ASSALAMUALAIKUM
BISKUT RAYA
(HAIBUN)
Ramadan sudah masuk hari
ke 20. Suri rumah atau peniaga online
sibuk sekali menyiapkan tempahan juadah raya. Pabila puasa Ramadan selesai
ditunaikan selama sebulan tentulah Aidilfitri akan disambut.
Jadi
persiapan menyambutnya diadakan juga walau secara sederhana. Pakaian baharu
untuk anak-anak mesti dibeli untuk menggembirakkan mereka dan menceriakan
suasana. Tidak perlu ke pusat membeli-belah untuk membelinya. Boleh saja
dipesan melalui web yang menjalankan bisnis berkenaan. Begitu juga dengan kuih
muih. Pada hari raya tentulah nak merasa kuih raya sedikit sebanyak. Kalau
rajin buatlah sendiri walau sejenis dua. Membuat cookies/biskut tidaklah susah.
Dulu-dulu
memasak biskut ini memang suka kulakukan. Dalam sehari lima jenis
biskut/cookies mampu kusiapkan. Membakarnya menggunakan oven hitam berkotak saja.
PelbagaI cara membuat cookies/biskut diadaptasi sebaiknya dengan perisa dan
hiasan yang disukai. Kreatif. Pengalamanku kala membuat cookies/biskut ingin dikongsi
juga agar ramai yang tahu. Ilmu yang
kuperoleh daripada emak saudaraku yang telah tiada eloklah diperturunkan walau
biasa-biasa dan sedikit saja.
Kadangkala kita
mendapati cookies yang dijual langsung tidak rangup, keras
membatu. Dibaling ke dinding pun tak pecah. Apalagi untuk dikunyah gigi yang tak berapa ada. Pasti
tak lut. Biskut sebegitu mesti terlebih banyak menggunakan
tepung gandum.
Untuk merangupkan
biskut agar lebih ringan gunakan saja tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi
atau campur kedua-dua tepung itu dengan menambah tepung gandum sedikit-sedikit
untuk memejalkan doh sehingga mudah dicanai.
Tidaklah perlu menggunakan serbuk penaik, baking soda
atau bicorbonate soda. Nanti terlebih
rangup dan biskut tidak cantik jadinya.
aneka biskut –
campuran tepung jagung
ilmu warisan
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
31/3/024
Jaman dulu2 seingat wak, emak2 kita akan buat sendiri pelbagai kuih raya.
ReplyDeleteJaman sekarang lebih mudah, main hujung jari atau tunjuk jari aje.
tksh wp ya sonok buat kuih raya hujung Ramadan
DeleteSeminggu lagi nak raya , CCL pun belum decide untuk beli kuih raya . Kalau nak buat memang x ada masa da sekarang ni .
ReplyDeletetksh cik CL la ni kuih banyak dijual beli saja
Deletedana entah apa sumpahan memang tak pandai buat biskut raya, takat buat cornflakes madu bolehla
ReplyDeletetksh dana cuba ja bukan susah
Delete