ASSALAMUALAIKUM
Salam Rabu meniti Syaaban menanti Ramadan
Alhamdulillah sajak; KEMURUNGAN karya PI disiar SUARA SARAWAK 16 Feb 2025 ....terima kasih banyak kesudian Editor...terima kasih banyak dik Eiza Nashwa @GRUP ALUMNI ASN berkongsi info....tahniah dik Rozeline Vitalis n Solihin Osman turut berkongsi ruang karya.
KEMURUNGAN
Kujemu
mengejar kemahuan,
kutermengah dalam kelelahan. Kusut kemelut yang kukirai,kadangkala kecewa
menyapa,
Kumengadu perih gelisah menghimpit.
Kepada
Khalik kubermohon, Kau kurniakanku
kekuatan, keceriaan hilang kembali. Kuasa
dan keupayaan,
kemurungan ini ingin kuatasi—
katarsis kupohon.
Kelainan
terasa kini,
keberdayaanku berbeza sudah.
Kuterima kehendak Kekasihku,
kuteruskan kehidupan,
meski kian kuhampiri kesudahannya.
PARIDAH
ISHAK
Desa
Melor Serendah
2/2/025
Tahniah Kak PI!
ReplyDeletetksh syaz sesekali
Deletetahniah kak PI terbitan karya kak ..
ReplyDeletekak.. akak ade mslh kemurungan ke? ke ldy silap.. akak lawan tau... dunia ini dicipta untuk kta nikmati dengan cara kita...
ReplyDeleteakak, bagaimana mahu menjadi penulis? siapa yg boleh beri tunjuk ajar? bagaimana cr untuk mendapatkan pendidik untuk menulis?