ASSALAMUALAIKUM
MUSIM KEMARAU
Adik sepupuku menayangkan gambar pelbagai jenis ikan hasil
tangkapannya di bendang. Ada haruan, keli, sepat, puyu,
belida. Sepupuku ini tinggal di Seremban. Tapi sering berulang-alik dari
Seremban ke Yan memperhatikan kebajikan ibu bapanya. Dan turut mengerjakan
bendang ibu bapanya iaitu pak ngah dan mak ngahku. Sekarang ini musim kemarau. Penangan
el-Nino dengan kepanasan yang amat sangat menyebabkan bendang kering kontang. Dan
ada tempat yang agak dalam berselut. Dalam selut ini terdapat ikan pelbagai
jenis. Tidak perlu susah-payah hendak menangkapnya. Cuma gagau saja ke dalam
selut untuk mendapatkan ikan yang bersembunyi di situ. Tapi perlu berhati-hati
agar tidak terkena sengat ikan keli. Walau bisanya tidak terlalu sangat,
sakitlah juga. Itulah kenanganku juga suatu ketika berada di kampung asalku dulu.
Seronok sungguh menggagau ikan di bendang kala musim kemarau. Ikan yang diperolehi
jika tidak habis dimasak sebagainya, boleh dijadikan pekasam atau dikeringkan.
musim kemarau –
ikan haruan kering
keseronokan
pic google images (c)
Sedapnya ikan pekasam, makan dengan nasi panas-panas, fuh!
ReplyDeletetksh syaz bolan posa makan pekasam buka selera
DeleteTeringat jaman kecik2 dulu menggagau ikan time sawah kering
ReplyDeletetksh wp ya sonok kenangkan kisah gagau ikan muim bendang kering dulu2
Deleteperit betul musim kering dan kemarau skrg esp di Kedah dan Sabah. Dugaan plak pd bulan Ramadhan yg mulia. Semoga kita dpt menempuh cabaran ini dgn jayanya. Aamiin..
ReplyDeletetksh cikgu air xde ni mmg masalah bertabahlah mrk menghadapi ujian kala Ramadan
Delete