ASSALAMUALAIKUM
RUANG SUNYI
Dalam ruang sunyi wujud diri
tanpa jeriji tapi penjara
sekian lama meniti hari
selimut duka kasurnya lara
.
Fikiran jauh melayang-layang
singgah merata pohon memori
pengalamannya terbayang-bayang
bersulam rasa terdiam geri
.
Detik berlalu begitu lambat
pagi beransur menuju senja
terdesak gusar mahu menghambat
tetaplah jua begitu saja
.
Menanti esok segera jelang
membuka kamar kuak jendela
terpadam sudah cerita malang
perih merusuh hapus segala
.
Masih keliru berbaur rasa
simpang-perenang berliku-liku
tertanya-tanya senantiasa
ajaib cita damba berlaku
Kadang-kadang sunyi itu perlu
ReplyDeletetksh syaz sunyi damai
Deletesy memang perlukan suasana sunyi utk tidur..
ReplyDeletetksh cikgu ya nk tidur msti nk sunyi
DeleteBaca puisi ini, sambil melihat gambar di atasnya, langsung terasa damai di hati. Teringat pula kampung halaman .. sunyi, tp buat tenang hati
ReplyDeletetksh fanny ya kampung mmg sunyi n tenang
Delete