ASSALAMUALAIKUM
.
Meniti hari menjelang akhir,
sibuk bersungguh terlupa zikir.
.
Masa berlalu terlalu cepat,
mengejar mahu terlompat-lompat.
.
Impian diri semua ada,
berhajat lagi akan berganda.
.
Sangka takdirnya belum tersurat,
derita jiwa makin melarat.
.
Aral menduga jatuh di tangga,
sakit terasa jiwa dan raga.
.
Kala tersungkur tetap tertawa,
menyisih malu bersambil lewa.
.
Hari akhirnya kian mendekat,
maut menjelma tak mampu sekat.
.
Telah berakhir kisah hayatnya,
dikenang hanya tingkah buruknya.
PELARIAN
.
Berlari-lari sekuat hati
jauhkan diri langkah perhati
kendati masih tunggu di situ
nasib mudarat sudahlah tentu
.
Apa yang mampu semua bawa
demi teruskan hidup bernyawa
.
menumpang kapal menukar arah
tinggal segala jadi sejarah
.
Pertaruh harap setinggi mercu
meriah rona semerah gincu
.
bungkusan lusuh buang ke laut
menguak renang erat dipaut
.
Di hujung tanjung sampailah jua
ingin dihuni sehingga tua
.
sudahlah jemu berlari-lari
mula mencorak rentak menari
MUSIM POLEMIK
.
Sudahlah tiba musim polemik,
panjanglah
muncung bibir mencemik.
.
Kenapa awak buat begitu?
tidaklah
dapat hendak membantu.
.
Meluah rasa melimpah ruah,
terasa sinis
seluas sawah.
.
Perhati isu di sini sana,
tempiasnya
juga tetap kena.
.
Apa pula kisah esok hari,
tergaru-garu
pening menari.
.
Konon kan tiba waktu mengundi,
masihlah
juga tak jadi-jadi.
.
Banyaklah sudut gula
ditabur,
langkah
salah tumpah berterabur.
.
Segala tanda fahamlah sudah,
memilih
calon keliru gundah.
.
Pilih yang itu ada proksinya,
pilih yang
ini tertanya-tanya.

Mencungkil ikatan rasa dan keinsafan melalui nukilan puisi indah tentang hari akhir. Pengajaran puitis yang sangat bermakna.
ReplyDelete