SALAM JUMAAT MULIA
Haibun
PUASA RAMADAN DULU-DULU
Menjelang Ramadan tok, mak dan emak-emak saudaraku saling
berganding tangan menumbuk padi pulut atau jawi untuk menjadikannya beras yang
akan disimpan selama sebulan sebagai bekalan penggunaannya kelak. Maklum hendak
menumbuk padi tika sedang berpuasa penat juga.
Sedikit bahagian beras jawi dan beras pulut diasingkan dan ditumbuk lagi sehingga menjadikannya tepung. Dan tepung inilah yang digunakan untuk membuat pelbagai kuih basah yang enak untuk berbuka puasa.
Sedikit bahagian beras jawi dan beras pulut diasingkan dan ditumbuk lagi sehingga menjadikannya tepung. Dan tepung inilah yang digunakan untuk membuat pelbagai kuih basah yang enak untuk berbuka puasa.
Daripada tepung pulut antara kuih-muih yang
boleh dibuat adalah buah melaka, koci, lepat liat dan lain-lain. Tepung beras
jawi diganakan untuk kuih talam yang berjenis-jenis, bengkang, cekodok, cendol
dan untuk adunan goreng pisang, ubi keledek atau apa saja bahan makanan yang
suka digoreng.
Waktu berbuka sangat dinanti sambil diiringi lagu-lagu dendangan P.Ramlee, Saloma, Ahmad Jais, penyanyi-penyanyi 60-an juga muzik irama padang pasir yang merdu.
Waktu berbuka sangat dinanti sambil diiringi lagu-lagu dendangan P.Ramlee, Saloma, Ahmad Jais, penyanyi-penyanyi 60-an juga muzik irama padang pasir yang merdu.
Melalui batas bendang aku berlari-lari anak ke
kedai runcit Pak Saad untuk membeli ais seketul. Ais seketul untuk mendinginkan
sirap merah yang harum bau pandannya dengan butir-butir selasih yang mengapung
di permukaannya.
Alangkah nikmatnya berbuka puasa tika sedang
sangat kelaparan. Kesemua juadah yang terhidang kehabisan. Tidak sempat lagi hendak
mengulangnya tika sahur.
Haibun #3
Menumbuk padi
Lesung indik berima
Juadah lazat
Membayangkan keenakkan kuih-muih tradisi dulu yg sukar utk dijumpai
ReplyDeleteHarapnya bulan ramadhan ini boleh ditemui.
Bulan puasa masa SB sekolah dulu-dulu memang seronok, tinggal kat asrama katakan. Rakan muslim bila balik sahur dan berbuka, pasti ada lebihan di bawa balik tuk dikongsi dengan kengkawan bukan muslim..
ReplyDeleteseronok je baca kisah akak puasa dulu2.. kalau skrg semua kueh beli kat bazaar je. tehee. btw saye singgah n follow sini. salam kenal :)
ReplyDeleteterkenang memori puasa masa kecil ye kak..seronok berpuasa di kg.. penuh dgn hidangan tradisional terutama kuih muih..
ReplyDeleteMeriah dan nikmat...syukur..betul la kak...lebih meriah puasa zaman kecil-kecil...lain nikmatnya...walau makan biasa-biasa tapi gembiranya luar biasa..
ReplyDeleteyela atie..terkenangkan tika berpuasa masa dulu2..tq
ReplyDeleteseronoknya berpuasa dulu-dulu berasama arwah mak dan ayah
ReplyDeletesemakin hampir jelang Ramadan hati sayu terkenangkan kesayangan kita yg tlh tiada kan yan...tq
ReplyDeleteBestnya membayangkan saat berbuka puasa...
ReplyDeleteApa lagi kalau dapat makan pelbagai juadah
Memang sayu hati bila terkenangkan puasa kita dulu2 P
ReplyDeleteP mengingatkan saya masa puasa dan suasana di kampong
yang di kelilingi oleh pokok padi
adusss menitis air mata bila kenangkan
Beza suasana puasa dulu ngan sekarang..masa budak2 dulu excited sangat tggu brbuka..huhu
ReplyDeletebestnya..sambil baca, terbayang di minda...sedapnya kuih-muih dibuat dari tepung yg fresh...
ReplyDeleteterkenang suatu masa dulu
ReplyDeleteKlu teringat waktu2 berpuasa dulu2 selalu sayu... rindu waktu2 tu... :)
ReplyDeleteditulis dengan baik sekali kak PI..seronok baca
ReplyDeleteYEKE..TKSH SAL..SUKANYA TERLAMBUNG DIPUJI HEH..HEH..
ReplyDelete