Wednesday, 9 July 2025

PELANCARAN BUKU PBAA 4.025

ASSALAMUALAIKUM

 














Sabtu 5 July 2025 PI menghadiri majlis PBAA 4.025 pelancaran 5 buah buku terbitan SNE iaitu;

1.Citraloka Mencari Kandil

2.Syawal Yang Bertamu

3.MEMORABILIA KARYA HALL

4.ANEKDOT ABU NAWAS (SNE)                       

5.SEKUNTUM MAWAR (SNE)

Alhamdulillah kakpidah menerima hadiah utama PENULIS SOLO SNE disampaikan oleh

Yang Berusaha Tuan Mohd Najib bin Tan Sri Mohd Isa, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan diiringi

Yang Berbahagia Tuan Haji Samiron bin Rahmat, Pengasas Akademi  Sanggar Nurimas.

Majlis meriah diserikan pelbagai acara deklamasi puisi, nyanyian, tarian, anugerah apresiasi, cabutan bertuah turut dihadiri Yang Berbahagia Dato’ Nik Mazian bin Nik Mohamad, Mantan Ahli Parlimen Pasir Putih, Kelantan dan Datin Salimah Abdullah, En Mohd Shukri bin Abu Samad selaku Penyelaras Program PBAA 4.0 tahun 2025. Dan alumni ASN. Persembahan tarian dibawakan oleh Kumpulan Tari yang digelar Sanggar Sri Saujana dari SMK Bukit Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terima kasih penerbit SNE dan penyelenggara PBAA sudi undang kakpidah turut serta. Tahniah Tuan Nurimas Sn,  pentadbir ASN/SNE, Tuan Shukri

Selaku penyelenggara dan sahabat terlibat yang bertungkus-lumus sehingga majlis usai. Tahniah pada sahabat ASN yang menerima pelbagai hadiah apresiasi. PI biasala bersibuk hadir dan menyusahkan penyelenggara lantaran terpaksa usung PI berkerusi roda masuk ke dewan hotel Seri Malaysia PD. Maklum bukan mudah nak menaiki tangga tinggi jika tiada yang menolongnya. Terima kasih banyak jasa budi mulia. Dan semoga Allah membalasnya dengan limpahan ganjaran …aamiin YRBA


4 comments:

  1. Alhamdulillah kak, Tahniah....mendapat anugerah penulis solo

    ReplyDelete
  2. tahniah kak! tahniah! hebat hebat!

    ReplyDelete
  3. Anugerah terindah..mendapat pegaan karya dihargai..tahniah ya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, Tahniah kak. Saya tumpang berbangga dapat mengenali karyawan seperti akak 💖💖

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist