ASSALAMUALAIKUM...
Republissh.
SEMUA SEDANG MEMERHATI KINI APA YANG BERLAKU DI SUNGAI LIMAU. TAPI SUNGAI LIMAU YANG MANA SATU? SEBAB ADA JUGA NAMA YANG SAMA DI TEMPAT LAIN. DI SELANGOR ADA, DI KELANTAN PUN ADA. KALAU DI GOOGLE MESTI BANYAK YANG DITEMUI LAGI.
TAK PAYAH NAK PENING-PENING KITA FOKUSKAN SAJA TENTANG DUN SUNGAI LIMAU DALAM PARLIMEN JERAI YANG KINI HANGAT DIBICARAKAN PEMAIN-PEMAIN POLITIK YANG BERKEPENTINGAN UNTUK MEREBUT KERUSI YANG DITINGGALKAN MANTAN YAB KEDAH PENGGAL LALU ALLAHYARHAM TAN SRI AZIZAN ABD.RAZAK.
DI SUNGAI LIMAU NI TIDAK ADA LADANG LIMAUNYA...POKOK LIMAU PUN PAYAH NAK JUMPA. LUAS DENGAN SAWAH PADI SAUJANA PANDANGAN MATA. MANA TAHU? EH TAHULAH...DULU-DULU MEMANG SUKA BERULANG-ALEK DARI KAMPUNGKU KE PEKAN SUNGAI LIMAU MEMBELI PELBAGAI BARANGAN DI PEKAN SARI/NAT, AHAD,SELASA ATAU KHAMIS DI SINI.MENAIKI BAS DENGAN TAMBANGNYA SEKUPANG SAJA.
LAGIPUN KAWAN-KAWAN SEPERSEKOLAHAN JUGA GURU-GURU RAMAI YANG TINGGAL DI SINI. .BILA HARI RAYA BERSAMA KAWAN-KAWAN KE SINI JUGA MENGUNJUNGI GURU-GURU YANG MENGAJAR KAMI DI SMY (SEK MEN YAN)
KALAU ADA PERSEMBAHAN PENTAS ARTIS-ARTIS TEMPATAN YANG DI ADAKAN DI SINI, MEMANG TIDAK DILEPASKAN PELUANG MENONTONNYA. SEINGAT AKU PERNAH MENONTON ALLAHYARHARMAH SALOMA BIDUANITA NEGARA MENYANYI MENGHIBUR PEMINAT-PEMINATNYA DI SINI.
SELAIN ITU SUNGAI LIMAU JUGA ADALAH TEMPAT KELAHIRAN TIGA BERADIK KEBANGGAAN NEGARA. SIAPA TIDAK KENAL SASTERAWAN NEGARA ABDULLAH HUSSEIN, PROF EMRTUS ISMAIL HUSSEIN JUGA PELUKIS TERSOHOR IBRAHIM HUSSEIN.
RAMAI LAGI TOKOH-TOKOH TERNAMA KELAHIRAN SUNGAI LIMAU DAN YANG BARU KUKENALI ADALAH RAKAN FBKU DATO' BAIM ZAKARIA SEORANG PELUKIS POTRET TERKENAL....
Ayu Dan Tasik
-
Assalamualaikum wbt
Cantik tak tasik tu? Ayu pun bukan main lagi, bergaya macam tu bila
bergambar. Dia memang suka buat macam-macam gaya kalau bergambar...
4 hours ago
cantiknya sawah padi, saujana mata memandang..
ReplyDeletehati jadi tenang dan lapang memandang bendang yang terbentang....inilah pic kampung asal aunt nohas...gunung Jerai jadi tonggaknya. dekat jer dgn SG.LIMAU.
Deletejadi, limau hanya pada nama je la yer.. heheh
ReplyDeleteheh..eh...tah dari mana datang limaunya ya..tq Pha Is
ReplyDelete