Namun gunung jerai bagiku adalah objek seni lagi indah di mana pun aku berada. Sawah padi terhampar sejauh mata memandang di kakinya seolah menggamit aku pulang ke sisinya. Apabila berada di tengah bendang dan memandang gunung Jerai menyapu awan putih seolah-olah sebahagian masalahku telah terlerai. Tenang dan damai.

Jerai berkabus
Riwayat Kedah lama
Mengajak pulang





MyBloglist