ASSALAMUALAIKUM
KISAH BENAR
Isteri aku kerja polis, bahagian jenayah. Selalunya setiap kali dia balik, dia bercerita.
“Awak tadi ada kes r*gol”
Awak tadi ada kes orang terjun bangunan”
Aku selalu dengar akan sekadar angguk-angguk. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sebab aku pun jururawat, cerita ngeri bukanlah asing. Kes yang sama aku hadap juga.
Tapi kali ni lain.
Cerita yang dia bawa balik, bukan sekadar berita. Cerita itu masuk, mencengkam hati, menikam saraf sampai aku tak tidur malam.
Kisah seorang ayah.
Ayah yang sepatutnya melindungi. Ayah yang sepatutnya jadi hero dalam hidup anaknya.
Tapi ayah ini jadi pembun*h kepada anak kandungnya sendiri.
Bayangkan.
Anak itu baru 6 tahun.
Umur yang masih mentah, umur yang penuh dengan kepercayaan kepada dunia. Umur yang bila ayah kata
“jom kita main,”
Dia akan tersenyum besar tanpa ragu.
Hari kejadian, si ibu dan si ayah bergaduh. Kata-kata yang tak tertahan, marah yang tak terkawal. Lalu si ayah bawa anaknya keluar rumah. Hanya berdua.
Petangnya si ayah pulang. Tapi tanpa anak kecil itu.
Isteri pelik. Hati seorang ibu bergoncang. Terus dia buat laporan polis. Dari sinilah semuanya terbongkar.
Dalam perjalanan, si ayah berhenti tepi jalan. Selepas isi minyak, dia parkir kereta di bahu jalan. Anak kecil itu di sebelah, masih tersenyum. Mungkin dalam hati dia rasa seronok dapat masa dan berjalan dengan ayah.
Lalu si ayah kata,
“Abah nak bergurau dengan awak.”
Anak itu tersenyum. Dia percaya.
Seperti kita main sorok-sorok. Seperti kita main acah lari-lari. Dia tak tahu gurauan itu adalah gurauan terakhir dia.
Si ayah keluarkan cable tie. Benda kecil yang biasanya orang guna ikat wayar.
Dia letakkan di leher anak.
Dia ketawa kecil.
“Sedia ya. Kita mula… 1… 2… 3…”
Si anak mungkin gelak kecil. Mungkin matanya bersinar gembira. Sebab baginya, itu permainan ayah.
Ayah takkan lukakan dia. Kan?
Tapi tiba-tiba, Zasss!
Cable tie itu ditarik sekuat hati.
Serta-merta anak kecil itu tercekik.
Lehernya direnggut plastik keras yang makin mengetat. Nafas tersekat.
Dia menggelupur.
Tangan kecilnya cuba menarik benda di leher. Matanya terbeliak, air mata keluar. Mulutnya cuba bersuara, tapi suara tersekat.
Sepuluh minit.
Sepuluh minit yang panjang.
Sepuluh minit seorang anak berjuang untuk hidup.
Dan ayahnya hanya tengok. Tanpa belas. Tanpa sedikit pun mahu membuka kembali ikatan itu.
Bayangkan wajah anak itu. Bayangkan mata yang penuh kepercayaan berubah jadi mata yang penuh pengkhianatan.
Bayangkan mulutnya yang mungkin cuba panggil,
“abah…”
Tapi tak keluar suara.
Aku sendiri bila dengar cerita ni, bulu roma aku berdiri. Perut aku rasa mual. Aku marah. Aku takut. Aku tak sanggup bayangkan.
Anak-anak kita ni tak berdosa. Mereka percaya 100% pada kita. Kalau kita hulur tangan, mereka akan sambut tanpa was-was.
Kalau kita kata nak main, mereka akan ikut tanpa tanya.
Tapi apa jadi kalau ayah sendiri jadi syaitan?
Apa jadi kalau tangan yang sepatutnya lindung, jadi tangan yang mencekik?
Anak itu akhirnya lemah. Nafas terakhirnya habis di tangan orang yang dia paling percaya.
Dan selepas itu, si ayah tanam anaknya di tepi rel keretapi. Seolah-olah tanam barang rosak. Seolah-olah itu bukan darah daging dia.
Balik rumah.
Muka tenang. Seperti tiada apa yang berlaku.
Aku ada tanya isteri aku macam mana boleh tahu mayat tu tertanam kat rel keretapi tu, wife aku cakap ayah dia sendiri yang tunjuk tanpa rasa bersalah
Aku dengar, aku pandang anak-anak aku yang tengah bermain.
Aku bayangkan kalau aku di tempat anak itu. Aku bayangkan kalau kabel ketat itu di leher anak aku.
Ngilu. Tak boleh aku bayangkan.
Anak-anak ini suci. Mereka lahir dengan hati yang putih. Mereka tak tahu tipu daya.
Mereka hanya tahu cinta. Tapi bila cinta itu dikhianati, ia jadi cerita paling mengerikan.
Aku marah. Aku takut. Aku rasa nak menjerit. Kenapa ada ayah macam itu?
Kenapa ada manusia yang boleh buat begitu?
Cerita ini takkan hilang dari kepala aku.
Sampai malam aku terbayang-bayang. Telinga aku masih terdengar suara isteri aku ceritakan butir demi butir.
Dan aku tahu, sesiapa yang dengar pun akan kecut perut. Akan rasa macam ada bayang hitam berdiri di belakang. Akan rasa seram sampai tak boleh nak fikir lurus.
Sebab yang bunuh bukan orang asing.
Yang bunuh adalah orang yang paling anak itu percaya.
Aku pandang anak-anak aku sekali lagi. Aku cuba bayangkan anak aku menggelupur dengan cable tight di leher
“Abah… tolong abah… tolong”
Arggg.. tak terbayang dek akal aku nak bayangkan
Dan aku berdoa dalam hati, semoga Allah lindungi anak-anak kita semua
Aku pandang anak-anak aku sekali lagi.
Mereka tengah main, ketawa kecil, tak sedar dunia luar sana penuh gelap, penuh bahaya.
Aku tarik nafas panjang.
Dalam kepala aku masih terbayang anak malang itu, terbayang cable tie yang mencekik. Terbayang saat akhir dia memandang ayahnya dengan harapan yang sia-sia.
Tugas ayah adalah lindungi mereka. Jadi benteng pada dunia luar.
Jadi orang pertama yang mereka percaya, dan orang terakhir yang akan pernah mengkhianati.
Cerita ngeri ini jadi pengajaran.
Bahawa anak-anak bukan mainan untuk lepaskan marah.
Bahawa anak-anak bukan mangsa untuk dendam rumah tangga. Bahawa anak-anak adalah amanah, pinjaman Tuhan, yang setiap saat perlu kita jaga.
Aku renung wajah mereka. Mereka tak tahu apa-apa. Mereka hanya tahu ketawa, menangis, merengek, meminta susu.
Tapi di sebalik itu, mereka serahkan seluruh hidup mereka pada kita.
Kalau lapar, mereka percaya kita akan bagi makan.
Kalau takut, mereka percaya kita akan peluk.
Kalau sakit, mereka percaya kita akan rawat.
Dan anak kecil itu, 6 tahun, dia m*ti dengan kekecewaan paling ngeri.
Dia mati dalam keadaan dikhianati darah daging sendiri.
Cerita ini menusuk dalam hati aku.
Ia buat aku lebih menghargai anak-anak aku. Ia buat aku lebih menghargai setiap saat.
Malam itu aku bisik doa.
“Ya Allah, lindungilah anak-anakku, lindungilah anak-anak orang lain. Jadikan aku ayah yang betul-betul jaga mereka, bukan ayah yang hanya pada nama.”
Dan kepada siapa pun yang baca kisah ini. Hargailah anak-anak kita.
Jangan biarkan mereka rasa sunyi.
Jangan biarkan mereka rasa dikhianati.
Sebab ketawa mereka hari ini
Adalah doa mereka untuk kita esok.
P/s: Aku mula-mula takut nak cerita, kot cerita ni wife aku sajer gurau dengan aku. Tapi tadi wife aku berikan berita tentang cerita ni.
Tu yang aku berani nak cerita. Tapi mungkin gambaran sebenar tu susah aku nak cerita melainkan korang dengar satu persatu dari wife aku tu
Macam member cerita hantu dengan kau dan kau nampak hantu depan-depan.
Begitu lah
.png)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”