Showing posts with label Salam. Show all posts
Showing posts with label Salam. Show all posts

Wednesday, 19 February 2020

SANAH HELWAH

ASSALAMUALAIKUM

MAJLIS SANAH HELWAH

ANAK-ANAK  SAUDARA PI MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN BUNDA KESAYANGAN MEREKA BARU-BARU INI ALHAMDULILLAH.....CUMA MAJLIS KECIL BERSAMA KELUARGA NAMUN MERIAH DAN MENGGEMBIRAKAN SEMUA YANG HADIR...TERMASUK PI BERSAMA ANAK CUCU..

SANAH HELWAH ADINDA FAZILAH MOGA SIHAT SEJAHTERA PANJANG USIA DALAM LINDUNGAN ALLAH SUKSES DAN BAHGIA DUNIA AKHIRAT




Saturday, 9 November 2019

SALAM MAULIDUR RASUL

ASSALAMUALAIKUM

SALAM MAULIDUR RASUL DENGAN PENUH TAKZIM MERAIKAN HARI KELAHIRAN JUNJUNGAN YANG MULIA NAB I MUHAMMAD SAW..SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMOGA DIBERI ALLAH KITA SEMUA SIHAT SEJAHTERA DALAM SITUASI AMAN SENTOSA.

NAZAM  MAULIDUR RASUL

Sebermula bismillah melafaz kata
Selawat dan  salam rasul tercinta
Pembawa nur sinar semesta
Seluruh alam  sirna gelita

Malidur rasul ingatan umat
Hari sejarah nabi Muhammad
Lahir ke dunia menjunjung rahmat
Anugerah Allah berserta nikmat

Syiar Islam tegak menjulang
Meski berbilang dugaan menghalang
Tegar berjuang bukan kepalang
Darah air mata iring berselang

Nabi utusan yang Rahim Rahman
Kepada umat akhir zaman
Dakwah tarbiah ilmu pedoman
Semoga menjadi insan budiman

Nabi nur rahmat seluruh alam
Terangi gelap gelita kelam
Sentuhan baginda laksana pualam
Sejahtera sempurna Ilmi mendalam

PARIDAH ISHAK
Desa Melor
20/11/018 

Friday, 12 July 2019

DENGAN DUIT....


ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


Duit boleh beli rumah.
Tapi takkan dapat beli kebahagian.
Duit boleh beli katil.
Tapi tidak dapat beli tidur yang lena.
Duit boleh beli jam.
Tapi tidak boleh beli masa
Duit boleh beli makanan.
Tapi tidak boleh beli selera.
Duit boleh beli ubat
Tapi tidak boleh membeli sihat.
Jangan fikir ada duit kita mampu mencapai segalanya. Semua ada batas-batasnya kecuali REZEKI DAN NIKMAT ALLAH.
Maka carilah ALLAH, nescaya DIA akan memberikan segala REZEKI dan NIKMAT.

Suzana.upahmenulis.com

Wednesday, 26 September 2018

GABRIEL KIMJUAN...

ASSALAMUALAIKUM

SAHABAT FB PI GABRIEL KIMJUAN PENULIS WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN YANG MASIH MUDA TAPI AMAT PROLIFIK BERKARYA...SETIAP MINGGU ADA SAJA KARYANYA YANG DISIAR AKHBAR TEMPATAN DI SEMENANJUNG ATAU DI SABAH, SERAWAK....RAJIN SUNGGUH BERKARYA WALAU SIBUK BERTUGAS DI LABUAN SHIPPING YARD.

SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRANNYA DIDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAANNYA DI DALAM BIDANG YANG DICEBURINYA BERTERUSAN


Saturday, 15 September 2018

JOHNNY KINTAH RAJA PANTUN RIP..

ASSALAMUALAIKUM

PI BARU MENERIMA KHABAR DARIPADA PENULIS SABAH GABRIEL KIM JUAN BAHAWA SAHABAT FB KAMI IAITU JOHNY KINTAH TELAH MENINGGALDUNIA KERANA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA...MENURUT SAUDARANYA JOHNNY DILANGGAR LORI....SADIS KEJADIANNYA....PI AMAT BERDUKACITA.
BELIAU BEKERJA DI KL DAN BERASAL DARI TAMPARULI SABAH.

MENDIANG INI SANGAT BAIK DAN BERBUDI BAHASA....SEORANG YANG SANGAT BERBAKAT MENUKIL PANTUN-PANTUN YANG INDAH..

JOHNNY SERING MENGUSIK PI DENGAN KOMENNYA PI INI RATU SENI  DAN PI MENGATAKANNYA RAJA PANTUN PULA.

KINI HANYA TINGGAL KENANGAN ABADI SELAGI ADA HAYAT....MOGA DAMAILAH JOHNNY DI SANA.
TAKZIAH KEPADA KELUARGANYA.


HAIGA SIFU TABIR ALAM

Tuesday, 11 September 2018

SALAM MAAL HIJRAH...

ASSALAMUALAIKUM...



Siddiq Fadzil diumum Tokoh Maal Hijrah

KUALA LUMPUR: Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1440H/2018M.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, berkata Siddiq dipilih atas sumbangan dalam memartabatkan Islam di peringkat antarabangsa dan nasional yang mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan anugerah itu kepada Siddiq bersempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H/2018M di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa; Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Siddiq, 71, yang juga Pengerusi Panel Majlis Perundingan Islam, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pingat serta sijil penghargaan, selain RM20,000 sumbangan Yayasan Ubaidi.
Bapa kepada tujuh anak itu turut menyandang jawatan Pengerusi Akademi Kajian Ketamadunan (AKK), Ahli Panel Akademi Pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pengerusi Kajian Maqasid Shariah IDE.
Ketika ditemui selepas majlis berkenaan, Siddiq berkata, anugerah diterimanya itu turut mewakili perjuangan ilmuan, da'i dan pendidik lain yang sudah mengikhlaskan amalan untuk keredaan Allah.
Katanya, anugerah Tokoh Maal Hijrah itu juga akan terus membakar semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam menegakkan syiar Islam.
"Selagi hayat dikandung badan, saya akan berbuat apa yang boleh, tidak hanya menegakkan syiar, tetapi juga ajaran Islam bersama prinsip dan nilai dasarnya," katanya yang mahu membelanjakan wang tunai diterima untuk amal soleh.
850 dibaca

Wednesday, 5 September 2018

INSIDEN AWAL SEPTEMBER...

ASSALAMUALAIKUMM...

HARI INI SUDAH 5 SEPT...2018 SEDANG MENUJU PENGHUJUNGNYA..BEGITU PANTAS MASA MENINGGALKAN KITA...ISILAH DENGAN SEBAIKNYA SEBELUM KITA MENINGGALKANNYA

 ABQORI SAMBUT HARI ULAG TAHUN KELAHIRAN DI SEKOLAHNYA....MOGA KELAK SEBAGAI ANAK SOLEH DUNIA AKHIRAT YANG BERBAKTI KEPADA IBU BAPANYA, KELUARGANYA, NEGARANYA...SIHAT WALAFIAT, SEJAHTERA..MURAH REZEKI...PANJANG USIA.

CITA-CITA ABQORI KAN MAIN MENGAWAN TINGGI..HENDAK JADI ANGKASAWAN..OSTRONOT HEH..HEH..INSYAA-ALLAH MAKBUL HENDAKNYA



Wednesday, 22 August 2018

SALAM AIDILADHA

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI RAYA HAJI..MAAF ZAHIR BATIN..MOGA SIHAT SEJAHTERA CERIA MERAIKAN HARI MULIA


Monday, 25 June 2018

TANDA INGATAN...

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah mendapat kiriman kad raya 2018 daripada sahabat2 penulis Yahti Hayati Mak Russ Sabariah Nor Salleh Noorlaila Ghafar akademi Akademik Sanggar Nurimas jefri zain Yong Corner Corner fauziah zie Ishah Shamsudin Nurul Syahida Hassan Abd,Hamid....
...terima kasih banyak..tahun depan kirim lagi ya

No automatic alt text available.No automatic alt text available.

Thursday, 24 May 2018

WARGA EMAS..

ASSALAMUALAIKUM..

TERIMA KASIH RAKAN-RAKAN FB YANG MEMBERI HADIAH ISTIMEWA INI KEPADA PI SEMPENA HARI INI..ALHAMDULILLAH TAKDIR-NYA  SYUKUR DAN REDA...

 GRAFIK BLOGGER ANAK KUALA/TOKPERAK

GRAFIK PENULIS NOOR AISYAH MAIDIN

 GRAFIK SAHABAT FB PENULIS SABARIAH NOR SALEH

GRAFIK SAHABAT FB TOKNGAH BANJAR

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUTNYA HARI INI MOGA ALLAH MEMELIHARA KESELAMATAN KEAFIATAN BERBAHAGIA PANJANG USIA DILIMPAHI REZEKI-NYA...AMIIN

Tuesday, 29 August 2017

HAPPY BIRTHDAY NOHAS...ABQORI...

ASSALAMULAIKUM...





Selamat bercuti menyambut 31 Ogos hari kebangsaan Negara dan selamat menyambut Aidiladha pada keesokannya.  Tentu meriah sekali sambutannya. Tambah di musim cuti persekolahan.

30 Ogos pula adalah hari ulang tahun kelahiran Abqori cucu PI yang ke 4. Bersamaan pula tarikhnya dengan blogger Nohas sahabat blogger PI sejak lama selain irfa dan kesuma angsana tika mula blogging.


Happy birthday Nohas, Abqori dll yang menyambutnya pada tarikh ini …moga sentiasa dalam perlindungan Allah, sihat walafiat, sejahtera berbahagia selalu, dimurahkan rezeki dan dikurniakan Allah usia yang panjang.

PI juga memohon maaf semua salah silap kepada rakan bloggers, followers dan viewers yang dihormati lagi dikasehi. Moga masih diberi peluang-Nya untuk bertemu dalam entry seterusnya.

Tidak siapa boleh duga samaada esok masih ada untuk PI.

Hidup semata demi-Nya.

Thursday, 22 June 2017

SALAM AIDILFITRI...

ASSALAMUALAIKUM....











SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN BLOGGERS VIEWERS MUSLIMIN MUSLIMIN MUSLIMAT...BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN SEHINGGA SAMPAI KE DESTINASI KAMPUNG HALAMAN YANG DITUJUI DENGAN SELAMAT...DI HATI BERTASBIH ZIKIR BERDOA SENTIASA AGAR TIADA ARAL YANG MELINTANG...


SONETA LEBARAN INDAH

Ramadan kareem mengansur diri
menggamit Syawal sinar menyerlah
moga hadirnya bertemu lagi
sedihnya hati hendak berpisah

Berzakat fitrah usah dilupa
sebelum menjelang Aidilfitri
bersama kita kongsi bahagia
rahmat  Ramadan membawa seri

Berbalas kunjung menjalin ukhwah
busana indah menyalut diri
senyum berkuntum menyeri wajah
ceria gembira meniti hari

Senyum berkuntum bersalam mesra
mohon diampun salah dan silap
Syawal dirai hikmah bererti

Mengerat ukhwah penuh bahagia
temu Ramadan masih berharap
euphoria di Aidilfitri

Paridah Ishak
Selayang Utama





Thursday, 11 May 2017

SALAM NISFU SYAABAN...

ASSALAMUALAIKUM...



MALAM NISFU SYAABAN

Salam Nisfu Syaban untuk semua yang hadir.
1.  Hidupkan malam sya’ban sangat di anjurkan khususnya malam nisfu sya’ban (pertengahan bulan sya’ban).
2.  Hidupkan malam ini dengan memperbanyakkan ibadah dan melakukan amalan baik .Terdapat banyak kemuliaan di malam ini.
Allah mengampunkan dosa hamba yang meminta ampun.
Allah mengasihani orang yang minta kasih
Allah menjawab doa orang yang meminta dan melapangkan kesusahan mereka
3.  Bacalah dua kalimat syahadah sebanyak banyaknya
Perbanyakkan Istighfar.
4.  Bacalah Yasin sebanyak 3 klali.
Yassin pertama niatkan minta panjang umur untuk dapat banyak beribadah
Yassin kedua niatkan di mudahkan rezeki yang halal dan barakah
Yassin ketiga mohon di tetapkan iman
5.  Dan terakhir bacalah Doa Nisfu Sya’ban
Lakukan ini setelah solat Maghrib

Semoga kita termasuk orang yang menghidupkan malam nisfu sya’ban kerana belum tentu kita dapat berjumpa bulan sya’ban tahun depan . Jangan abaikan kemuliaan Malam Nisfu Syaaban.

USTAZAH SITI NURBAYA USMAN

Monday, 12 December 2016

SALAM MAULIDUR RASUL...

ASSALAMUALAIKUM...

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2016 - 1437/ 1438H

www.panduanmalaysia.com/.../tema-sambutan-maulid...
Translate this page
Nov 15, 2016 - Tema Sambutan Maulidur Rasul 2016 - 1437H Dan 1438H. Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat



Image result for MAULID NABI JAKIM

Friday, 14 October 2016

MENGADAP ILAHI...

ASSALAMUALAIKUM…

Salam Jumaat mulia.

MENGADAP ILAHI

Insya-Allah kita semua akan mengadap Ilahi Pencipta kita Yang Esa pabila tiba waktu janji-Nya samada cepat atau lambat. Membawa apa saja amalan kita untuk dihisab ditimbang neraca-Nya. Kematian seiring dengan kehidupan. Ada hidup ada mati. Walau sedih terpaksa menerima hakikat kita telah kehilangan diri yang pernah dekat di hati kita.

Baru-baru ini seorang rakan FB PI Muhd Adnan Bahari telah pulang ke Rahmatullah kerana alami stroke dan kegagalan ginjal. Sewaktu beliau mula stroke PI cadangkan segera berurut dengan pengamal perubatan alternative di Seremban. 

PI tidaklah kenal rapat dengan bekas pegawai RISDA yang juga penulis terkenal sering menulis berita dan artikel di akhbar BH ini. Justeru beliau ini adalah rakan sekolah kepada penulis Noorlaila Ghafar kawan baik PI jadinya berkawanlah juga.
Salam takziah kepada keluarganya dan PI juga turut berdukacita.


Bersamalah kita mendoakan kesejahteraan sahabat itu di sana dan berada di sisi-Nya di kalangan solehin yang dicintai-Nya…amiin.

Saturday, 10 September 2016

SALAM AIDILADHA...

ASSALAMUALAIKUM...

SALAM AIDIL ADHA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA SAHABAT BLOGGERS, VIEWERS DI MANA SAHAJA KALIAN BERADA...SEMOGA KITA SEMUA BERADA DI BAWAH PERLINDUNGAN DAN LIMPAHAN RAHMAT-NYA SENTIASA SAMBIL YANG BERKEMAMPUAN MAMPU MELAKSANAKAN RUKUN HAJI KE LIMA DAN BERIBADAH KURBAN....SAMBUTLAH KEMERIAHAN BERHARI RAYA DENGAN MENSYUKURI NIKMAT-NYA.



Coretan Ustazah Nurbaya Usman dari kota Mekah

Assalamualaikum wrwb...
Salam Arafah untuk semua yang sudi hadir di laman saya
Sungguh Bergetar hati ini bila membaca peristiwa ini.
Rasulullah Saw bersabda:
Jika hari Arafah datang, Allah turun menuju langit dunia. Allah berkata kepada para malaikat:
Lihatlah hamba hambaKu ini
Mereka mendatangiku dalam keadaan rambut kusut masai
Penuh dengan debu dan datang dari segala penjuru bumi.
Aku bersaksi kepada kalian...
bahawa aku telah mengampuni mereka
Malaikat berkata:
Ya Allah...
Di antara mereka ada si Fulan yang suka menuduh dengan tuduhan buruk dan selalu melakukan perbuatan haram. Demikian pula dengan Fulan dan Fulanah...
Allah menjawab...
Aku telah mengampunkan mereka
Subhanallah...
Tidak ada hari yang lebih banyak orang di bebaskan dari api neraka selain hari Arafah
Tidak ada yang lebih mulia bagi seorang musafir haji selain dari menjejak bumi Arafah...
Ya Allah...
Aku sambut seruanMu Ya Rabb..

Wednesday, 31 August 2016

SALAM MERDEKA KE 59...

ASSALAMUALAIKUM...

Jalur Gemilang berkibar megah
     laung Merdeka nyaring bergema
warga cemerlang watan bertuah
    hari bermakna rai bersama


Tuesday, 30 August 2016

HAPPY BIRTHDAY BLOGGER NOHAS DAN ABQORI...

ASSALAMUALAIKUM...

SUDAH 30 OGOS 2016 HARI NI BERSAMAAN DENGAN RABU....ESOKNYA KITA WARGA MALAYSIA  AKAN MERAIKAN HARI KEBANGSAAN KE 59 DENGAN LOGO SEHATI SEJIWA...








RAMAI JUGA YANG MENCATAT KELAHIRAN SEMPENA HARI MERDEKA 31 OGOS...TAHNIAH KEPADA MEREKA.

TAPI NOHAS DAN ABQORI MERAIKAN ULANG TAHUN KELAHIRAN LEBIH AWAL SEHARI SEBELUM 31 OGOS HARI MERDEKA....DAN TENTULAH ADA JUGA DI KALANGAN BLOGGERS DAN VIEWERS YANG TURUT BERKONGSI TARIKH KELAHIRAN YANG BERTUAH INI....TAHNIAH DAN SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN BERSAMA BLOGGER NOHAS DAN ABQORI...

NOHAS ADALAH BLOGGER ORANG BUKIT http://al-pakri.blogspot.my/ BERASAL DARI PERAK DAN SEJAK LAMA MENJADI KENALAN PI TIKA MULA BLOGGING BERSAMA BLOGGER IRFA http://happyirfa.blogspot.com/  DAN KESUMA ANGSANA..http://kesumaangsana.blogspot.my/

NOHAS..SEORANG BLOGGER YANG RAMAH DAN SERING MENNERBITKAN ENTRY TENTANG SENIBINA DAN TRAVEL....MENARIK SEKALI
MUNGKIN BLOGGER NOHAS ADALAH SEORANG ARKITEK....PI AGAK SAJA.

ABQORI ADALAH CUCU PI YANG KETIGA....BUKAN MAIN PETAH BERCAKAP DAN KELETAH LAGI...KINI SUDAH ADA ADIK COMEL SEORANG PUTERI... SUKAHATI LAGI DIA MELAYAN ADIKNYA LANGSUNG TIDAK ADA RASA CEMBURU KERANA MAMANYA LEBIH MELAYAN ADIKNYA.



ABQORI DI PULAU REDANG



SIBUK NAK MENOLONG MURID MAMANYA MELUKIS/MEWARNA MURAL SEKOLAH

ABANG KEPADA ABQORI ARIFF PERNAH JUGA PI DENGAR MERENGEK MAMA TAK SAYANG ARIFF LAGI KALA ABQORI LAHIR....BEGITU JUGA AQIL ABANG KEPADA ARIFF PERNAH MENGULANG FRASA YANG SAMA KALA ARIFF LAHIR..


AQIL DAN ADIKNYA ARIFF BEBERAPA TAHUN LALU DI KAMPUNG ASAL MAKTOKNYA



ARIFF DAN ABQORI DI PULAU REDANG

PAPA ANAK-ANAK BERTIGA INI MENERANGKAN SESUATU SEBELUM MEMBENARKAN ANAK-ANAKNYA BERENANG DI LAUT


CUCU-CUCU YANG MEMBAHGIAKAN DAN MENCERIAKAN KEHIDUPAN PI.....TANPA KEHADIRAN KELIBAT DAN SUARA MEREKA SUNYI SEPI DUNIA PI RASAKAN...

MyBloglist