ASSALAMUALAIKUM
ANTOLOGI SAJAK PERTAMA
Sajakku yang pertama disiar media massa hilang entah ke mana.
Jadi tidaklah dapat aku sertai antologi Sajak Pertama yang sedang diusahakan
penerbitannya oleh penyair mapan Tuan Nawawee Mohamad. Walau sahabatku penulis Noorlaila Ghafar
berusaha mencarinya dalam perpustakaan kecil di rumahnya. Aku mulai menulis setelah
tamat persekolahan. Beberapa karyaku disiar media massa. Tapi semuanya hilang. Mungkin
aku tidak menjaga sebaiknya kerana menganggapnya bukan penting pun. Aku bercerita
tentang itu pada Noorlaila. Dan beliau berusaha menjejak sajakku pernah disiar
majalah Dewan Sastera edisi Disember 1978. Beliau menemuinya dan memberiku
salinannya. Ketika banjir melanda
dihanyutkan pula. Kebetulan aku berada di rumah anakku di KL, tak dapatlah aku
menyelamatkannya. Sekali Noorlaila memberitahuku suaminya iaitu Penyair Nawawee
Mohamad telah menemui karyaku dalam INDEKS
PUISI MALAYSIA 1967-1987 terbitan DBP. Alhamdulillah. Teruja sungguh aku bagai
menerima khazanah berharga. Rupanya karya sajakku berjudul “Perkahwinan” juga
telah didokumentasi. Terima kasih banyak sahabatku Norlaila dan suaminya. Baik budinya
disanjung tinggi. Tiada daya membalasnya. Ganjaran terbaik semoga Allah
sempurnakannya. Aamiin.
Hari Puisi –
naskhah Dewan Sastera
santunan budi
Alhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah...ketemu akhirnya..
ReplyDelete