ASSALAMUALAIKUM
KARYA KREATIF
Aku terkenangkan sahabatku yang aktif menulis suatu ketika dulu. Tapi kini telah mendiamkan diri daripada menghasilkan sebarang karya penulisan setelah bersara. Suatu ketika dulu beliau telah menulis cerpen yang menimbulkan kontroversi. Dan beliau dipersalahkan kerana kononnya mengisahkan kejadian yang beraku persekitaran kerjanya. Dan maksudnya dituju pada seseorang berkepentingan sehingga beliau terpaksa ditukarkan ke sekolah lain justeru beliau seorang guru. Pihak pentadbiran tidak menerima alasan beliau bahawa cerpen tulisannya hanya karya kreatif. Mungkin itu sebabnya beliau tidak mahu menulis lagi lantaran terpaksa berhadapan dengan risiko yang tidak diduga walau hanya berkarya kreatif. Situasi beliau pernah aku alami tika karyaku disiar akhbar kerana ada yang komen kononnya aku tidak menulis perkara sebenar. Tapi aku buat bodoh saja.
Hari Penulis –
karya coretan pena
interpretasi
Rajuk yang tak dapat dipujuk lagi :-(
ReplyDeletetksh MRSA ya merajuk sungguh tu
DeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteHidup seorang penulis, memang penuh dengan cabaran.