Saturday, 19 July 2025

TRAUMA

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

 


TRAUMA

 

Ketika dalam perjalanan pulang dari PD ke Serendah, anakku singgah di sebuah gerai buah-buahan. Dia bercadang membeli buah-buahan potong seperti nenas, betik dan buah nangka yang tersusun beberapa ulas di dalam  bungkusan plastik.

“Qori nak nangka?” mamanya bertanya.

“Tak nak. Qori dah trauma makan nangka.” Qori trauma pula, desis hatiku. Qori pun faham maksud trauma.

“Dulu masa makan nangka ada ulat dalamnya.” Qori jelaskan sebabnya.

“Baguslah Qori trauma, tak habis duit mama membelinya. Papa Qori dah trauma dengan macam-macam makanan la ni.” Aku tersengih saja kerana memahami maksud anakku merujuk pada papa Qori yang mulai berpantang mengambil makanan tertentu demi menjaga kesihatan dirinya.

 

.

betik sekaki –

bungkusan buah nangka

gangguan trauma


6 comments:

  1. Kalau SA pun sama trauma makan buah ada ulat...pernah la terkena...hehehe....

    ReplyDelete
  2. saya pun kurang buah nangka...angin 😪

    ReplyDelete
  3. Patutlah trouma, ada ulat..

    ReplyDelete
  4. Buahyang ada ulat ni lebih selamat sebab tak guna racun kimia

    ReplyDelete
  5. Hahahahah beberapa orang memang takut dengan ular dalam makanan. Saya pun sbnrnya jijik juga, tp tak buat trauma. Masih berani utk potong bagian buah yg busuk, lalu lanjut makan 😄

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist