Showing posts with label coretan salmah amir. Show all posts
Showing posts with label coretan salmah amir. Show all posts

Sunday, 30 November 2025

MADU DAN RACUN DALAM PENDIDIKAN

 ASSALAMUALAIKUM



Artikel oleh;

Prof Dr Salmah Amir

 

MADU DAN RACUN DALAM PENDIDIKAN

 

Pendidikan ialah seni membina manusia, bukan sekadar menyampaikan ilmu. Prinsip ini aku hayati sejak diberi peluang menimba pengalaman di United Kingdom dalam bidang pendidikan tinggi jururawat. Walaupun aku asalnya seorang jururawat, sebelum dilantik menjadi pengajar kepada pelatih jururawat, aku diwajibkan mempelajari bidang ilmu pendidikan secara formal.

Aku diterbangkan ke United Kingdom untuk mengikuti kursus khas mengenai kaedah pengajaran berkesan. Tujuannya jelas  untuk melahirkan jururawat yang bukan sahaja mahir secara teknikal, tetapi juga berfikiran kritikal dan tenang ketika kecemasan.

Antara perkara penting yang dipelajari termasuklah kaedah membina kurikulum berdasarkan keperluan semasa, pelaksanaan orientasi tanpa unsur buli atau ragging, penggunaan pelbagai metod pengajaran bagi menarik minat pelatih, serta pemilihan bahan dan alat bantu mengajar yang sesuai. Kami juga diajar menyediakan suasana pembelajaran kondusif, membina set induksi yang berkesan, dan mengamalkan komunikasi dua hala dengan pelatih berdasarkan ilmu psikologi pendidikan dan remaja.

Satu prinsip yang amat ditekankan oleh para pensyarah di sana ialah:

“Pendidik yang berjaya ialah apabila anak didiknya berjaya. Jika anak didik gagal, pendidik dan institusinya turut gagal.”

Mendidik bukan sekadar memuntahkan ilmu, tetapi menyemai nilai, membimbing sikap dan mempe memuntahkan ilmu, tetapi menyemai nilai, membimbing sikap dan memperkasa minda.

Pengalaman Menimba Ilmu di United Kingdom

Seramai lima belas peserta dari Malaysia, terdiri daripada jururawat dan pembantu perubatan dari seluruh negara, telah terpilih dan ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengikuti kursus ini. Kami disertai 25 lagi pelajar dari pelbagai negara Eropah seperti Finland, Jerman, Greece, Denmark dan Belanda.

          Walaupun berbeza bangsa, agama dan budaya, pergaulan kami harmoni. Saling menghormati, saling menyokong. Inilah  asas profesionalisme yang diamalkan masyarakat Barat. Mereka jujur menegur, tidak menyimpan prasangka dan tidak berkelompok untuk mengata orang lain. Rakan baikku ketika itu malah terdiri daripada Yahudi ortodoks dari Greece dan Finland. Mereka sopan dan berakhlak tinggi.

Ramai antara mereka sudah pun memiliki ijazah kedoktoran, dan hadir ke program ini bagi memperoleh sijil pendidikan tinggi sebagai syarat rasmi untuk menjadi pendidik kejururawatan. Tiada “Tom, Dick and Harry” yang dibenarkan mengajar tanpa kelayakan pendidikan formal.

 

Antara Pendidik, Pensyarah dan Guru

Di sinilah aku mula memahami beza antara teacher, educator dan lecturer. Pada hari pertama kuliah, Dekan Alan Fendley bertanya kepada kami:

“What do you want to be after you’re qualified? a teacher, an educator, or a lecturer?”

Rakan-rakan dari Malaysia pantas menjawab “lecturer”, kerana pada tanggapan kami, menjadi pensyarah itu lebih tinggi statusnya. Namun pelajar dari UK dan Eropah Barat hanya berdiam diri. Apabila aku angkat tangan dan menjawab, “I want to be a teacher,” seluruh kelas terpaku sebelum dekan tersenyum dan seluruh pelajar bertepuk tangan.

Jawapan itu bukan spontan. Ia terinspirasi daripada kata-kata bapa saudaraku, seorang dekan universiti di Malaysia, yang pernah berkata:

“An educator just educates, a lecturer just lectures like a parrot,
but a teacher teaches, guides, instills and nurtures.”

Kata-kata itulah madu dalam perjalanan pendidikanku, mengingatkan bahawa tugas guru bukan sekadar mencurah ilmu, tetapi membimbing.

Kaedah Pendidikan Barat yang Telus dan Manusiawi

Di United Kingdom, sistem pengajaran mereka menekankan motivasi positif. Para pendidik tidak kedekut memuji, Tidak  menghina pelajar yang lemah dan sentiasa mencari cara untuk menyalakan semangat dalam diri pelajar. Inilah bentuk motivasi ekstrinsik yang mendorong pelajar membangunkan motivasi intrinsik dalam diri.

Pendekatan mereka berbeza daripada sistem lama berasaskan pedagogi tradisional. “Aku cikgu, kau murid.” Di sana, falsafah andragogi diterapkan, di mana pelajar dilihat sebagai rakan belajar yang sama-sama berfikir dan menyumbang.Suasana pembelajaran yang santai dan interaktif membolehkan hormon dopamine bekerja dengan baik. Dalam keadaan tenang, pelajar lebih mudah berfikir dan memberi jawapan bernas.

          Pendidik Barat mendidik dengan kasih, menghormati hak asasi manusia dan menanam nilai murni dalam setiap proses pembelajaran. Mereka menghargai setiap individu walaupun kami datang dari Asia. Sungguh, mereka mendidik dengan hati dan akal yang seimbang.

 

Racun yang Perlu Dibuang

Namun, tidak semua sistem pendidikan kita bebas daripada racun.
Masih ramai pendidik di tanah air yang mengamalkan pendekatan lama iaitu mendidik dengan rotan, menilai dengan ego, dan jarang mencari punca sebenar di sebalik kenakalan pelajar.

          Konsep pedagogi yang terlalu menekan telah lama ditinggalkan oleh Barat sejak tahun 1990. Sebaliknya, mereka mengamalkan pendidikan berasaskan psikologi dan penghormatan manusiawi. Sebab itu mereka mampu melahirkan pencipta kapal terbang, saintis, dan jurutera roket ke bulan, sedangkan kita masih mencari bentuk rotan yang “berkesan”.

 

Madu yang Menghidupkan Jiwa

Pengalaman di sana membuka mata dan hati. Aku mula percaya bahawa setiap pendidik perlu mempunyai ilmu pendidikan tinggi selain kepakaran bidang masing-masing. Tanpa ilmu pendidikan, proses mengajar hanya menjadi rutin tiada jiwa, semangat dan rasa keinsafan. Apabila pendidikan disertai keikhlasan, empati, dan kefahaman psikologi pelajar, maka lahirlah insan yang bukan sekadar cerdik, tetapi juga berakhlak dan berperikemanusiaan.

 

Penutup

Pendidikan yang baik ialah gabungan antara ilmu, hati, dan nilai kemanusiaan.
Di sinilah letaknya madu dan racun dalam dunia pendidikan.  Madu  yang menyuburkan semangat, racun yang perlu dibuang agar ilmu tidak menjadi beku.

Jika guru, pensyarah dan pendidik hanya mencurahkan ilmu tanpa mendidik jiwa, maka tugas itu akhirnya boleh digantikan oleh robot dan Artificial Intelligence.
Tetapi jika pendidik mendidik dengan hati, maka tiada mesin yang mampu menggantikan sentuhan insan.


 


Thursday, 1 July 2021

KISAH SEMALAM

 ASSALAMUALAIKUM



Everything that happened yesterday.
When I woke up in the morning
I did not feel like going to work
Mixed feelings was lingering in my mind
My heart was pounding strong
I asked my YM hubby what waa exactly the reason
On arrival to office I did my work as usual religiously
I was very ambitious for a day coz lots of priority job to settle
After lunch, all of a suddened I received call from YM hubby and left me in shocked. He called and left the phone hanging
I rushed home by cab.
The guard at the main gate entry was kind to assisst me getting a grab
Alhamdulillah
I reached home safely.
While in the taxi, I had the opportunity to talk about "Bendera Putih" that Our Welfare Ministry launched.
Is good and it might helps
However...........,
Bureucracy snaps people hearts and feelings.
The Indian driver told me, he registered his name under the food basket program, until now there is no respond from the office.
He said he got no rice at home already.
I paid him and told him to keep the change. I even asked him to get the "Free Beras" from Malakat Mall Store.
On arrival home, my sis and brother in law was already at my house. My YM hubby was still resting in bed
I did a light CPR to wake up his heart to pump faster because it was weak. After a while he resumed his normal heart rate and his sweat went off.
What an emergency situation I faced.
The Indian taxi man also wish YM hubby for speedy recovery.
Worry, socializing yet abled to discuss current issue with the Indian taxi driver good in speaking English.
Alhamdulillah
That was my mixed feelings about yesterday
I accompanied my YM hubby to rest
But I was the one rest well till I crossed the Maghrib prayer as well.
Masyaa Allah
Allah knows the reason why?
In syaa Allah.
I was damped too tired

MyBloglist