Tuesday, 21 October 2025

MISTERI MALAM

 ASSALAMUALAIKUM



MISTERI MALAM

Anakku pulang ke Terengganu bersama keluarganya sempena cuti Deepavali. Aku tinggal di rumah bersama cucuku, Arif. Pada tengah malam, aku tersedar daripada lena apabila terdengar keriuhan di ruang tamu dan dapur. Aku mengagak anakku sudah pulang. Lalu aku menyambung tidur yang terganggu itu.
Ketika subuh menjelang, aku segera bangun, menjuntaikan kaki dari katil sambil memanggil nama anakku. Kebiasaannya, dia akan menolongku ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Namun kali ini, tiada siapa yang datang. Mungkin anakku belum pulang lagi. Tetapi, keriuhan dan gerak yang kudengar malam tadi, suara siapakah itu? Aku termangu dalam kebingungan.
malam gelita -
sambutan Deepavali
halusinasi

2 comments:

  1. Assalamualaikum kak paridah, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.. pelik ni.. mungkin halusinasi.. mungkin mimpi + mengingau.. insyaAllah moga tiada apa-apa..

    ReplyDelete
  2. Banyakkan sabar, selalu ingat Allah yang satu, Dia lebih tahu, usah fikirkan sangat ya..semoga baik2 saja, sihat dan tenang dalam kehidupan ini..InshaAllah kak Pi akan tenang..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist