Showing posts with label TERSET. Show all posts
Showing posts with label TERSET. Show all posts

Thursday, 15 October 2026

DEWAN PEPERIKSAAN

 ASSALAMUALAIKUM



ISTILAH

.

Diksi  samar bayang

makna pudar erti

jauh tafsir beza

.

Jelas  terang serlah

sisih buang durja

fitnah salah ramu

.

Sengketa  cetus tikai

faham masih waham

gelut konflik kacau

.

Hanya  kerana istilah

punca krisis gusar

sasar sentuh rusuh

.

Pandang  sinis resah

marhaen fakir ilmu

biar segera lalu

.

Naratif  sastera jelata

tulis ayat mudah

terus hadam lumat

 

BAHASA ALAM



Buana alam semesta

erbahasa dalam isyarat

baca iktibar nyata

 

mega mendung merundung

bayu bergolak ribut

lintasan kilat berserak

 

gema dentuman guruh

sela ruang gerhana

antara derai hujan

.

Arus sungai mengalir

limpah tebing darat

ampuh tanah hanyut

.

sebalik wujud  petanda.

Bisik nyata suara

bertukar ketika semi

.

rahmat Pencipta sempurna.

cari pedoman selirat

maksud hakiki firasat.

 

 

 

DEWAN PEPERIKSAAN

.

Helai  kertas soalan

atas meja kecil

calon memegang kalam

.

Merenung  tanda tanya

jawapan telah sedia

susun aksara senarai

.

Berlari  dengan masa

mencari makna tepat

persembah pada Pemeriksa

.

Capai  bayang gentayang

keliru hujung pangkal

mana satu pilihan

.

Dering  loceng penggera

tamat waktu gelisah

ujian universiti kehidupan

.

Sunyi dewan luas

dalam teka teki

keputusan-Nya hakiki nanti


Saturday, 10 October 2026

BAHASA ALAM

 ASSALAMUALAIKUM













BAHASA ALAM



Buana alam semesta

erbahasa dalam isyarat

baca iktibar nyata

 

mega mendung merundung

bayu bergolak ribut

lintasan kilat berserak

 

gema dentuman guruh

sela ruang gerhana

antara derai hujan

.

Arus sungai mengalir

limpah tebing darat

ampuh tanah hanyut

.

sebalik wujud  petanda.

Bisik nyata suara

bertukar ketika semi

.

rahmat Pencipta sempurna.

cari pedoman selirat

maksud hakiki firasat.


Monday, 5 October 2026

ANGGERIK DESA

 ASSALAMUALAIKUM



BAHASA ALAM



Buana alam semesta

erbahasa dalam isyarat

baca iktibar nyata

 

mega mendung merundung

bayu bergolak ribut

lintasan kilat berserak

 

gema dentuman guruh

sela ruang gerhana

antara derai hujan

.

Arus sungai mengalir

limpah tebing darat

ampuh tanah hanyut

.

sebalik wujud  petanda.

Bisik nyata suara

bertukar ketika semi

.

rahmat Pencipta sempurna.

cari pedoman selirat

maksud hakiki firasat.

 

 

 

DEWAN PEPERIKSAAN

.

Helai  kertas soalan

atas meja kecil

calon memegang kalam

.

Merenung  tanda tanya

jawapan telah sedia

susun aksara senarai

.

Berlari  dengan masa

mencari makna tepat

persembah pada Pemeriksa

.

Capai  bayang gentayang

keliru hujung pangkal

mana satu pilihan

.

Dering  loceng penggera

tamat waktu gelisah

ujian universiti kehidupan

.

Sunyi dewan luas

dalam teka teki

keputusan-Nya hakiki nanti

 

 

 

TIARA ILMU

 

Junjung  ilmu akhirat

tiara mutiara gilang

sinar cahaya spora

.

Rias  wajah insan

soleh putih murni

jitu padu satu

.

Rahmat-Nya lindung seluruh

naung rimbun musim

selari jalan suratan

.

Kusyuk  amal ibadah

dunia datang bersujud

rela berserah diri

.

Santun  imbang setara

beriring menuju  jannah

pulang pada azali

.

Berkhalwat  dalam sunyi

lingkar ruang semesta

pesona fana tinggalkan

 

ANGGERIK DESA

.

Kuntuman anggerik menyerlah

rona  pesona puspa

rias lanskap sunyi

.

Gemalai  lembut berayun

sepoi bayu petang

sentuhan sebar harum

.

Di pohon nyiur tinggi

akar rerambut lekap

menumpang nikmat hidup

.

Gadis sunti desa

sunting orak senyum

uja selit di rambut

.

Ranggi kecil putih

aura wajah ceria

sinar cahaya seri

.

Flora alam indah

semula jadi sempurna

anugerah Maha Esa


Wednesday, 16 September 2026

HARI MALAYSIA

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI MALAYSIA NEGARA INDAH PERMAI NYAMAN LAKSANA PUSPA MEKAR INDAH


 









HARI MALAYSIA

.

Selamat  Hari Malaysia

Semenanjung, Sabah, Sarawak

raikan bahagia bersama

.

Laut  China Selatan

jarak pisah jauh

dekat dalam kalbu

.

Beza  loghat etnik

senyum wajah iras

redup dalam rumpun

.

Salam  kasih cinta

coret setia wangi

enam belas September

.

Janji  ukhuwah erat

taut tali suratan

dengan izin Allah

.

Ganding  langkah beriring

pertahan nusa warisan

bersatu tegak teguh


Monday, 7 September 2026

BUDIDAYA TANI

 ASSALAMUALAIKUM



CINTA WARGANEGARA

.

Asa  warga emas

meski upaya lusuh

tumpang kerusi kukuh

.

Usia  bukan soal

hadir Hari Merdeka

raikan tarikh gemilang

.

Pandang  langit cerah

sisi pagar marhaen

pentas bangsawan megah

.

Sosok  imbau silam

mentari sinar pagi

aspal ruap bahang

.

Perlahan  beredar tenang

telah resap suasana

bersama tawa jelata

.

Hari  sejarah bermakna

negara pusaka warisan

bersyukur limpah rahmat-Nya

 

BUDIDAYA TANI

 

Tanah  usang suburkan

semai benih sabar

tumbuh tunas rahmat

.

Berpucuk  dedaun rezeki

tegak rimbun meredup

naung langit hidup

.

Tuai  hasil keringat

bakti jelang raup

syukur anugerah Dia

.

Manfaatkan  sudut ruang

tiap inci peduli

milik harta pusaka

.

Hapus  sendu derita

justeru silu meminta

maruah luruh dicela

.

Senyum  alam ceria

lanskap sinar seri

khalifah ikhlas berbudi


MyBloglist