Friday, 11 July 2025

HARI ASYURA

 ASSALAMUALAIKUM


pic google images (c)





HARI ASYURA

.


Antara bulan amat mulia

Muharam juga telah tersurat

moga beramal persis aulia

dunia fana tuju akhirat

.

 

Sepuluh Muharam tarikh tepat

hari Asyura sunat puasa

amal ibadah selagi sempat

raih rahmat-Nya nyaman sentosa

.

Masakan bubur jamu selera

campuran bahan pelbagai jenis

di dalam kawah kacau segera

harum aroma rasa tertahan

.

Santun Asyura kenduri tahlil

syukur rezeki Allah al-Jalil

6 comments:

  1. sedap bubur asyura....berselera kalau makan ni

    ReplyDelete
  2. semoga amalan ibadah dibulan yg mulia ini diterima dan penuh keberkatan

    ReplyDelete
  3. Belum dapat lagi bubur asyura tahun ni

    ReplyDelete
  4. sedapnya..dah lama x makan bubur asyura..

    ReplyDelete
  5. teringat pd zaman kanak2 dulu, atuk sedara selalu buat bubur asyura. 1 kg dtg bergotong-royong... kenangan tul.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat buat amal jariah..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist