ASSALAMUALAIKUM
KEMANUSIAAN
Kumerenung kertas
kosong
kalam kutulis kabur
kasmaran
keliling-kelalang
kuintai
kemanusiaan ketara
kelompongannya
ketandusan ketiadaan
kasih
kerana keegoan kendiri
.
Keangkuhan kalangan
kasta kayangan
kata kasar kesat
kiasan kesukaan
keluhan kelompok kecil
kampung ketawakan
kenapakah
keputusannya kelabu
keliru
.
Khalik kurnia kelebihan kepada kalian
kadang kemewahan
keterlaluan
kongsikanlah kasihan
keprihatinan
kesombongan
kesampingkan
.
Kedamaian kehidupan ketenangannya
kudamba kewujudannya
kita kan kelak ke
kubur kesemua
kiam kematian
kasih-sayang diantara manusia utk hidup aman-damai...
ReplyDeletetksh nohas ya kasih sayang itu kemanusiaan
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteCiri mulia seorang insan sudah tentunya ada sifat berperikemanusiaan.
tksh amie ya insan mulia manusiawi
DeleteJauhi semua perkara yang merosak kedamaian hati..kesombongan memakan diri Allah tak suka..kerana kita hidup atas takdir Allah ..terima kasih pesanan yang baik
ReplyDelete