Showing posts with label Lensa amatur. Show all posts
Showing posts with label Lensa amatur. Show all posts

Tuesday, 16 September 2014

SEKUNTUM MAWAR MERAH


ASSALAMUALAIKUM..

PIC SALLOMA NURSERY.
Ramai yang sukakan bunga mawar atau ros. Ros bentuknya lebih besar daripada mawar dan nampak sangat cantik. Namun rupanya sama tetapi keharumannya berbeza. Walau mawar kecil comel aroma wanginya semerbak ruang.

Hendak menanam mawar atau ros bukan susah, ambil saja keratan batang mawar atau ros dan cucukan ke dalam pasu kecil atau polibeg yang berisi tanah dan pasir. Siram setiap pagi. pasti akan cambah mata tunasnya. Biarkan anak benih tu kuat cengkaman akarnya sebelum dipindahkan ke dalam taman.

Jom tanam ros dan mawar!


Thursday, 10 July 2014

JOM SHOPPING...


ASSALAMUALAIKUM...
Republish..

Ramadan sudah 10 hari berlalu. Syawal yang dinanti pasti akan menjelang tidak lama lagi. Tentunya kita sibuk pula menyediakan persiapan untuk menyambutnya. Bermulalah aktiviti membeli-belah/shopping yang menyeronokan untuk memenuhi kemahuan dan keperluan kita di segenap segi.

Sepatutnya kesukaan-kesukaan itu telah kita lakukan sebelum tibanya Ramadan lagi. Cuma perlukan sedikit kewangan yang diperuntukan sempena sambutan Syawal buat membeli pakaian baru dan perhiasan rumah.

Sibuk membelinya pada saat akhir susah juga kerna terpaksa berasak-asak dengan ramai yang lain. Sudahlah begitu pilihannya tidak banyak dan harganya naik mendadak. Ditambah pula sentiasa ada pengumuman pelbagai sumbangan kewangan daripada kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya untuk meringankan bebanan kewangan di musim perayaan.

Memanglah ok pun kan. Wang yang banyak akan memasuki pasaran untuk merangsangkan perkembangan ekonomi negara.

Takpayahlah bercerita bab ekonomi kot...kita cerita tentang hobi membeli-belah di saat-saat akhir. Aku pun sama juga...tapi tidaklah shopping kain baju/langsir/perabut. Aku ni suka sangat membeli orkid untuk menambah koleksi orkid-orkid sedia ada. Orkid yang dibeli tu mestilah yang sedang lebat berbunga untuk menghias rumah di idilfitri.

Seperti bahan-bahan lain yang dibeli ketika kita sangat memerlukannya harga yang biasa murah akan menjadi luarbiasa mahalnya...

Hmm..takkan nak beli bunga segar orkid berbulan-bulan sebelum ramadan...layulah bunganya nanti kan..tak sempat nak sambut raya...

PIC SALLOMA NUSSERY...


Sunday, 22 June 2014

BUNGA-BUNGA DESA


ASSALAMUALAIKUM..

INILAH KAMPUNG LAMAN PI.
SEGALA MACAM JENIS POKOK DITANAM MENGISI RUANG LAMAN.
ADA POKOK BUNGA RAYA PUTIH YANG BOLEH DIGUNAKAN AKAR DAN DAUNNYA MERAWAT WANITA KEGUGURAN.
MAWAR MERAH MUDA INI AMAT HARUM DAN RAJIN BERBUNGA. BUNGANYA KECIL DAN BERJAMBAK.

ORKID-ORKID PELBAGAI WARNA DIGANTUNG MENGHIASI SERAMBI.
MAWAR MERAH YANG JARANG BERKUNTUM. NAMUN SESEKALI KUNTUMANNYA MENGORAK KELOPAK, TERPANA MEMANDANGNYA. 
BUNGA RAYA PINK YANG AGAK BESAR BENTUKNYA.
LAMAN DI BAHAGIAN TEPI DITANAMI BUNGA-BUNGA PUDING.
JIRAN-JIRAN YANG BAIK SEBELAH MENYEBELAH RUMAH TURUT SIBUK MENGEMASI LAMAN RUMAHNYA SAMBIL MENJENGUK BERTANYA KHABAR.
BEGINILAH SUASANA DESA YANG SEPI NAN TIADA TERCEMAR DENGAN RAUNGAN KEBISINGAN NAMUN TENANG DAN DAMAI.
MENJELANG RAMADAN YANG BAKAL MENJELANG TIDAK BEBERAPA HARI LAGI PASTI RAMAI YANG TERKENANGKAN KAMPUNG LAMAN YANG DITINGGALKAN DAN TERAMAT MERINDUINYA...

Tuesday, 10 June 2014

CATALEYA SEINDAH NAMANYA.....


ASSALAMUALAIKUM...
Republish.
Unik kan nama orkid ini, seindah dan secantik namanya. Bunganya semerbak harum baunya. Namun kesegarannya tidak tahan lama. Akan layu setelah beberapa hari saja mekar di tangkainya. Cataleya yangku miliki tidak banyak koleksinya. Ada beberapa jenis saja tapi rajin berbunga dan bertunas baru. Setiap kali tunas barunya muncul pasti akan mula mengeluarkan bunga....




Thursday, 22 May 2014

ORKID HYBRID YANG HARUM...

ASSALAMUALAIKUM...

Dulu sebelum mengenali orkid secara dekat ingatkan orkid ini hanya cantik bunganya saja. Rupanya ada juga orkid yang punyai keharuman berbeza mengikut jenis dan bentuknya. Tapi orkid-orkid hybrid yang kumiliki kesemuanya harum bunganya.









LAMAN DAN SERAMBI MELERAI SEPI...

ASSALAMUALAIKUM..


SEKETIKA REHATKAN DIRI DI SERAMBI SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ORKID-ORKID YANG SEDANG GALAK BERKEMBANG.

ORKID VANDA, DENDROBIUM...








JALAN-JALAN PULA KE HALAMAN RUMAH MELIHAT PUDING-PUDINGAN YANG DITANAM DI SEKELILING RUMAH. NAMPAK SUBUR  SEKALI DENGAN DAUNNYA YANG PELBAGAI BENTUK DAN  CORAK WARNANYA YANG PELBAGAI. BUKAN MAIN CANTIK LAGI.

POKOK MEMPELAM NI BARU SAJA BELAJAR BERBUAH TAHUN NI. PI YANG TERBONGKOK-BONGKOK MENANAMNYA. SELAMAT JUGA HIDUP POKOK NI DARIPADA GANGGUAN KERBAU LEMBU YANG BERKELIARAN SETIAP MALAM...DAPATLAH JUGA MERASA HASILNYA.



Friday, 25 April 2014

PENGHIAS RUANG LAMAN...

ASSALAMUALAIKUM..
republish.

bunga mawar merah muda
.

bunga raya pink

bunga raya putih.



Kata seorang ustaz, Allah SWT akan menyediakan sebuah taman yang indah di syurga kelak sekiranya hamba-Nya rajin bertanam-tanaman tika hayatnya di dunia. Walau hampir kiamat sekalipun sekiranya ada biji benih di tangan terus saja menanamnya ke dalam tanah. Tentulah teramat besar ganjarannya justeru Allah menganjurkan begitu.

MyBloglist