ASSALAMUALAIKUM
PERBIDALAN
.
Rakan memaut resam selirat,
ramu pegaga menyulam bunga;
ikan di laut asam di darat,
bertemu juga dalam belanga.
ikan di laut asam di darat,
bertemu juga dalam belanga.
.
Ralat bersukan malam bersyair,
teleku mahu kaitan makna;
terkilat ikan di dalam air.
sudahku tahu jantan betina.
.
Gundah penghulu bergilir selam,
manalah tidak di lata tinggi;
sudah terlalu hilir malam.
apalah hendak dikata lagi.
.
Kiar menyuluh setentang kabur,
ke pekan lama jalan di situ;
biar sepuluh bintang bertabur,
manakan sama bulan yang satu.
.
Landak berjalan lihai terbalan,
badak meredah tersundak guar,
hendak ditelan hai termengkelan,
hendak diludah tidak keluar.
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteItulah namanya jodoh pertemuan, satu di gunung satu di pulau.... Allah temukan jua.
walau tidak mahu sekalipun jika sudah jodoh tak ke mana
ReplyDeleteCantik gambar kenangan ini
ReplyDelete