ASSALAMUALAIKUM
.
Diksi samar bayang
makna
pudar erti
jauh
tafsir beza
.
Jelas terang serlah
sisih
buang durja
fitnah
salah ramu
.
Sengketa
cetus tikai
faham
masih waham
gelut
konflik kacau
.
Hanya kerana istilah
punca
krisis gusar
sasar
sentuh rusuh
.
Pandang
sinis resah
marhaen
fakir ilmu
biar
segera lalu
.
Naratif
sastera jelata
tulis
ayat mudah
terus
hadam lumat
BAHASA
ALAM
Buana alam
semesta
erbahasa
dalam isyarat
baca
iktibar nyata
mega mendung
merundung
bayu
bergolak ribut
lintasan
kilat berserak
gema
dentuman guruh
sela
ruang gerhana
antara
derai hujan
.
Arus
sungai mengalir
limpah
tebing darat
ampuh
tanah hanyut
.
sebalik
wujud petanda.
Bisik
nyata suara
bertukar
ketika semi
.
rahmat
Pencipta sempurna.
cari
pedoman selirat
maksud
hakiki firasat.
DEWAN PEPERIKSAAN
.
Helai kertas soalan
atas meja kecil
calon memegang kalam
.
Merenung tanda tanya
jawapan telah sedia
susun aksara senarai
.
Berlari dengan masa
mencari makna tepat
persembah pada Pemeriksa
.
Capai bayang gentayang
keliru hujung pangkal
mana satu pilihan
.
Dering loceng penggera
tamat waktu gelisah
ujian universiti kehidupan
.
Sunyi dewan luas
dalam teka teki
keputusan-Nya hakiki nanti

Akhir tahun dah musim peperiksaan kan kak
ReplyDeletetksh Dana ya hujung tahun musim exam anak2 sekolah
DeleteTeringat jaman amek spm dulu.
ReplyDeleteDuduk kat dewam peperiksaan, semua tak boleh nak jawab.
tksh wp ya samala dgn kak menung baca soalan
Deletehari pertama masuk Dewan Peperiksaan penuh debaran tapi bila hari terakhir paper ada dua rasa, kegembiraan tamatnya persekolahan dan kesedihan jua berpisah dengan kawan-kawan. Namun itulah fitrahnya kehidupan kan kak :)
ReplyDeletetksh ana pengalaman kenangan kita ambil exam risau lucu n sedih juga
DeleteKak PI, minta tolong sama2 doakan kpd calon2 MUET pagi esok ye. Anak sy pun salah seorang calon Muet Sesi 3 Tahun 2026. Semoga dia dpt band 4 sbg syarat utama utk ambik degree in TESL at UPTM.
ReplyDeletetksh cikgu insyaAllah kak doakan anak cikgu n semua calon MUET lulus cemerlang ujiannya
DeleteMenarik puisi ini, mengingatkan betapa salah faham terhadap sesuatu istilah boleh mencetuskan sengketa dan fitnah. 🌿
ReplyDeletetksh syaz ya istilah yg digunakan mesti jelas agar xsalah faham maknanya
Delete