Monday, 23 June 2014

PAK PANDIR MODERN HEH..HEH...




ASSALAMUALAIKUM..



SIRI CERITA LAWAK PAK PANDIR MODERN (PAK PANDIR SEBENARNYA MANUSIA BIJAK YANG MENYINDIR MANUSIA YANG TERLEBIH BIJAK)

TIDAK BERHENTI BILA DITAHAN POLIS TRAFIK

Pak Pandir telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Pak Pandir ingin pergi ke pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Pak Pandir mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

"Tok, tumpang ke pekan."

"Boleh, naik di belakang," jawab Pak Pandir sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Pak Pandir.

"Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."

"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.

Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke pekan. Pak Pandir pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan.

Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Pak Pandir dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Pak Pandir, polis trafik terus mengejar beliau.

Ia dapat memintas Pak Pandir. Pak Pandir dengan serta merta memberek motorsikalnya.

"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati." Marah Pak Pandir.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."

"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi.."

Sumber fb noradabi rosdi.

Sunday, 22 June 2014

BUNGA-BUNGA DESA


ASSALAMUALAIKUM..

INILAH KAMPUNG LAMAN PI.
SEGALA MACAM JENIS POKOK DITANAM MENGISI RUANG LAMAN.
ADA POKOK BUNGA RAYA PUTIH YANG BOLEH DIGUNAKAN AKAR DAN DAUNNYA MERAWAT WANITA KEGUGURAN.
MAWAR MERAH MUDA INI AMAT HARUM DAN RAJIN BERBUNGA. BUNGANYA KECIL DAN BERJAMBAK.

ORKID-ORKID PELBAGAI WARNA DIGANTUNG MENGHIASI SERAMBI.
MAWAR MERAH YANG JARANG BERKUNTUM. NAMUN SESEKALI KUNTUMANNYA MENGORAK KELOPAK, TERPANA MEMANDANGNYA. 
BUNGA RAYA PINK YANG AGAK BESAR BENTUKNYA.
LAMAN DI BAHAGIAN TEPI DITANAMI BUNGA-BUNGA PUDING.
JIRAN-JIRAN YANG BAIK SEBELAH MENYEBELAH RUMAH TURUT SIBUK MENGEMASI LAMAN RUMAHNYA SAMBIL MENJENGUK BERTANYA KHABAR.
BEGINILAH SUASANA DESA YANG SEPI NAN TIADA TERCEMAR DENGAN RAUNGAN KEBISINGAN NAMUN TENANG DAN DAMAI.
MENJELANG RAMADAN YANG BAKAL MENJELANG TIDAK BEBERAPA HARI LAGI PASTI RAMAI YANG TERKENANGKAN KAMPUNG LAMAN YANG DITINGGALKAN DAN TERAMAT MERINDUINYA...

BOLA ! BOLA ! BOLA ! ...NILAI DAN MARUAH...

ASSALAMUALAIKUM..
Beberapa keputusan mengejut dalam kejohanan bola sepak Piala Dunia di Brazil, terus menjadi bualan hangat terutama para peminat sukan. Juara bertahan,

 Sepanyol tersingkir awal. Ternyata pasukan yang dibarisi ramai bintang, tidak semestinya hebat. Corak permainan Sepanyol membosankan dan tidak mampu beri saingan kepada pasukan bukan pilihan. Tiada aura - tidak sebagaimana yang biasa diperlihatkan. 

Rasanya, lebih seronok tengok Harimau Malaya beraksi. Begitu juga dengan England yang tewas kepada Uruguay sebelum pulang awal. Liga dan tradisi bola sepak yang gah tidak menjadikan pasukan negara itu cemerlang di peringkat antarabangsa.

 Awang bersimpati ke atas nasib Sepanyol dan England, yang kedua-dua pasukan itu mempunyai ramai peminatnya di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Penyerang Uruguay, Luis Suarez yang mencari makan dalam Liga Perdana England menerusi pasukan Liverpool merobek perasaan penyokong England dengan dua jaringannya.

Suarez antara bintang yang menyerlah saingan Piala Dunia setakat ini selain Arjen Robben dan Robin van Persie (Belanda), Kareem Benzema (Perancis) serta Lionel Messi (Argentina).

Tidak kurang menarik perhatian pasukan Equador yang mencatat satu kemenangan setakat ini.

Negara itu walaupun agak miskin, sudah tiga kali layak ke Piala Dunia. Sepuluh daripada 23 pemain dalam skuad Equador datang dari wilayah Esmeraldas di pinggir Pasifik. 

Di wilayah itu hanya terdapat lima padang, itu pun yang ditumbuhi rumput liar. Stadium utamanya pula tiada air untuk pemain mandi selepas perlawanan. Kebanyakan remaja mengasah bakat bermain bola di pantai kerana tiada padang yang bersesuaian. 

Berbanding Equador, kemudahan bola sepak Malaysia jauh lebih hebat bertaraf negara maju. Pun begitu, Equador ada kelebihan - jiwa dan maruah - dalam pengisian misi bola sepaknya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.m

Friday, 20 June 2014

MASAK MASAM TELOR CAMPUR IKAN MAYONG SABAH...

ASSALAMUALAIKUM..

IKAN MAYONG DI SABAH NI TELORNYA AGAK BESAR JUGA YA...TENTU SEDAP DIMASAK GULAI BIASA KAN.

TAPI RESEPI YANG PI DAPAT DARI SAHABAT PI YANG KINI BERADA DI SABAH LAIN PULA CARA MASAKANNYA.

RASANYA MESTI LEBIH ENAK DARIPADA DIMASAK GULAI KOT...KALAU NAK TAHU KENALAH CUBA KAN...

MASAK MASAM TELOR CAMPUR IKAN MAYONG SABAH.


CARANYA.

RESEPI ..Nor Adabi Rosdi 

 ... Cili kering dikisar + halia + bawang merah + bawang putih + garam/asamjawa/gula/perasa secukup rasa + serai ... bahan2 tersebut dicampur/ditumis - masukan air asam jawa - sudah mendidih .... masukan ikan/telor ikan ... sampai masak.... cubalah. Insya-Allah menjadi.

HMMM...SEDAPNYA!

Thursday, 19 June 2014

KUASA SUJUD...

ASSALAMUALAIKUM...
SALAM JUMAAT YANG MULIA.


Pic google untuk hiasan

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE


fb oden nuruddin suut.

KENALI PISANG RAJA UDANG...

Assalamualaikum.


PISANG RAJA UDANG ADA PENUNGGU

Bercerita pasal pisang semua orang tahu, pisang juga ada banyak jenis dan namanya. Ada jenis pisang yang boleh dimakan begitu saja atau diolah menjadi macam-macam seperti cekodok pisang, pisang goreng, lepat pisang, kerepek dan lain-lain. Ada juga memang dibuat sayur.

Yang saya nak cerita kat sini tentang sejenis pisang ni, namanya Pisang Raja Udang. Pisang ni saya sendiri tak pernah tengok dan jumpa apa lagi nak makannya. Mungkin kalian pernah kot. Tapi gambar ni saya cari kat internet le, hai kan maklumat dihujung jari. Termasuklah kisah dongeng pra sejarah ni, saya editlah mana yang patut.

Masa kecik-kecik dulu, moyang kita ada ceritakan tentang cerita dongeng pisang raja udang ni. Masa tu kita dan sepupu-sepupu kita hanya ternganga jelah..budak-budak kan.. memang suka dengar cerita..apa lagi cerita dongeng.

Kononya pada zaman dahulu, ada seorang anak raja yang tercedera dan tersesat dalam hutan masa berperang. Dia terpisah dengan pengawal-pengawalnya lalu berihat dibawah sebatang pokok pisang.

Olih kerana terlalu letih dan kesakitan, baginda terus terlena dibawah pokok pisang tersebut. Lalu baginda bermimpi didatangi seorang gadis jelita untuk merawat luka baginda. Apabila baginda tersedar, benar-benar luka baginda telah sembuh.

Dipendekkan cerita, setelah baginda pulang keistana, baginda memerintah hulubalangnya untuk pergi menyiasat lokasi baginda pingsan dan gadis dalam mimpi baginda itu.

Menurut orang kampung yang berhampiran, kononya pokok pisang tempat baginda berehat itu ada Penunggunya. Suatu masa dulu ada seorang gadis suci yang teraniaya dan disumpah menjadi pokok pisang. Gadis yang dalam mimpi baginda itu adalah roh jelmaan dari pokok pisang itu.

Mereka dapati buah pisang itu berwarna merah kesan dari darah baginda. Maka baginda pun memerintah bahawa "Jangan sesiapa pun makan atau menebang pokok pisang itu".

Sampailah hari ini dongeng dan mitos pokok Pisang Raja Udang ini tinggal mitos sahaja. Sama ada pokok pisang ini Berpenunggu dan bolih dimakan atau tidak, sampai hari ini bunda sendiri kurang pasti.

Apa-apa pun ini hanya sebuah cerita dongeng... cerita rakyat...jangan terlalu taksub.. . Bagaimanapun kalau jumpa yang pisang masaknya kuning, makan ajelah. Kerana pisang baik untuk kesihatan.



SUMBER FB NORADABI ROSDI.

Wednesday, 18 June 2014

BONSAI

ASSALAMUALAIKUM...

MINATKAH TANAM BONSAI? MESTI RAMAI YANG MINAT DENGAN POKOK YANG ASALNYA BESAR MERIMBUN TAPI DIBANTUTKAN KERDIL COMEL BOLEH DIBELI BONSAI-BONSAI INI DI NURSERI DENGAN HARGANYA YANG SETANDING , MAHAL JUGA. KALAU DAH MINAT DIBELI JUGA. SELALUNYA MELEBEHI RATUSAN RINGGIT HARGANYA MENGIKUT KUALITI BONSAI TERSEBUT....

BONSAI YANG BERASAL DARIPADA POKOKNYA YANG BERBUNGA TENTU AKAN BERBUNGA CANTIK DAN BONSAI YANG POKOK ASALNYA BERBUAH AKAN BERBUAH JUGA TAPI KECIL DAN COMEL.








Tuesday, 17 June 2014

SUNGAI LIMAU....SEDIKIT INFO MENARIK...

ASSALAMUALAIKUM...
Republissh.

SEMUA SEDANG MEMERHATI KINI APA YANG BERLAKU DI SUNGAI LIMAU. TAPI SUNGAI LIMAU YANG MANA SATU? SEBAB ADA JUGA NAMA YANG SAMA DI TEMPAT LAIN. DI SELANGOR ADA, DI KELANTAN PUN ADA. KALAU DI GOOGLE MESTI BANYAK YANG DITEMUI LAGI.

TAK PAYAH NAK PENING-PENING KITA FOKUSKAN SAJA TENTANG DUN SUNGAI LIMAU DALAM PARLIMEN JERAI YANG KINI HANGAT DIBICARAKAN PEMAIN-PEMAIN POLITIK YANG BERKEPENTINGAN UNTUK MEREBUT KERUSI YANG DITINGGALKAN MANTAN YAB KEDAH PENGGAL LALU ALLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN ABD.RAZAK.

DI SUNGAI LIMAU NI TIDAK ADA LADANG LIMAUNYA...POKOK LIMAU PUN PAYAH NAK JUMPA. LUAS DENGAN SAWAH PADI SAUJANA PANDANGAN MATA. MANA TAHU? EH TAHULAH...DULU-DULU MEMANG SUKA BERULANG-ALEK DARI KAMPUNGKU KE PEKAN SUNGAI LIMAU MEMBELI PELBAGAI BARANGAN DI PEKAN SARI/NAT, AHAD,SELASA ATAU KHAMIS DI SINI.MENAIKI BAS DENGAN TAMBANGNYA SEKUPANG SAJA.

LAGIPUN KAWAN-KAWAN SEPERSEKOLAHAN JUGA GURU-GURU RAMAI YANG TINGGAL DI SINI. .BILA HARI RAYA BERSAMA KAWAN-KAWAN KE SINI JUGA MENGUNJUNGI GURU-GURU YANG MENGAJAR KAMI DI SMY (SEK MEN YAN)

KALAU ADA PERSEMBAHAN PENTAS ARTIS-ARTIS TEMPATAN YANG DI ADAKAN DI SINI, MEMANG TIDAK DILEPASKAN PELUANG MENONTONNYA. SEINGAT AKU PERNAH MENONTON ALLAHYARHARMAH SALOMA BIDUANITA NEGARA MENYANYI MENGHIBUR PEMINAT-PEMINATNYA DI SINI.

SELAIN ITU SUNGAI LIMAU JUGA ADALAH TEMPAT KELAHIRAN TIGA BERADIK KEBANGGAAN NEGARA. SIAPA TIDAK KENAL SASTERAWAN NEGARA ABDULLAH HUSSEIN, PROF EMRTUS ISMAIL HUSSEIN JUGA PELUKIS TERSOHOR IBRAHIM HUSSEIN.

RAMAI LAGI TOKOH-TOKOH TERNAMA KELAHIRAN SUNGAI LIMAU DAN YANG BARU KUKENALI ADALAH RAKAN FBKU DATO' BAIM ZAKARIA SEORANG PELUKIS POTRET TERKENAL....

MyBloglist