Showing posts with label SAJADAH. Show all posts
Showing posts with label SAJADAH. Show all posts

Wednesday, 30 September 2026

KEHILANGAN CINTA

 ASSALAMUALAIKUM





KEHILANGAN CINTA
.
Awan kelabu jerebu
sinar mentari bahagia kelam
sesak nafas hela
.
Kekasih pisah arah
gelap hilang cerah
.
Antara sendu syahdu
bergulung dalam rindu
ii/
Meniti bebenang hayat
sendiri melangkah lurah dugaan
menanti ulang pertemuan
.
Jodoh telah berakhir
jiwa nian fakir
.
Jatuh air mata
basah atma gelita

Tuesday, 15 September 2026

SIMFONI DESA

 ASSALAMUAILAIKUM


 








 

SIMFONI DESA

 

Bayu   hembus gemalai

langkah menyongsong pagi hening

sapa desa damai

.

Semai anak benih

siram air jernih

.

Sabar tunggu bertunas

bertahan bahang panas

ii/

 

Subur  segar merimbun

budidaya tanah gigih bersungguh

gantung harapan tinggi

.

Menuai hasil asa

demi esok lusa

.

Rezeki musim kering

kala jatuh gering


Sunday, 7 June 2026

ABADI RINDU

 ASSALAMUALAIKUM



ABADI RINDU

.

Sujud seru nama-Mu

beralun gelora kasih rindu

tenggelam dasar sukma

.

Khalwat dalam diam

diri takbir kiam

.

Dini hari sunyi

zikir tasbih nyanyi

ii

Langit pagi tenang

hela nafas asa hayat

bahu tanggung amanah

.

Khalifah bumi Allah

ikhlas jujur serlah

.

Tetap kembali pada-Nya

gugur detik akhirnya


GEGARAN ZALIM

Langit  semesta geruh

keruh rona alam fana

bahang api sengketa

.

Gusar  galau lilit

bisa jalar kulit

.

Gelut  jarah ardi

ego lingkung adi

ii/

Lagak  helang liar

cemar noda punah damai

terbang merpati putih

.

Awan  gelap kelabu

siru hembus debu

.

Dendam  kesumat cita

khianat tulis peta

 

.

Saturday, 7 March 2026

ABABIL

 ASSALAMUALAIKUM


 


ABABIL

 

Gajah  sasa Abrahah

tanah Mekah angkuh pijak

impi Kaabah ranah

.

Ababil  dari syurga

bawa api saga

.

bakar jadi abu

layang liar debu

ii/

Ribuan  dron moden

langit luas jajah sasar

ababil Iran balas

.

Kesima  gila pencetus

graha nikmat putus

.

Mangsa  korban jiwa

syahid gadai nyawa

 

NILAI MULIA

.

Sopan  santun bahasa

citra wajah rohani murni

nilai mulia hormat

.

Tua  renta ibu

tatap mata kalbu

.

Lusuh  daya bapa

papah mesra sapa

II/

Api  cerca nista

bara percik kasih padam

nyala hembus sabar

.

Daun  hijau muda

serap bijak ganda

.

Kelak  tiba luruh

sunyi keji guruh


Saturday, 24 January 2026

NILAI MULIA

 ASSALAMUALAIKUM



NILAI MULIA

.

Sopan  santun bahasa

citra wajah rohani murni

nilai mulia hormat

.

Tua  renta ibu

tatap mata kalbu

.

Lusuh  daya bapa

papah mesra sapa

II/

Api  cerca nista

bara percik kasih padam

nyala hembus sabar

.

Daun  hijau muda

serap bijak ganda

.

Kelak  tiba luruh

sunyi keji guruh

 

 

BERKEJAR-KEJARAN

 

Masih  berkejar-kejaran bermain-main

menyentuh angin mengait bintang

terlupa langit mendung

.

Hujan  gawat turun

desih desah gerun

.

Lindung  diri basah

rusuh gelut susah

.

ii/

Dayung  biduk harapan

lalu kiambang impi bertaut

tinggalkan danau sumpahan

.

Kejar  nawaitu benar

galau uzur tenar

.

Dalam  damai tenang

laut hayat renang


Monday, 24 November 2025

BERKEJAR-KEJARAN

 ASSALAMUALAIKUM



BERKEJAR-KEJARAN

 

Masih  berkejar-kejaran bermain-main

menyentuh angin mengait bintang

terlupa langit mendung

.

Hujan  gawat turun

desih desah gerun

.

Lindung  diri basah

rusuh gelut susah

.

ii/

Dayung  biduk harapan

lalu kiambang impi bertaut

tinggalkan danau sumpahan

.

Kejar  nawaitu benar

galau uzur tenar

.

Dalam  damai tenang

laut hayat renang


Tuesday, 11 November 2025

SERULING RINDU

 ASSALAMUALAIKUM


SERULING RINDU

 


Seruling  rindu berlagu

serunai dedaun gemersik cinta

layangan melodi sendu

.

Sapa  bayu nostalgia

raup desir bahagia

.

Renang  laut kenangan

larut khayal angan

ii/

Dingin  lunak irama

getar sukma harum senyum

jendela uforia terbuka

.

Sepi lontar sauh

layar tenang jauh

.

Singgah labuh letih

niat sanya putih


Monday, 27 October 2025

SAJADAH

 ASSALAMUALAIKUM




PUTERI BAWAH BAYU

.

Salju  putih Kinabalu

Zara Qairina memeluk patung

bermain kejar rerama

.

Melayang  rohani murni

jauh dari sini

.

Mannequin  terlepas jatuh

hancur bentuk utuh

ii/

Bidadari  syurga solehah

bumi meratap tangis hiba

kehilangannya menjeruk rasa

.

Sandiwara  bicara kalut

cetusan polemik gelut

.

Bohol  salah rungkai

saling kait berangkai

 

SAJADAH
Sajadah - istilah kata majmuk bagi dua genre puisi *sajak dan *madah. Ianya satu genre pusi baharu mengikut kesesuaian nama genre puisi. Sajadah bukan *sejadah iaitu tikar sembahyang.
Tiada istilah khusus dalam pembendaharaan kata Dewan Bahasa dan Pustaka untuk *sajadah, namun ia digunakan dalam bidang agama yang merujuk kepada perbuatan *sujud seperti "sujud sajadah" atau "sujud tilawah" yang membabitkan perbuatan sujud apabila bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.
Sajdah bermaksud sujud seperti mana nama sebuah surah as-Sajdah serta beberapa surah lain dalam al-Quran. Jadi, *Sajdah tidak sesuai dikaitan dengan genre puisi, dan *Sajadah membawa maksudnya yang tersendiri.
Walaupun puisi *Sajadah merupakan gabungan nama dua genre puisi isitu sajak dan madah, namun bentuk *Sajadah diilhamkan dari hibrid atau gabungan puisi haiku dan pantun.
Bentuk haiku tanpa ikatan rima terdapat pada stanza qasas, dan bentuk pantun dari kuplet maksud pantun terdapat pada stanza kalimah yang terikat dengan skema ekarima.
BENTUK
Sajadah terdiri dari tiga bentuk rangkaian stanza. stanza pertama di sebut "qasas" yang bermaksud kisah, dan dua stanza kalimah yang dibahagi kepada dua; iaitu "kalimah awal", dan "kalimah akhir".
[1] Qasas
  1. Qasas bermaksud kisah, di mana dalam stanza utama terdiri dari tiga bait ayat yang menggambarkan sesuatu kisah atau situasi yang cuba disampaikan oleh pemuisi. Ayat #1 dan #3 sebaiknya dalam bentuk frasa kata dasar. Ayat #2 dalam bentuk ayat klausa penyataan. Patrun qasas terdiri dari 3-4-3 perkataan tanpa terikat dengan bilangan suku kata serta tidak terikat dengan skema rima.
  2. Bait terdiri daripada tiga larik;
    Bait pertama - tiga patah perkataan (kata dasar)
    Bait kedua - empat patah perkataan (penyataan)
    Bait ketiga - tiga patah perkataan (kata dasar)
  3. Metafora perlu digunakan dalam stanza qasas bagi mengukuhkan unsur madah dalam sajak dengan perlambangan bagi menyampaikan maksud qasas.
~ Contoh:
Kucari khazanah diri
suatu pelayaran bahtera puisi
kucuba menampi angin
---
*pelayaran - adalah metafora bagi pembelajaran ilmu
*angin - adalah metafora bagi kritikawan dari pembaca
[2] Kalimah
  1. Kalimah bermaksud ungkapan, di mana dalam bait kuplet kalimah dibina dengan majaz atau ayat kiasan yang merangkumi beberapa bentuk majaz yang sesuai bagi menyimpulkan pandangan pemuisi bagi menepati tujuan sajadah ke sesuatu matlamat. Kalimah dalam bentuk frasa kata dasar terdiri dari tiga patah perkataan ringkas dan padat tanpa mengira bilangan suku kata yang terikat dengan skema rima akarima.
  2. Struktur *Sajadah terletak pada kebijaksanaan pemuisi memilih diksi yang sesuai supaya bentuk bait nampak selaras, dan tidak melebihi antara satu bait dengan satu bait yang lain.
  3. Majaz dalam kalimah awal dan kalimah akhir boleh disampaikan dari beberapa bentuk majaz sama ada yang sama, atau dibahagikan kepada bentuk negatif dan positif, atau sebaliknya.
[3] Majaz
Majaz bermaksud kiasan yang digunakan dalam puisi sajadah bagi menyampaikan intisari puisi yang mampu meneroka minda pembaca menikmati imaginasi atau gambaran yang tersirat serta memahami ilham pengarang.
~ Contoh majaz kalimah awal:
Kala taufan membadai
aku takkan tersadai
---
*taufan - adalah kritikan tajam yang diterima
~ Contoh majaz kalimah akhir:
Terbuai dingin semilir
aku takkan menghilir
---
*dingin - adalah kata pujian yang diterima
---
CONTOH SAJADAH
"AJARI AKU"
Kucari khazanah diri
suatu pelayaran bahtera puisi
kucuba tampi angin
Tika ribut membadai
aku takkan tersadai
Terbuai dingin semilir
aku takkan menghilir
--------------
CNP SIFU TABIR ALAM

PUTERI BAWAH BAYU

.

Salju  putih Kinabalu

Zara Qairina memeluk patung

bermain kejar rerama

.

Melayang  rohani murni

jauh dari sini

.

Mannequin  terlepas jatuh

hancur bentuk utuh

ii/

Bidadari  syurga solehah

bumi meratap tangis hiba

kehilangannya menjeruk rasa

.

Sandiwara  bicara kalut

cetusan polemik gelut

.

Bohol  salah rungkai

saling kait berangkai

 

ANAK MERDEKA

(SANAH HELWAH PROF DR SALMAH AMIR)

 

Gemintang  langit malam

hujung ranting rembulan Ogos

antara tangis Merdeka

.

Gema  suara wira

lintas batas antara

.PUTERI BAWAH BAYU

.

Salju  putih Kinabalu

Zara Qairina memeluk patung

bermain kejar rerama

.

Melayang  rohani murni

jauh dari sini

.

Mannequin  terlepas jatuh

hancur bentuk utuh

ii/

Bidadari  syurga solehah

bumi meratap tangis hiba

kehilangannya menjeruk rasa

.

Sandiwara  bicara kalut

cetusan polemik gelut

.

Bohol  salah rungkai

saling kait berangkai

 

ANAK MERDEKA

(SANAH HELWAH PROF DR SALMAH AMIR)

 

Gemintang  langit malam

hujung ranting rembulan Ogos

antara tangis Merdeka

.

Gema  suara wira

lintas batas antara

.

PUTERI BAWAH BAYU

.

Salju  putih Kinabalu

Zara Qairina memeluk patung

bermain kejar rerama

.

Melayang  rohani murni

jauh dari sini

.

Mannequin  terlepas jatuh

hancur bentuk utuh

ii/

Bidadari  syurga solehah

bumi meratap tangis hiba

kehilangannya menjeruk rasa

.

Sandiwara  bicara kalut

cetusan polemik gelut

.

Bohol  salah rungkai

saling kait berangkai

 

ANAK MERDEKA

(SANAH HELWAH PROF DR SALMAH AMIR)

 

Gemintang  langit malam

hujung ranting rembulan Ogos

antara tangis Merdeka

.

Gema  suara wira

lintas batas antara

.

MyBloglist