ASSALAMUALAIKUM
pic Sifu TA (c)
CERPEN PARIDAH
Sekian lama cerpen tulisan Paridah Ishak aku simpan dalam folder daulu kerana belum ada masa terluang untuk membacanya. Tajuk cerpen itu sungguh menangkap perhatianku. Apatah lagi sekarang in sudah masuk sepertiga bulan Ramadan 1445 Hijrah. Aku memenuhi masa lapangku pagi ini untuk membacanya. Tajuk - "Ramadan Terakhir" tentu ada kisah yang menyayat hati.
Suasana keriangan membuka tirai cerpen dengan menggambarkan kedindahan kampung. Segala apa yang kita miliki ini hanyalah pinjaman dari-Nya. Dan setiap yang dipinjam itu mestilah dipulangkan kembali. Tapi, aku sudah tidak lagi balik kampung kerana ramai ahli keluarga tua sudah tiada lagi. Mahu tak mahu, aku teruskan membaca cerpen itu.
Pengakhiran ceritanya menyentap hatiku seketika. Kepiluan menguasai diriku sejenak. Aku teringatan emak yang sudah berpulang pada Selasa, 31 Oktober 2023 tahun lalu. Tahun ini aku tidak lagi membayar zakat fitrah buat emak. Dan tahun ini aku tidak dapat lagi bersalaman di pagi raya mencium tangan emak.
Cerpen Paridah menyamai suasana yang akan aku alami. Patutlah aku sangat tertarik dengan tajuk cerpen Paridah. Namun aku berasa tenang hati kerana emak memilih untuk tinggal bersamaku sebelum kembali ke rahmatullah.
-----
22 Mac 2024
11 Ramadan 1445H
11 Ramadan 1445H
CORETAN SIFU TABIR ALAM
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”