Showing posts with label Sejarah kita. Show all posts
Showing posts with label Sejarah kita. Show all posts

Thursday, 23 November 2023

SUNGAI BATU

 ASSALAMUALAIKUM

Dalam grup whatsapp seorang sahabatnya saudara  Zulkifli Jaafar ialah mantan pengarah muzium Kedah. PI seorang yang berminat dengan sejarah cubalah meminta sahabat yang pro dalam bidangnya berkongsi sedikit cerita berkenaan penemuannya di tapak arkeologi LEMBAH BUJANG MERBOK. Lebih tepatnya di SG.BATU. Seorang jiran PI juga kaum kerabatnya tinggal di sini. Tidaklah jauh dari kampung asal PI di Yan.

Catatan sdr Zulkifli Jaafar(c)




PIC GOOGLE IMAGES(C)


Sungai Batu merupakan salah satu di antara lebih 100 tapak arkeologi yg ditemui di lembah Bujang yg dilaporkan ditemui sejak 1840 yang membuktikan lembah Bujang sebagai entrepot yg menghubungkan 3 tamadun awal manusia dari China , India dan Arab yg datang berkumpul untuk bertukar komoditi yg dihasilkan oleh mereka dan produk komoditi dari kepulauan Melayu sejak SM 300 .

Laporan penemuan tapak sungai Batu telah direkodkan sejak 1930an dan kerja ekskavasi secara intensif telah dijalankan oleh USM sejak 2004 hingga kini.

Antara penemuan utama adalah sisa structure binaan Hindu dan struktur binaan yg digunakan sebagai tempat proses peleburan besi bertarikh kurun ke 8 masehi.

Bukti arkeologi ini membuktikan bahawa Kuala sungai Batu merupakan satu-satu pengkalan yg di gunakan Oleh pelebur besi dari India untuk meleburkan bijih besi yg Banyak terdapat di sekitar Sg Batu untuk dijadikan tampang besi sebelum dibawa ke India

Monday, 2 March 2020

PM KE 8

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH DENGAN IZIN-NYA...


TAHNIAH YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN  PM MALAYSIA KE 8 PERKENAN YDPA SULTAN ABDULLAH 2 MACH 2020…MOGA ALLAH MEMBERKATINYA DENGAN RAHMAT-NYA YANG MELIMPAH RUAH..AMAN DAMAI SENTOSA BERGANDING USAHA BERSAMA RAKYAT BERBILANG BANGSA MEMAJUKAN NEGARA TERCINTA



TAZKIRAH DR MAZA

TAATI PEMERINTAH SELAGI TIDAK MEMBAWA KEPADA DOSA DAN ZALIM


1. Setelah seorang pemimpin itu memperolehi kuasa, dia ditaati dan dipatuhi sehinggalah terbukti dia menyuruh kepada perkara dosa atau zalim. Selagi tidak berlaku, kita wajib mentaati pemerintah sekalipun kita tidak suka. Sabda Nabi s.a.w:
السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ
“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
2. Pemerintah yang baru dilantik yang belum melakukan apa-apa tindakan yang dosa dalam urus tadbir dan pemerintahannya adalah tidak wajar ditentang sehinggalah hal sebaliknya berlaku. Hanya orang yang buruk jiwanya mengandaikan dosa yang belum berlaku. Juga hanya orang yang tamak kuasa ingin meruntuhkan sebuah pemerintahan yang belum atau tidak menzalimi umat atau rakyat atau bersekongkol dengan kaum yang memusuhi agama ALLAH.
3. Kita baharu sahaja mendapat PM yang baharu setelah satu tempoh krisis yang meresahkan sekelian rakyat. Berilah ruang untuk beliau menguruskan negara terlebih dahulu. Pandanglah masa depan. Jika beliau berbuat zalim maka kita akan berperanan membantah kezaliman. Jika tidak, kewajipan kita mentaati dan menyokong usaha-usaha beliau.
4. Marilah kita mengingati hadis Nabi s.a.w:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَأَنْ تَنَاصَحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).
Juga sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih).
5. Harapan kita kepada YAB PM yang baharu lantiklah anggota kabinet yang berwibawa, amanah dan bersih dari korupsi serta salahguna kuasa. Jauhi kepimpinan negara dari anggota yang tercemar dengan rasuah dan salahguna kuasa. Dengan demikian, dengan izin ALLAH keadilan dan kemakmuran akan dapat dibina.
Semoga ALLAH merahmati negara kita.
Allahumma aamiin

Tuesday, 30 July 2019

DIRGAHAYU TUANKU

     ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT HARI PERTABALAN YANG DI PERTUAN AGONG KE 16
Daulat Tuanku
Raja & Rakyat Berpisah Tiada


Asah  berkilat parang di paya,
memotong rotan lalu disiat;
Raja berdaulat waris anbiya,
mahkota watan sanjungan rakyat.


BAGINDA IALAH SULTAN NEGERI PAHANG DARULMAKMUR

Munsyi Md Rasul bin Haron
@Memartabatkan Bahasa Melayu
Bahagian Matrikulasi KPM
Putrajaya
29 Julai 2019
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, daulat bermaksud 1. bahagia, kebahagiaan (kepada raja-raja yang memerintah); 2. ya, benar (digunakan ketika menyambut titah raja dan sebagainya); 3. kuasa (raja, kerajaan); 4. arkaik: tulah; ditimpa ~ kena tulah (raja); ~ dirgahayu mudah-mudah­an berbahagia dan lanjut usia; ~ tuanku a) benar tuanku, ya tuanku; b) berbahagialah tuanku;
Kuasa-kuasa raja yang ada adalah, tanpa mengambil atau menafikan hak-hak rakyat jelata demi menaungi kesejahteraan ramai.
Seperti dipetik dan dinasihatkan dengan indah dalam naskah agung Sejarah Melayu lagi, bahawa: “Raja-Raja itu, jikalau bagaimana sekalipun tahunya, seandai tiada muafakat dengan segala pegawai, tiadalah akan sentosa kerajaannya.” Pada helaian yang lain pula dimadahkan: “Raja itu umpama pohon, manakala rakyat pula ibarat akarnya.”
Baginda Tuanku sebagai cerminan, iaitu manifestasi kepada ‘Adi­cita’ atau ideologi Rukun Negara, yang menjadi asas kepada sebuah negara bangsa, makmur lagi merdeka.

Thursday, 31 May 2018

SAYONARA UMNO...

ASSALAMUALAIKUM...

SAYONARA UMNO
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu 12/05/18
(1 - 33)
1. UMNO yang dilahirkan pada 11hb Mei 1946 menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-72.
2. Malam semalam Majlis Tahlil diadakan di PWTC , satu - satu nya bangunan kepunyaan UMNO.
3. Inilah pertama kali UMNO menyambut hari ulangtahun kelahiran dalam keadaan sugul dan muram.
4. Sama ada majlis tahlil itu merupakan majlis terakhir bagi UMNO, sama-samalah kita tunggu dan lihat.
5. Apakah BN juga akan menerima nasib yang sama, wallahualam!!
6. Talian hayat UMNO selama ini iaitu SPR dan ROS tidak boleh digunakan lagi.
7. Jika semasa kempen pilihanraya lalu, papan - papan tanda dan iklan yang memaparkan wajah Tun Mahathir diharamkan, kini mulai dihalalkan.
8. Bukan setakat itu sahaja , Tun Mahathir turut dihina dan dimaki hamun oleh Pemimpin UMNO / BN.
9. Stesen - stesen TV dan akhbar - akhbar kepunyaan UMNO seperti Utusan , Berita Harian dan New Straits Times boleh dikatakan setiap hari mempaparkan kenyataan - kenyataan Menteri - Menteri dan sesiapa sahaja yang sedia membelasah Tun Mahathir.
10. Segala jasa Tun Mahathir selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dahulu diketepikan begitu sahaja.
11. Tata susila Melayu hormat menghormati , berbudi bahasa dan membalas budi telah dighaibkan begitu sahaja oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO di semua peringkat.
12 . "Cash Is King" adalah budaya baru yang amat digemari oleh mereka.
13. Akhirnya mereka mati seperti matinya semut kerana gula.
14. Kepada Penjawat Jawatan Awam dan yang lain - lain yang pernah terlibat dalam segala amalan rasuah, mereka dan keluarga kini tidak lagi boleh berlagak seolah - olah dunia ini mereka yang punya.
15. Begitu juga mereka yang terlibat menyembunyikan fakta bagi tujuan melindungi mana - mana penjenayah , pencuri dan perompak , nasihat saya mereka bolehlah melantik peguam - peguam bagi membela mereka di mahkamah nanti.
16. Majoriti rakyat yang membenamkan UMNO/BN pada PRU 14 yang baru berlangsung sebenarnya mereka TIDAK TERTAHAN lagi melihat harta Negara di rompak oleh mereka yang diberi kuasa tanpa punyai perasaan malu dan takut, sedangkan rakyat terpaksa berhempas pulas memerah keringat bagi menyediakan makan untuk keluarga di rumah.
17. Bertahun lamanya rakyat yang pernah membenarkan diri ditipu dan tertipu menitiskan air mata kesedihan kerana kesusahan hidup mereka.
18. Mulai semalam tangisan mereka bertukar dari kesedihan kepada kegembiraan.
19. Mulai semalam juga rakyat mula merasai KEMERDEKAAN sebenar.
20. Rakyat yakin Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003 , tidak akan mengulangi kelemahan - kelemahan yang pernah berlaku di era beliau dahulu.
21. Kepada mereka Tun umpama pepatah " Harimau Mati Meninggalkan Belang , Manusia Mati Meninggalkan Nama " ; kepada mereka juga Tun bukanlah " Pagar Yang Makan Padi".
22. Kepada Tun Dr. Mahathir saya ucapkan syabas dan tahniah kerana dilantik semula menerajui Negara ini buat kali kedua pada usia beliau 93 tahun.
23. Kepada rakyat Malaysia saya ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang buat kali kedua.
24. Kepada Kerajaan yang baru ini jalankanlah tanggungjawab dengan bijaksana dan beramanah.
25. SEMOGA PERISTIWA HITAM YANG MELANDA UMNO/ BN TIDAK AKAN MELANDA PAKATAN HARAPAN.
26. Rakyat telah menghantar UMNO dan BN ke tanah perkuburan, hanya menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan.
27. Begitu tajam sekali pandangan Tun apabila kira - kira 35 tahun dahulu beliau telah memberi amaran bahawa pada tahun 2020 dan mungkin awal lagi dari itu, rakyat khasnya orang Melayu akan menolak UMNO.
28. Kata Tun Mahathir lagi, kerakusan, penyelewangan kuasa , amalan rasuh , politik wang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO TANPA punyai perasaan kesian kepada rakyat yang menderita di bawah.
29. Saya sendiri yang telah meninggalkan UMNO / BN menjelang PRU 13 dahulu dan saya bertindak demikian kerana TIDAK BERSETUJU dengan apa yang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO ketika itu.
30. Saya menolak UMNO dan BN bukan benci pada nama nya, saya menolak UMNO kerana sedar bahtera yang saya berada di dalamnya sedang dikemudikan oleh lanun yang hanya mementingkan diri , keluarga dan mereka yang taat kepadanya saja.
31. KUN FA YA KUN - JADI ; MAKA JADI LAH IA.
32. HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MAHA BERKUASA DI ATAS SEGALA - GALA NYA.
32. ALLAH SWT telah mencabut nyawa UMNO dan BN pada 9hb Mei 2018 setelah 72 tahun ia dilahirkan.
33. SAYONARA !!
Kongsikan dan simpanlah tulisan saya ini sebagai kenangan.
Terima Kasih.

Friday, 11 May 2018

PM NEGARA MALAYSIA KE 7

ASSALAMUALAIKUM..

SALAM JUMAAT MULIA...

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA-NYA DENGAN IZIN-NYA NEGARA KITA MALAYSIA KINI DITERAJUI TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI KE 7...UPACARANYA PERISHTIHARAN DISEMPURNAKAN DALAM MAJLIS RASMI DI HADAPAN DYMM  YANG DI PERTUAN AGUNG PADA 9.00 MALAM 10 MEI 018
PERISTIWA BERSEJARAH PI RAKAMKAN DI SINI UTUK TATAPAN ANAK CUCU CICIT PI NANTI INSYAA ALLAH.










 


Tokoh - tokoh negarawan Malaysia;.

Tun abdul rahman - papa kemerdekaan
Tun abdul razak - papa pembangunan
Tun hussein onn - papa perpaduan
Tun mahathir - papa pemodenan
Tun Abdullah - papa modal insan
Tun najib - papa kedana aku dibuatnya
Tun mahathir - papa ku pulang dari kota


Share e-sastera pungut
- pic YUS EFENDI

Thursday, 10 May 2018

KEPUTUSAN PRU 14 9 MEI 018..

ASSALAMUALAIKUM...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (Harapan), gabungan empat parti politik pembangkang yang baru dibentuk, menang besar pada pilihan raya umum Malaysia yang baru berakhir, menamatkan pemerintahan BN selama lebih 60 tahun.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia hampir 93 tahun, berjaya dalam apa yang dilihat sebagai tugas mustahil untuk meraih sokongan besar rakyat bagi memecahkan genggaman kuasa BN yang sebelum peristiwa bersejarah hari ini, merupakan parti politik paling lama memerintah.
Dr Mahahir dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh hari ini. Dr Mahathir ialah Perdana Menteri keempat dan merupakan orang yang sama mengetuai kejayaan BN dalam pilihan raya umum lima tahun berturut-turut dari 1982 hingga 1999.
Ketika keputusan muktamad diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Hashim Abdullah pada kira-kira 4.45 pagi, Harapan yang berusaha dalam apa yang dianggap sebagai ibu segala pilihan raya menggunakan simbol mata biru sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR), memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen dengan majoriti mudah.
Ia dijangka mengukuhkan kedudukannya di Parlimen menerusi lapan lagi kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah yang mengumumkan sebelum ini untuk menyertai Harapan di peringkat persekutuan.
BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak memenangi 79 kerusi, jauh berbanding 132 yang dikuasainya sebelum ini.
Tanda-tanda tsunami politik atau kuasa rakyat mula muncul pada kira-kira  10 malam apabila BN kehilangan negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan kepada Harapan, manakala parti Islam Pas mengekalkan Kelantan dengan margin lebih besar dan juga mendapat bonus luar jangkaan dengan memenangi Terengganu.
Parti komponen Harapan iaitu PKR dan DAP turut mengekalkan negeri perindustrian Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang dengan lebih menyakinkan.
Dua lagi negeri  Perak dan Kedah menyaksikan pertembungan sengit dan masing-masing berakhir dengan kedudukan Dewan Undangan Negeri tergantung, tetapi bagaimanakah percaturan politik di negeri-negeri itu akan diuruskan, akan menjadi lebih jelas dalam beberapa jam akan datang.
Malah Sabah dan Sarawak, yang selama ini dianggap negeri 'deposit tetap' BN kerana sentiasa menyumbangkan kerusi Parlimen untuk membolehkan BN terus menguasai Putrajaya, pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, runtuh oleh kuasa sejumlah besar pengundi Generasi Y.
Sabah yang dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman selama 15 tahun lepas dan ketika berita ini ditulis masih terikat dengan kebuntuan di peringkat Dewan Undangan Negeri berikutan BN memenangi 29 kerusi, Warisan 21, DAP dan PKR (kedua-duanya dalam Harapan) masing-masing dengan enam dan dua kerusi manakala dua lagi kerusi dimenangi Parti Solidariti Tanahairku.
Pegawai-pegawai parti berkenaan berkata perbincangan akan diadakan hari ini juga untuk memecahkan kebuntuan berhubung parti mana yang akan berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Parti pembangkang mencatat prestasi lebih baik dalam perebutan bagi kerusi Parlimen dengan Warisan menang lapan kerusi, masing-masing tiga bagi DAP dan PKR dan satu kerusi bagi Solidariti.
Jelas sekali bahawa kekalahan BN yang gah selama ini turut dibantu oleh pengaruh besar media sosial yang dimanfaatkan pembangkang dengan memainkan isu peningkatan kos sara hidup yang memberikan impak terhadap keupayaan berbelanja setiap orang selepas Najib memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar 6 peratus pada 2014.
Populariti BN kian merudum dalam tempoh beberapa tahun lepas berikutan kegagalan 1MDB yang menghantui Najib ditambah dengan masalah kewangan dalam Felda yang menjejaskan pekebun kecil kelapa sawit dan terbaru undang-undang kontroversi seperti Akta Antiberita Tidak Benar yang secara tergesa-gesa diluluskan di Parlimen sejurus sebelum pembubaran pada 7 April.
Bakal Perdana Menteri Dr Mahathir telah mengikrarkan sebagai aku janji dalam manifesto pilihan raya Harapan untuk memansuhkan GST sekiranya parti itu berkuasa dan nasib sama menanti undang-undang Antiberita Tidak Benar. - Bernama

Saturday, 14 April 2018

SALAM ISRAK MIKRAJ...

ASSALAMUALAIKUM

ISRAK MIKRAJ
Peristiwa Israk dan Mikraj Muhammad terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacitakerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
WIKIPEDIA

Wednesday, 17 May 2017

TENTANG HANG TUAH...

ASSALMUALAIKUM...



KEWUJUDAN Hang Tuah pernah dipersoal akibat ketiadaan bukti arkeologi. Namun pakar Barat di Universiti Nasional Singapura (NUS) ini yakin bukan sahaja Hang Tuah wujud, malah pernah memerintah Singapura.

Akhbar Berita Harian Singapura baru-baru ini melaporkan, pulau itu mungkin sebuah pusat pelabuhan utama bagi Empayar Melaka pada abad ke-15 yang ditadbir seorang laksamana dan beliau dipercayai ialah Hang Tuah sendiri.
Laksamana berkenaan dikatakan tidak sahaja berkuasa memerintah ketika itu dan mentadbir pelabuhan tersebut, bahkan mengetuai angkatan laut Kesultanan Melayu Melaka yang menjadikan Singapura sebagai pangkalannya.
Sebagai laksamana, Hang Tuah menjadikan pulau yang pernah disebut Temasek sebelum diubah Sang Nila Utama kepada Singapura; menjadi tempat tinggalnya, kata pakar sejarah dan arkeologi Singapura, Prof. Dr. John Miksic.
Baru-baru ini, kewujudan Hang Tuah sekali lagi dipersoalkan pihak tertentu kerana konon tiadanya bukti arkeologi yang mengaitkan kehidupan dirinya, seperti yang panas dilaporkan oleh pelbagai media Malaysia sekitar Mei lalu.
Ia memetik laporan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sebagai mengesahkan bukti arkeologi mengaitkan kewujudan Laksamana Hang Tuah masih lagi belum ditemui untuk disahkan muktamad secara rasmi.
Walaupun akur dengan ketiadaan bukti tersebut, Miksic tetap percaya bahawa Hang Tuah wujud malahan pernah bermastautin agak lama di Singapura berdasarkan bukti surat-menyurat yang ditemui di Pulau Okinawa, Jepun.
“Hang Tuah pasti ada. Jawatannya sebagai Laksamana ada. Gelarannya sebagai Sri Bija Diraja, kita ketahui pasti ada. Orang yang namanya Hang Tuah belum dapat diperkuat dengan data dari sumber selain Sejarah Melayu.
“Namun tidak ada alasan untuk percaya bahawa orang dengan nama itu tidak ada,”ujarnya merujuk watak Hang Tuah sering disebut dalam banyak sumber asing dari China dan Jepun, selain kitab terkenal Sejarah Melayu.
“Itu yang paling menentukan, sebab ternyata pada akhir abad ke-15, laksamana dari Singapura itu berhak mengirim surat rasmi atas namanya sendiri kepada mana-mana raja asing. Surat itu bahkan masih ada lagi di Okinawa.
“Banyak surat di Okinawa yang dikirimkan dari Laksamana Melaka, tanpa nama, hanya gelarannya yang disebut. Tetapi dia yang berhak bertindak atas nama Sultan,” tambah Profesor Jabatan Pengajian Asia Tenggara NUS itu.



PROF. DR. JOHN MIKSIC MEMEGANG PETA LAMA BERTARIKH 1825, MENUNJUKKAN BENTENG PERTAHANAN LAMA KERAJAAN KESULTANAN SINGAPURA PERNAH WUJUD ABAD KE-14 MENGELILINGI BUKIT LARANGAN ATAU KINI FORT CANNING HILL. – FOTO BERITA HARIAN SINGAPURA


Miksic yang fasih berbahasa Melayu mula mengajar di NUS sejak 1987, dan sebelum itu pensyarah di Universiti Gadjah Mada, institusi pengajian terkenal di wilayah istimewa Yogyakarta, Indonesia, selama enam tahun.
Memberi perincian Singapura sebagai pusat pelabuhan Empayar Kerajaan Melaka, beliau menegaskan ia jelas dilaporkan perwira angkatan armada Laksamana Zheng He atau juga disebut Cheng Ho dari China pada 1435.
Menurut Miksic, setelah tertubuhnya Kesultanan Melaka sekitar tahun 1400, Singapura yang sudah wujud lebih awal daripada Melaka tetap ada, bahkan langsung tidak musnah akibat serangan hebat oleh tentera Majapahit.
Sebelum ini, sejarah menyatakan Singapura musnah akibat serangan itu, yang dilakukan agar dapat menangkap sultan terakhir Singapura, Sultan Iskandar Shah dan dibuktikan bukan sahaja dari segi sejarah, malah arkeologi.
Ia menunjukkan bahawa Singapura, atau ketika itu lagi masih dipanggil sebagai Temasek, merupakan sebuah pelabuhan maritim antarabangsa yang sudah memainkan peranan penting dalam hubungan luar negara.
Singapura juga pusat transit kapal laut dan sangat strategik dalam struktur kerajaan Melaka – tempat bagi orang dari Jawa atau Sumatera contohnya singgah dulu di Singapura sebelum menuju ke tempat lain seperti India atau China.
Angkatan laut Kesultanan Melaka pula ditempatkan di Singapura disebabkan kedudukan pulau ini lebih strategik dan terlindung berbanding dengan Melaka yang agak terbuka dan mudah diserang dari arah laut atau darat.
Selain melindungi perairan Selat Melaka dan sekitarnya, angkatan tentera tersebut turut dikerah membasmi kegiatan lanun yang dikatakan cukup berleluasa menjarah banyak kapal dagang asing di perairan Singapura.
Hang Tuah ujar Miksic juga mempunyai kuasa memerintah Singapura seumpama pemimpin tempatan bertaraf gabenor dalam sistem pentadbiran moden atau amir jika merujuk kepada zaman khalifah Islam di Timur Tengah.
“Terbukti beliau perlu ke istana kalau ada upacara atau ada tugas lain, yang bererti harus bertemu raja atau bendahara, misalnya. Tetapi hari-hari tempat tinggalnya di Singapura,” kata Miksic. – Agensi/Mynewshub.cc/HA

Sunday, 18 May 2014

BANI YANG HILANG...

ASSALAMUALAIKUM...

WAHAI BANGSA YANG TIDAK KENAL SEJARAH

Terkadang, anda memerlukan seorang Ustaz untuk berkata yang sama, barulah anda hendak percaya? Terkadang, anda memerlukan berita yang datang dari kaca TV, barulah anda hendak percaya? Sedangkan, anda telah diberitahu sebelum ini...

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi atau kaum yang hilang.
*BANI JAWI atau BANGSA JAWI /MELAYU
> Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
> Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
> Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
> Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah atau Keturah.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji = satu & Wi = Tuhan. Yakni maksudnya bangsa yang percaya kepada 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan)

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu?

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.

Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.
Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia’...
- Perkongsian: Hamba Allah
*NOTA ADMIN PK&PD: Kami hanya berkongsi, terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Tak salah membuka minda dengan membaca. Membaca tak semestinya kena percaya, ilmu Allah itu luas. Bangsa Melayu menjadi hebat kerana Islam. Tanpa Islam pasti manusia akan sesat seluruhnya. Berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Terima kasih.
COPY PASTE ...
Unlike · 

Wednesday, 23 October 2013

KHAZANAH WARISAN RIBUAN TAHUN...


ALAT-alat muzik tradisional yang tersimpan di Muzium Negara.
PENGALAMAN melangkah masuk ke dalam stor penyimpanan artifak Muzium Negara baru-baru ini seumpama memasuki gua yang dipenuhi dengan harta karun.
Bukan sahaja terpegun melihat susunan artifak yang memenuhi segenap ruang tetapi kesempatan itu dirasakan amat istimewa kerana tidak ramai yang mendapat peluang melepasi bilik kebal tersebut.
Stor penyimpanan yang terletak di Unit Repositori Muzium Negara merupakan lokasi penyimpanan koleksi artifak milik Jabatan Muzium yang jarang dipamerkan di galeri umum Muzium Negara.
Hanya sebahagian kecil daripadanya pernah dipertontonkan melalui penganjuran pameran-pameran khas yang biasanya diadakan secara bertema dan sementara.
Lebih mengagumkan, jika dibanding dengan jumlah artifak yang dipamerkan di galeri Muzium Negara, jumlah artifak tersimpan di stor berkenaan dianggarkan 10 kali ganda lebih besar.
Meskipun tidak mempunyai nilai sejarah yang sehebat artifak-artifak penting di galeri Muzium Negara, koleksi yang ada di bilik berkenaan tetap mempunyai keunikan tersendiri.
Unit Repositori yang dikawal ketat itu dibahagikan kepada empat kategori mengikut jenis artifak iaitu peralatan senjata, alat muzik, tekstil dan seramik.
Pengembaraan penulis di bilik yang dipenuhi khazanah warisan ribuan tahun itu bermula di stor penyimpanan senjata yang menempatkan keris, pedang, tombak dan pelbagai kelengkapan peperangan.
Ditemani Penolong Kurator Kanan unit itu, Suriati Sulong dan Baharom Ahmad, saya menyelak pintu besi bilik untuk melihat apa yang sedang menanti di dalamnya.
Di suatu sudut, Baharom gigih menanggalkan sarung beberapa bilah keris untuk mengecam artifak kegemarannya.
Tidak lama kemudian, beliau mengeluarkan sebilah keris sepanjang kira-kira setengah meter dari bahagian paling atas almari.
Keris lurus seperti pedang itu adalah Keris Penyalang yang digunakan sebagai senjata untuk menyula pesalah-pesalah pada zaman dahulu.
"Walaupun keris ini sudah berusia ratusan tahun tapi kesan karat darah masih ada. Tanda keris ini pernah 'digunakan'.
"Selain Keris Penyalang, ada lagi beberapa keris yang tersimpan di sini dipercayai pernah digunakan dalam ilmu keris terbang," katanya.
Saya turut berkesempatan melihat sebatang tongkat kayu bertatih gading dengan ukiran bermotifkan bunga berwarna emas.
Tongkat yang disimpan di dalam bilik kebal itu tidak lain tidak bukan adalah milik Residen Inggeris pertama, Sir Frank Swettenham yang dipulangkan semula ke negara ini pada 1971.
Pada kesempatan itu juga, saya diberi kesempatan menatap kehalusan sehelai kain dengan hasil tenunan yang cukup luar biasa.
Kain berwarna hijau dan merah yang bertulis ayat suci al-Quran itu adalah kain limar berayat yang berusia ratusan tahun. Tidak diketahui siapa pemilik asalnya namun dikatakan antara koleksi tekstil Melayu yang sangat sukar diperolehi.
Diperbuat daripada sutera dan benang emas, kain limar digunakan sebagai kain penutup keranda khususnya dalam kalangan masyarakat Pantai Timur.
Selain kain limar, sehelai kain cindai yang sedang dalam proses pemuliharaan semula dibentang di atas salah satu meja. Kain cindai yang popular sekitar kurun ke-18 itu diguna sebagai bengkung atau perisai bagi menghalang tusukan senjata tajam.
Pada hari kedua, kunjungan saya ke stor alat muzik ditemani Pendaftar Bahagian Pendaftaran Muzium Negara, Mohd. Razaimi Hamat yang menunjukkan koleksi alat muzik yang amat jarang ditemui.
Mohd. Razaimi merupakan individu yang bertanggungjawab dalam urusan perolehan dan pendaftaran setiap artifak di Muzium Negara.
Beliau berkata, Muzium Negara mempunyai 420,665 artifak namun hanya kira-kira 3,000 berada di ruang pameran.
"Selain ruang pameran yang terhad, pihak muzium mempunyai sebab-sebab lain untuk tidak mempamerkan artifak berkenaan.
"Sebahagian daripadanya ada yang pernah dipamerkan pada pameran-pameran sementara dan bertema,'' katanya.
Bagaimanapun katanya, sepanjang proses perolehan sesuatu artifak, pihak muzium berdepan pelbagai cabaran terutama dalam menentukan keaslian sesuatu artifak.
Salah satu daripada langkah terpenting adalah melalui penyiasatan secara terperinci khususnya terhadap maklumat yang diterima.
"Kita tidak boleh membuat pembelian atau penerimaan secara sembarangan kerana pendaftaran artifak juga perlu mengambil kira maklumat dan fakta yang betul.
"Selain penyelidikan, kita juga menggunakan khidmat pihak ketiga yang pakar dalam sesuatu bidang,'' katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131019/re_07/Khazanah-warisan-ribuan-tahun#ixzz2i7pH0oDl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 11 October 2013

AMBIL TAHU SEDIKIT SEJARAH PKM ...CHIN PENG VS PEMIMPIN MELAYU KOMINIS....

Perpecahan kepimpainan PKM di Peking


SEBAHAGIAN anggota Rejimen ke-10 PKM yang terdiri daripada orang Melayu dan dinamakan Chin Peng sebagai 'Tentera Pembebasan Nasional Malaya'.
PERPECAHAN mula berlaku dalam Parti Komunis Malaya (PKM) sekitar tahun 1964 ketika kerajaan China melancarkan Revolusi Kebudayaan.
Namun, bibit-bibit perpecahan telah bermula sejak Chin Peng tiba di Peking pada pertengahan 1961 apabila berlaku pertelingkahan antara Chin Peng dan Pengerusi PKM, Musa Ahmad berhubung hak-hak orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaya.
Musa mengkritik kepimpinan Chin Peng ketika kerajaan China melancarkan Revolusi Kebudayaan. Kebanyakan anggota dan pemimpin Melayu PKM yang berada di Peking menentang penglibatan PKM dalam Revolusi Kebudayaan.
Pada awal 1967, Musa mencadangkan kepada semua anggota Melayu PKM di Peking supaya menampal poster dan mengkritik dasar-dasar Chin Peng. Musa menggelar kumpulan itu sebagai Kumpulan Lima yang terdiri daripada Shamsiah Fakeh, Ibrahim Mohamad, Mohd. Jamin, Chau Su Chern (isteri Mohd. Jamin), Zainab Mahmod (isteri Musa) dan Musa sendiri.
Beberapa pertemuan diadakan di apartmen Mohd. Jamin yang terletak di Kompleks Radio Peking. Kumpulan Lima itu bersetuju menerbitkan artikel bertajuk, Upholding MAO TZE TUNG's Thought As The Road To Victory For The Revolution Of The Malayan People bertujuan mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh Chin Peng.
Antara perkara yang terkandung dalam artikel itu ialah:
" Chin Peng tidak mematuhi garis perjuangan yang betul, dengan mengabaikan orang Melayu dalam perjuangan bersenjata PKM
" Chin Peng meninggalkan sempadan Thai-Malaya untuk mendapat perlindungan di Peking, dan mendakwa Chin Peng sebagai cauvinis, diktator dan tidak demokratik dalam mengendalikan urusan parti.
Kumpulan itu memutuskan untuk menyerahkan artikel itu secara langsung kepada Chin Peng tetapi Chin Peng enggan mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Lima itu. Kumpulan itu kemudian menghantar artikel itu melalui pos kepada Chin Peng.
Beberapa salinan artikel itu turut dihantar kepada beberapa pertubuhan di Peking termasuk Persatuan Wartawan Afro-Asia, wakil Parti Komunis Indonesia (PKI) di Peking, Djailani dan Pengerusi Parti Komunis Burma (kini Myanmar), Ba Tin Tien.
Perbicaraan
Ekoran tindakan kumpulan itu, Chin Peng menghantar orangnya ke rumah Musa mengarahkannya pergi ke kem transit untuk menghadapi perbicaraan. Oleh kerana Musa tidak bersedia untuk dibicarakan, dia memilih untuk berkurung di rumahnya. Sejak itu, tiga percubaan dilakukan Chin Peng untuk membawa Musa berdepan dengannya.
Musa melarikan diri daripada Chin Peng selama lapan bulan dengan berpindah-randah dari satu bilik ke satu bilik sejak Ogos 1967 hingga Mei 1968.
Pada akhir 1968, ketika bersembunyi, Musa menerima surat daripada Chin Peng yang dihantar atas nama Cinanya, Peh Wen yang disampaikan oleh seorang anggota komunis dikenali sebagai Wu Wee Ching, seorang pegawai di ILD yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Malaya.
Surat itu ditulis dalam bahasa Inggeris yang antara lain menyebut:
''Kerana tindakan kamu yang anti-kegiatan parti, Jawatankuasa Pusat PKM telah mengambil keputusan untuk memecat kamu sebagai Pengerusi (PKM), anggota Politburo, anggota Jawatankuasa Pusat PKM dan mengekalkan kamu sebagai anggota biasa dengan bersyarat iaitu dalam tempoh tiga hari kamu menulis pengakuan melakukan kegiatan anti-Parti…
Namun, Musa tidak membalas surat itu. Pada Mei 1969, Wu Wee Ching dan dua orang pegawai dari ILD menemui Musa dan mencadangkan satu pertemuan diadakan antara Musa dan Chin Peng bagi menyelesaikan pertelingkahannya dengan Chin Peng, tetapi Chin Peng enggan menghadiri pertemuan itu.
Chin Peng sebaliknya bertegas mahu Musa dibawa ke kem transit untuk dibicarakan, tetapi ditolak oleh ILD kerana bimbang Musa akan diserang oleh orang-orang Chin Peng.
Tidak lama kemudian, Wu Wee Ching menyerahkan satu surat mengandungi nota daripada Jawatankuasa Pusat PKM memaklumkan bahawa Musa telah disingkirkan sebagai Pengerusi PKM berkuatkuasa 15 Julai 1968.
Pada masa yang sama, Musa dimaklumkan oleh seorang pekerja di kem transit bahawa Ibrahim Mohamad dan isterinya, Shamsiah Fakeh serta tiga anak lelaki mereka teruk dipukul dan kemudian ditahan di kem transit oleh Chin Peng.
Ibrahim dan Shamsiah kemudian dijatuhi hukuman dibuang ke kawasan terpencil di Chan Sa, selatan China untuk bekerja di sebuah kilang membuat ball-bearing. Kedua-kedua mereka kemudian turut disingkirkan daripada PKM.
Begitu juga dengan Mohd. Jamin dan Chau Su Chern turut diburu oleh Chin Peng, tetapi mereka terselamat kerana Radio Peking enggan melepaskan mereka untuk dihantar ke kem transit atas alasan Radio Peking masih memerlukan khidmat mereka sebagai juruhebah di bahagian Melayu. Akibatnya kedua-dua mereka turut dipecat daripada PKM.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131006/re_11/Perpecahan-kepimpinan-PKM-di-Peking#ixzz2gu16u4gh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

MyBloglist