SOMBONG
.
Pelombong lelah, gayanya serlah;
sombong adalah sifatnya Allah.
.
Pelbagai herba, diayak gabung;
sebagai hamba tak layak sombong.
.
Lilau di lombong mencuci cawan;
jikalau sombong dibenci kawan.
.
Olah serombong segi selari;
usahlah sombong meninggi diri.
.
merasa sombong perasan cantik.
.
Galah dibawa, mengandar rebung;
didiklah jiwa menghindar sombong.
.
Galau merata serahi lambung;
walau berharta jauhi sombong.
.
menilai sombong berhati-hati.
sombong sesama manusia dibenci Allah, sombong dengan sang pencipta entah apa nak jadi
ReplyDeletetksh dana ya hindarkan sifat sombong
DeleteApalah yg perlu disombongkan oleh manusia ini kan. Kalau dipikirpun tak ada 1 yg betul2 milik kita. Semua hanya titipan.
ReplyDelete