ASSALAMUALAIKUM
NYANYUK
.
Setelah usia semakin bertambah banyak, ingatan seseorang kian lemah. Selalu saja terlupa sesuatu. Akibatnya akan menimbulkan mudarat. Misalnya kalau terlupa menutup dapur gas kala memasak. Aku pun pernah mengalaminya. Habis hangus rentung bubur kacang kumasak kerana aku leka berada di luar rumah, bersembang dengan jiran-jiranku. Sejak kejadian itu aku lebih berwaspada agar tidak berulang lagi. Bimbang juga kelalaianku itu menyebabkan aku kehilangan rumahku disambar api. Kadangkala tika bersolat pun selalu terlupa beberapa rokaatnya. Terpaksa diulang lagi lakukan solat agar yakin sempurna ibadahnya. Daripada perkongsian info di media massa kuperolehi untuk mengelak lupa membawa nyanyuk, elok amalkan membaca al-Quran setiap hari. Rajin membaca dan menulis. Selain itu amalkan pemakanan berkhasiat juga cuba elak mengambil makanan berasam yang boleh menjejaskan kesihatan otak.
Nuzul al-Quran –
surah amalan Muslim
sains afiat
Minta dijauhkan lah dari penyakit nyanyuk...
ReplyDeleteSemoga tak berlaku kepada kita semua, doa adalah senjata umat Islam..minta kepada Allah husnol khotimah
ReplyDeleteNasihat yang baik..elak makanan asam..infor kesihatan
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsiannya Kak PI.
terima kasih kak PI atas peringatan itu kerana sy pernah terlupa tutup api dapur gas sampai hangit periuknya...
ReplyDeleteminta dijauhkanlah...
ReplyDelete