ASSALAMUALAIKUM
JANJI TENGKUJUH
.
Angin timur
laut
deruan sapa
hujan titis
merata
.
Tidak pernah
mungkir
janji tengkujuh
Allah izin
berlaku
.
Langit suram
mendung
sinar mentari
cahayanya
sembunyi
.
Cerita
November
tuju Disember
alam duka
tiasa
.
POLISI
.
Surat kata
putus
bertinta emas
perjanjian
tepati
.
Dengan jelas
prinsip
demi negara
sejahtera
tiasa
.
Lestari
wujudnya
berdiri kukuh
mohon doa
selama
.
Telah tetap
sejak
nusa merdeka
moga tidak
berubah
PENULIS BEBAS
.
Catat dengan
bebas
luahan rasa
muka buku
wahana
.
Susun gubah
diksi
ghairah teruja
rekacipta
pesona
.
Hambur cerca
nista
senandung lagu
maki hamun
mencela
.
Lupa dosa fitnah
malaikat patuh
Rakid Atid
menulis

musim hujan turun dengan lebatnya...
ReplyDeletehukum alam sukar diramal, ia boleh datang bila-bila masa dan ia juga berlalu pergi pada bila-bila masa.
ReplyDeleteDah bermula musim tengkujuh bersiap sedia kawasan yang biasa banjir tu, cuti sekolah dan musim majlis kahwin jugak kak.
ReplyDelete