ASSALAMUALAIKUM
LAMA PI TAK KONGSI RESEPI MUDAH...TERJUMPA HANTARAN PENULIS PUAN SRI DIAH SHAHARUDI DI FB BELIAU TERTARIK JUGA...MANA TAU KUT ADA YANG INGIN CUBA KALAU KEBETULAN ADA BELIMBING BULUH DI RUMAH
Belimbing Asam Boi.
Fuhh. Sedapnya sampai boleh dikunyah begitu sahaja. Setengah piring boleh sekali hadap. Hahaha, jangan salahkan saya tau.
Mari saya ajar.
2. Masukkan garam dua sudu besar dan tuangkan air suam 500 grm. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing itu.
3. Selepas seharian buang air garam dan masukkan tujuh sudu gula, lima biji cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan sepuluh biji asam boi putih.
4. Kacau sebati dan tuangkan air suam 500 gm. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari baru boleh makan sebab nak bagi rasa asam boi meresap dalam belimbing.
5. Lagi lama lagi sedap.

Ya allah kecur air liur SA, tengok gambar dan baca resepi pun dah kecur...
ReplyDeleteAlahaiiii pokok belimbing buluh kat kg dah nak mati lah pulak. kalau tak boleh buat sebab buahnya besar sizenya.
ReplyDeletesedapnya kak.....kecur air liur huhuhu...dulu arwah nenek rajin buat, bersusun ...ada yg jeruk ada yg manis (tatau nama)
ReplyDeletewahh..kalau kat kampung Taufik sampai terbuang buang belimbing buluh ni huhuhuhu
ReplyDeletex pernah makan jeruk belimbing buluh ni. kalau bubuh dlm masakan tu biasa la...
ReplyDeleteuiii sedapnyaaa kalau mkn dgn nasi, ikan goreng dan sambal belacan
ReplyDeletetengok pun dah kecur air liur kak oi....
ReplyDelete