Tuesday, 9 September 2025

KELDAI TUA

 ASSALAMUALAIKUM

KELDAI TUA



Keldai sudah lama berkhidmat dengan tuannya iaitu Pak Dollah seorang peniaga di

pasar. Setiap hari dia akan membawa barang perniagaan tuannya yang diletakkan di

atas badannya. Walaupun terasa berat bebanan barang-barang dibawanya tapi dia

tidak pernah merungut. Dia tetap menjalankan tugasnya dengan bertanggungjawab

demi membantu tuannya. Dia merasa terhutang budi kerana tuannya telah menjaganya

dengan baik selama ini.

Suatu hari keldai jatuh sakit. Dia terbaring saja dalam kandangnya kerana tidak

berdaya hendak bangun berjalan. Dia merasa dirinya sudah tua. Dan tidak lagi kuat

seperti dahulu. Setiap kali dia mengangkut barang perniagaan tuannya ke pasar, dia

merasa badannya lenguh dan sakit. Tapi dia tidak menghiraukan kesakitannya.

Pak Dollah seperti kebiasaannya setiap pagi akan pergi ke pasar untuk berniaga.

Dia pun memasuki kandang Keldai untuk membawanya keluar dari situ. Tapi dia

melihat Keldai itu terbaring di atas rumputan sambil memandangnya dengan sayu.


Keldai merasa bersalah kerana tidak dapat menolong tuannya mengangkut barangan

perniagaan ke pasar.

“Kamu tidak sihatkah Keldai? Kamu berehatlah. Kamu tidak usah mengikut aku

ke pasar hari ini. Setelah kamu sihat sediakala bolehlah kamu menolong aku

mengangkut barang ke pasar seperti selalu.” Pak Dollah mengusap kepala Keldainya.

“Nanti aku belikan kamu ubat demam.” Pak Dollah pun berlalu dari situ. Dia

merasa sedikit terkilan kerana tidak dapat berniaga barang dagangannya di pasar pada

hari ini. Kalau dia tidak berniaga tentulah dia akan menanggung kerugian. Tapi dia tidak

menyalahkan keuzuran keldainya kerana masalah yang dihadapinya. Dia duduk

termenung di atas tangga rumahnya, memikirkan apa yang akan dilakukannya pada

hari ini.

“Assalamualaikum.”Tiba-tiba seseorang memberi salam menyapanya.

“Wa’aalaikummusalam.” Balas Pak Dollah.

“Eh kamu rupanya! Kamu hendak ke mana Amin?” Pak Dollah bertanya.

“Aku hendak ke pasar menjual keldaiku ini.” Amin menunjukkan pada Pak Dollah

akan keldai itu. Dia memegang tali yang mengikat lehernya.

“Bukankah keldai ini menjadi tungganganmu selama ini. Tidak sayangkah

hendak menjualnya?” Amin tersenyum cuma. Dia seolah tidak mengerti apa yang

dimaksudkan tentang sayang pada haiwan peliharaan. Dia tidak pernah merasa begitu.

Lagipun keldai itu amat liar dan menyusahkannya untuk menjaganya. Dia ingin

menjualkan saja pada sesiapa yang berminat membelinya.

 

Pak Dollah memerhati keldai itu dengan teliti. Kelihatan masih muda. Tapi agak

kurus seolah kurang penjagaannya.

“Baiklah kamu jualkan saja pada aku. Bolehlah dia menjadi kawan pada

keldaiku.”

Setelah mereka berunding dan berlaku tawar-menawar berkenaannya, kedua-

duanya mempersetujuinya. Pak Dollah membayar harga keldai ditetapkan Amin dan

mengucapkan akad jual beli. Amin meninggalkan keldai itu pada Pak Dollah dan

beredar dari situ dengan membawa wang hasil jualan keldainya.

Pak Dollah membawa keldai itu ke dalam kandang.

“Inilah kandang barumu. Ini keldai yang telah berada bersamaku sekian lama.

Dia tidak berapa sihat. Kamu berkenalan dan berbuat baik dengannya. Dia lebih tua

dari kamu. Kamu mesti sesuaikan diri kamu di sini bersamanya.” Ujar Pak Dollah

kepada keldai yang baru dibelinya.

“Esok, kamu ikut aku membawa barang dagangan ke pasar.” Setelah berkata

begitu, Pak Dollah keluar dari situ.

“Kamu sakit sangatkah wahai keldai tua?” Keldai muda mengais-ngaiskan

kakinya seakan menolak Keldai tua untuk bangun.

“Apa yang kamu buat ini? Aku sedang sakit! Kamu tidak kasihankah padaku?

Kamu tidak ingatkah pesanan Tuan agar kita berbaik-baik?” Keldai muda ketawa

mengikih.



“Sebenarnya Tuan itu hanya berpura-pura di hadapan kamu. Tuan itu tidak

sayang lagi pada kamu. Sebab itu dia membeli aku. Dia akan menggantikan kamu

dengan aku. Kamu kan sudah tua. Sakit pula. Kamu tidak boleh lagi menolong Tuan

bekerja. Akulah akan menggantikan tempat kamu.”

“Kamu tidak baik menganggap Tuan begitu, aku sudah lama bersama Tuan. Dia

menyayangi aku.”

“Setelah aku ada di sini Tuan tidak menyayangi kamu lagi.” Keldai muda

bersuara menyakiti hati Keldai tua.

“Sudahlah kamu tidak usah banyak cakap lagi. Bangun saja kamu dari situ. Aku

hendak tidur di situ.” Keldai muda menolak dengan kasar Keldai tua yang sakit dengan

kakinya.

Tiba-tiba Pak Dollah masuk ke dalam kandang itu. Dia membawa sebuah batil

berisi air.

“Kamu minum air yang telah aku campurkan dengan ubat. Semoga kamu cepat

sembuh daripada sakitmu.” Pak Dollah memegang batil berisi air berubat sementara

Keldai tua minum sehingga habis. Keldai muda itu memandang dengan rasa cemburu

pada Keldai tua kerana Pak Dollah melayannya penuh kasih sayang. Selama hidupnya

bersama tuannya Amin, dia tidak merasa disayangi.

“Esok kamu akan ikut aku ke pasar, membawa barang daganganku. Bersedialah

kamu agar segar. Makan dengan banyak.” Kata Pak Dollah pada Keldai muda.

“Kamu berehat dulu dalam kandang sehingga kamu sihat semula.”

 


Setelah Pak Dollah berlalu dari situ, Keldai muda menghampiri Keldai tua.

“Kamu dengar apa kata Tuan tadi? Aku yang akan menggantikan tempat kamu.

Biarlah kamu terus sakit dan akhirnya mati, hih…hih!” Keldai muda ketawa terbahak-

bahak.

“Sungguh kurang ajar kamu ini.” Keldai tua menyatakan kemarahannya.

“Sudahlah! Usah nak mengata-ngata aku. Aku nak tidur sebab esok nak bekerja.

Kamu kan sudah tidak boleh lagi bekerja. Kamu tunggulah masa akhir kamu.” Balas

Keldai muda sinis..

Keesokannya Pak Dollah menyiapkan Keldai muda untuk dibawa ke pasar,

sebelum itu dia memeriksa dulu keadaan Keldai tua.

“Kamu belum sihat lagi. Kamu minum ubat ku bawakan ini.” Ujar Pak Dollah.

Keldai muda ditariknya perlahan-lahan ke jalan raya dengan membawa barang-barang

dagangan yang banyak di atas badannya.

Sebab terlalu banyak barang di atas badannya, dia tidak dapat mengimbangi

badannya. Dia tergelincir. Kakinya terasa ngilu. Pak dollah menurunkan barang

dagangannya setelah tiba di pasar. Dia menunggu Pak Dollah menjual barang

dagangannya sehingga habis. Setelah itu mereka pulang. Dia memasuki kandang

dengan menyeret kakinya yang sakit. Lalu berbaring di atas rumputan. Keldai tua

memerhati keadaan Keldai muda penuh tanda tanya.

“Kenapa dengan kamu, sakitkah? Nampak kaki kamu terluka.” Keldai muda

berdiam saja menahan kesakitan.

 

“Kamu tentu sangat keletihan kerana bekerja berat tadi. Kamu berehatlah dulu.

Aku akan mencari daun-daun yang boleh dijadikan ubat untuk mengubati luka di kaki

kamu.” Keldai tua menemui beberapa helai daun lalu mengunyahnya. Dan dia

meletakkan pada kaki Keldai muda. Kemudian dia menolak batil berisi ubat yang

dibawa Tuannya pada pagi tadi.

“Kamu minumlah air berubat ini. Semoga kesihatan kamu akan segera pulih

sediakala.” Keldai muda amat terharu akan kebaikan Keldai tua terhadapnya. Dia

menyesali perbuatan buruknya terhadap Keldai tua dahulu. Dia meminta maaf

kesilapan yang telah dilakukannya.

 

Tamat 

3 comments:

  1. sweet endingπŸ’“πŸ’“ ...notti keldai muda.....kasih sayang & saling appreciated sangat penting πŸ’•πŸ’•πŸ’•

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh miza sudi baca keldai muda mmg noti heh heh

      Delete
  2. Ada pengajaran daripada kisah keldai ini

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist