Tuesday, 15 July 2025

MAKRIFAT

 ASSALAMUALAIKUM



n


MAKRIFAT
.
Renung makrifat kerohanian
arif falsafah halus teliti
ilmu tasawuf serlah kajian
.
Hurai segala membawa erti
bermula pucuk sehingga akar
papar naratif berhat-hati
.
Memahaminya sepantun lakar
keindahannya nyata menyerlah
pandangan atma mengalih sukar
.
Kelebihannya kurniaan Allah
keistimewaan kerana kasih
naifnya hamba tiasa salah
.
Kekeliruan semoga persih
taufik hidayah anugerah-Nya
Maha Penyayang Maha Pengasih
.
Beriman teguh tawaduk sujud
yakin segala firasat wujud

6 comments:

  1. salams hari selasa kak dah, bw sini 💖💖

    ReplyDelete
  2. Indah susun katanya, penuh makna kerohanian. Terasa halusnya jiwa yang merenung dalam ilmu makrifat. Moga kita sama-sama diberi taufik dan hidayah untuk memahami dan menghayatinya.

    ReplyDelete
  3. Mencari makrifat, supaya hidup lebih tenang, lebih tawakal.. susah sangaaat. Tak semua orang bisa, apalagi yg hanya mengejar duniawi

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam.
    Tinggi falsafahnya tu Kak PI.

    ReplyDelete
  5. ilmu atau pemahaman mendalam tentang Tuhan, yang dicapai melalui pengalaman spiritual dan kesadaran diri. Ini bukan hanya pengetahuan intelektual, tetapi pemahaman yang menyentuh hati dan jiwa, yang membawa seseorang lebih dekat kepada Allah.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist