Tuesday, 2 December 2025

PENULIS MAYA

 ASSALAMUALAIKUM



PENULIS MAYA
.
Aku jarang menulis panjang tentang rutin harianku di Facebook. Tidak larat hendak membongkok lama menghadap komputer sambil mengetik. Namun aku suka membaca hantaran rakan-rakan yang rajin berkongsi info bermanfaat.
Antaranya hantaran Khairil Johari, yang kerap bercerita tentang kegiatan hariannya sebagai penternak kambing komersial, juga kisah keluarganya bersama haiwan peliharaan kesayangan. Beliau sering menulis tentang landak, tupai, musang, buaya, ayam, tiung dan kenari yang dijaga dengan penuh teliti demi kemaslahatan semuanya. Beliau seorang anak muda mandiri. Pernah menjawat jawatan SN KKM setelah graduasi universiti.
Membaca coretannya, aku terbayang betapa sibuknya dia menguruskan kehidupan seharian. Hampir setiap hari ada saja cerita baharu. Dalam sibuk mengurus ternakan, dia masih sempat berada dalam masyarakat, menonjolkan usahawan tani yang berladang jagung, lembu dan kambing tenusu di kawasan sekitar. Semua itu dikongsikan di ruang Facebooknya sehingga ramai tertarik berkunjung untuk membeli hasil tani tersebut. Secara tidak langsung, beliau membantu mempromosikan dan turut menambah rezeki orang lain anugerah-Nya.
Nampaknya dia benar-benar sibuk. Namun yang pelik, dia masih mampu menulis santai, panjang berjela, setiap hari. Kalau aku… memang tidaklah!
.
penulis maya –
penternak kambing daging
langkahan daya

4 comments:

  1. Saya pun saluuut dengan orang yg sibuk tp masih ada waktu utk menulis panjang 👍👍👍. Hebaaat, memang passionnya terhadap menulis kuat sangat pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny ya minatnya menulis mengatasi kesibukannys

      Delete
  2. kadang-kadang terbatas juga kan PI untuk aktif menulis di semua media yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh ana ya kadangkala ilham menulis tiada

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist