ASSALAMUALAIKUM
Tuesday, 11 March 2025
MELODI RAMADAN
Sunday, 9 March 2025
KECURIAN SAWIT
ASSALAMUALAIKUM
KECURIAN
SAWIT
Pegawai
ladang skim FELDA kampungku mengirim
penyata hasil pendapatan dan kos pengurusan penuaiannya. Beliau memberitahu anakku,
buah sawit di kebunku mutakhir ini sangat sedikit kerana ada yang mencurinya. Pendapatan
untuk bulan Januari dan Februari cuma 800 RM. Agaknya hanya beberapa kilogram
saja yang sampai di kilang proses sawit sedangkan keluasan kebun sawit melebihi
10 ekar. Aku mengagak tentu pihak pengurusan FELDA Wilayah Pahang Tengah
mempersoalkan tentang itu. Dan terpaksalah pegawai FELDA di kampungku mencari
solusinya. Mereka bercadang menyerahkan kontrak penuaian sawit kubunku pada
pihak lain. Sejak dari dahulu lagi aku hanya menerima hasilan sangat sedikit
berbanding peneroka lain yang menerima hasil jualan sawit 3K hingga 10K setiap
kali tuaian. Aku berpada saja dengan rezekiku perolehi. Dan berdiam diri tanpa
mempersoalkannya.
bil
pengurusan
hasilan
kebun sawit -
gangguan
durja
Saturday, 8 March 2025
SENSITIF
ASSALAMUALAIKUM
SENSITIF
Isu
Malaysia
bahang
bagai api
semarak
membakar hangus
akal
.
Akta
adab
tertib
dibentang
segera
justeru
gaya menghina
nista
.
Gara
usik
cuma
terasa
sensitif
sombong
diri nyata
terlupa
mana berjejak
kaki
.
langit
awan
biru
berkongsi
semua
harmoni
singkir sengketa
dingin
Friday, 7 March 2025
ANEKDOT ABU NAWAS
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA RAMADAN MINGGU KEDUA
Alhamdulillah terima kasih along sudi terbitkan karya olahan bebas kisah klasik Abu Nawas seorang ilmuan sufi bijaksana pada zamannya....beliau watak istimewa tiasa dapat selesaikan masalah di lingkungannya secara bersahaja dan lucu....naskhah sesuai dibaca semua demi peroleh ilmu dan ibrah....jom segera jadikan sebagai khazanah sastera bermanfaat daripada penerbitnya NURIMAS SN. Harganya 20RM ja...
Thursday, 6 March 2025
TERKUNCI GAPURA HATI
ASSALAMUALAIKUM
TERKUNCI
GAPURA HATI
Genre
: Kumpulan Cerpen
Penulis
: NURIMAS SN
Penerbit
: DBP
Nombor
ISBN : 978-983-49 - 4668-5 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan
mukasurat : 237
Harga:
25 RM
Pengulas
: Paridah Ishak
TERKUNCI
GAPURA HATI terbitan DBP merupakan naskhah kompilasi dua puluh cerpen pelbagai
tajuk karya NURIMAS SN, penulis mapan
yang sering menerima anugerah sastera peringkat negeri dan kebangsaan. Beberapa
cerpen dalam naskhah ini pernah disiarkan dalam majalah Dewan Sastera, Tamadun Islam,
Dewan Budaya. Jendela Timur dan cerpen baru belum pernah diterbitkan.
SURAU
LAMA TEPI LADANG, KAK NGAH, WARUNG PUTERI MENANGIS, LANGKISAU DAN PAKSINA, AIR
MATA DAKSINA, TERKUNCI GAPURA HATI, MIMPI UNTUK DIJUAL, MENGULIT KENANGAN, WALA
SUJI DI RUMAH JEMBAR, DOLLAH MASIH HIDUP, MITOS KECUBUNG DAN LELAKI BERSUMBI
GIGI, GMIP, ANGKARA RM 500, PERANTI APA PADA TALI PUSATNYA, DOLLAH GENIUS,
NERACA RAYYAN, SEORANG WANITA YANG TERLUCUT BAJU SENYAWA KUNINGNYA, BALONG,
BALADA SEORANG WARDEN TUA, SECANGKIR ROBUSTA SEPINGGAN TAPIOCA ialah tajuk
menarik pilihan penulisnya.
Temanya
nilai murni kehidupan dan sosio budaya masyarakat. Isu berbeza dikemukakan pada
setiap cerpen mampu pembaca menafsirkan maksudnya dengan mudah kerana
naratifnya tidak terlalu rumit untuk difahami. Penggunaan laras bahasa
sederhana dan teknik garapan penceritaan bersesuaian dengan citra paparan
sesuatu judul cerpen.
Wednesday, 5 March 2025
BERAS PERANG
ASSALAMUALAIKUM
Tuesday, 4 March 2025
PAHANG DARUL MAKMUR
ASSALAMUALAIKUM
PAHANG DARUL MAKMUR
.
Negeri luas saujana indah
Inderapura nama asalnya
dalam sejarah termaktub sudah
.
Laut, sungai, jeram mengairinya
rimba menghijau liputi lembah
bukit dan gunung menunjanginya
.
Pusaka sultan tidak berubah
warisan sejak bersilih zaman
limpah rezeki kian bertambah
.
Kota dan desa lestari aman
rakyat jelata bersukacita
daulat tuanku sultan budiman
.
Sanggup berkongsi limpahan harta
marhaen miskin diberi tanah
boleh bertani sesuai cita
.
Warga tempatan santun berbudi
berteman baru tetaplah sudi
Sunday, 2 March 2025
RAMADAN MUBARAK
ASSALAMUALAIKUM
RAMADAN MUBARAK
Syaaban berlalu Ramadan jelma
menanti tiba musim piama
siap sedia amal ibadah
ganjaran ganda rahmat wahadah
.
Selepas imsak mula puasa
menahan lapar berlalu masa
hari pertama Allah janjikan
durja pendosa reda ampunkan
.
Usus nan kecil rehat sebentar
telah sekian lama berputar
rasa prihatin menusuk kalbu
kenang yang daif hidup berdebu
.
Baca al-Quran khatamkan surah
tafsiran erti panduan arah
solat tarawih amalan malam
cahaya iman sinari kelam
.
Saling memberi hulur sedekah
ukhuwah erat lupa telingkah
lailatulqadar damba hadirnya
beroleh limpah akan rahmat-Nya
Saturday, 1 March 2025
TETAMU MULIA
ASSALAMUALAIKUM
TETAMU MULIA
(Pancalarik)
.
Esok
hari baru
purnama Ramadan
cahaya gemilang indah
serlah
.
Syukur
hadir lagi
tetamu mulia
bawa rahmat Allah
ganjaran berganda janji
pasti
.
Amal
teguh iman
ujian merintang
sabar hati tegar waja
cekal
,
Niat
tulus ikhlas
puasa Ramadan
bersungguh-sungguh ibadah
takwa
PARIDAH ISHAK
Desaa Melor Serendah
1/3/2025
Friday, 28 February 2025
JUADAH RAMADAN
ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
JUADAH RAMADAN
Jiran-jiranku di kampung berasal dari negeri yang berlainan. Ketika Ramadan, mereka akan menyediakan juadah kegemaran masing-masing.
Imah, jiranku di sebelah kanan, berasal dari Selangor. Beliau gemar memasak pecal dan pelbagai hidangan lain. Aku berpeluang merasai keenakan masakannya apabila dia menghantarnya kepadaku menjelang waktu berbuka puasa.
Jiranku di sebelah kiri pula berasal dari Kelantan. Kak Idah sering menyediakan nasi kerabu, kuih lompat tikam, dan pelbagai kuih-muih manis. Ada sahaja rezeki untukku menikmati juadah masakannya.
Sementara itu, Kak Fauziah, jiranku di hadapan rumah, berasal dari Kedah sesekali akan membuat tepung bungkus. Beliau jarang memasak lauk-pauk kerana suaminya menyediakan lauk berbuka di masjid. Namun, sedikit daripada masakan itu akan dibawa pulang ke rumah. Kak Fauziah juga tidak lupa menghantar sedikit juadah kepadaku.
Sebagai tanda penghargaan, aku membalas setiap pemberian juadah daripada jiran-jiranku dengan kuih-muih yang kubeli. Terima kasih banyak, jiran-jiranku yang baik budi!
menu Ramadan –
juadah beraneka
rahmah budaya
Thursday, 27 February 2025
BERTEMU DAN BERPISAH
ASSALAMALAIKUM
Wednesday, 26 February 2025
AHLAN WASAHLAN RAMADAN AL-MUBARAK
ASSALAMUALAIKUM
AHLAN WASAHLAN RAMADAN AL-MUABARAK (Akrostik) A-bidin setia menanti hadirmu H-ari berganti mendakap sabar L-ambat-laun sinarmu menyerlah A-daptasi reda berpasrah membaca surat-Nya N-an telah terlipat di Loh-Mahfuz W-alakian demikian A-anggapan tidak pernah pesimis S-ilang-silang rapat sulam kelarai A-sa biar tegar teguh H-adapi ujian getir Ramadan L-orong yang ditentukan untuk dilalui A-gar jiwa kersani diduga puasa segala N-yaman rasai nikmat bahagia rahmat-Nya R-aup syukur berwirid tasbih tahlil A-lhamdulliah hamba bersujud takwa M-ohon ampunan dosa yang lalu A-tau tersembunyi tidak tersedari D-alam kealpaan merentak langkah hayat A-sbab walau semata alasan N-amun doa berulang tiasa A-llah Yang Esa L-ailahaillallah M-asih mengalung untaian harap U-ntuk bertemu Ramadan indah B-ersatu siang malam salam ibadah A-tma menyerap murni cinta R-ahman Rahim Ilahi A-smanya memaknai menyeluruhi K-eperluan jiwa raga hamba sesungguhnya PARIDAH ISHAK Desa Melor Serendah 26/2/025
Tuesday, 25 February 2025
BERHATI-HATI
ASSALAMUALAIKUM
Monday, 24 February 2025
MENANTI NUR RAMADAN
ASSALAMUALAIKUM
MENANTI NUR RAMADAN
Ramadan jelang menegur sapa
hadir cahaya ternanti-nanti
penjuru waktu hanya sedepa
herlalu detik silih berganti
.
Hamba sahaya serata alam
beriman yakin demi Pencipta
gigih beramal siang dan malam
damba reda-Nya semata-mata
.
Harap kasih-Nya memohon restu
tegakkan iman pasak bersungguh
sujud bertakwa pada Yang Satu
jitu sejati berdiri teguh
.
Madrasah Ramadan bakal buka
tarbiah jiwa murni insani
puasa wajib tentu ketika
hulur sedekah sana dan sini
.
Janji Ilahi semat di kalbu
erat mendakap kemas genggaman
ganjar pahala berderu-deru
lailatul-qadar rahmat idaman
Sunday, 23 February 2025
MENITI SYAABAN MENANTI RAMADAN
ASSALAMUALAIKUM
MENITI SYAABAN
MENANTI RAMADAN
,
Ramadan mulia jelang tiba
meniti Syaaban
amal ibadah
siang dan malam
atas sejadah
bersujud takwa
selayak hamba
.
Berulit sayu terasa hiba
kenangan lalu
merusuh gundah
Ramadan mulia jelang tiba
meniti Syaaban
amal ibadah
.
Merenung masa telah berlalu
membawa pergi
insan tersayang
senyuman manis
masih terbayang
mengenangkannya
direnggut pilu
Ramadan mulia jelang tiba
meniti
syaaban amal ibadah
Saturday, 22 February 2025
DOA HAMBA
ASSALAMUALAIKUM
DOA
Demi Allah Subhanahuwataala,
moga ampuni dosa hamba segala .
Bermula bismillah nazam kukarang,
apa yang tersurat dinyatakan terang.
Hanya kepada-Mu hamba-Mu beriman,
dunia dan akhirat mengharapkan nyaman.
Harapan semoga tiasa selesa,
sehingga akhirnya harmoni sentosa.
Demi Muhammad Rasul junjungan umat,
selawat dan salam lafaz tiada tamat.
Tiada terlupa di dalam kenangan,
siang dan malam tidak berhujungan,
Berdoalah hamba di atas sejadah,
segala urusan agar dipermudah.
AIlahu Rabbi nyata Maha Mendengar,
walaupun terdetik sembunyikan hingar.
Tiada apapun aral yang menggundah,
berdoa bersungguh tangan nan ditadah.
Hindarkanlah segala bahaya petaka,
yang menyeret hamba ke dalam neraka.
Allah hamba mohon doa diperkenan,
semua ujian berupa pesanan.
Berakhirlah sudah karangan nazamku.
sekadar luahan rasa kalbu terbuku
Demi Allah Subhanahuwataala,
moga ampuni dosa hamba segala .
Friday, 21 February 2025
SANTAN KELAPA
ASSALAMUALAIKUM
SANTAN KELAPA
Harga
santan kelapa kini semakin mahal, seiring dengan peningkatan kos sara hidup.
Walaupun santan bukanlah bahan masakan harian bagi kebanyakan orang,
permintaannya meningkat terutama menjelang Ramadan dan musim perayaan.
Aku
juga tidak terkecuali daripada membeli santan bagi memudahkan urusan memasak,
meskipun di sekeliling rumahku terdapat banyak pokok kelapa. Dahulu, aku sering
menggunakan kelapa sendiri, malah mesin pemarut kelapa tersedia di sudut dapur.
Namun, itu hanyalah kenangan. Kini, aku terpaksa meninggalkan rumah di kampung
kerana keuzuranku.
Pokok
kelapa yang kutanam masih berbuah, tetapi hasilnya kini menjadi rezeki
jiran-jiranku. Aku rela dan menghalalkannya buat sesiapa sahaja yang
mengambilnya. Bagiku, rezeki adalah anugerah Allah yang melimpah-ruah. Mustahil untuk kita cempung semuanya.
buah
kelapa
pohon
keliling rumah –
amal rohani
Wednesday, 19 February 2025
KEMURUNGAN
ASSALAMUALAIKUM
KEMURUNGAN
Kujemu
mengejar kemahuan,
kutermengah dalam kelelahan. Kusut kemelut yang kukirai,kadangkala kecewa
menyapa,
Kumengadu perih gelisah menghimpit.
Kepada
Khalik kubermohon, Kau kurniakanku
kekuatan, keceriaan hilang kembali. Kuasa
dan keupayaan,
kemurungan ini ingin kuatasi—
katarsis kupohon.
Kelainan
terasa kini,
keberdayaanku berbeza sudah.
Kuterima kehendak Kekasihku,
kuteruskan kehidupan,
meski kian kuhampiri kesudahannya.
PARIDAH
ISHAK
Desa
Melor Serendah
2/2/025
Tuesday, 18 February 2025
KARYA KREATIF
ASSALAMUALAIKUM