ASSALAMUALAIKUM
ANTOLOGI SEMPURNAKAN
AIDILFITRI
Genre : Puisi Moden
Penulis
Safarina Hazwan, Nani Abra,
Ummi Natrah Huda, Sarah Zainal, Bunga Melor, Nizam Wahid, Rosnani Abdullah, Suzana Muhamad Isa, Johari A Julaihi,
Yahaya Ibrahim, Siti Hajar Zainal, Tinie Aliff.
Penerbit : Hikarya Publishing
Nombor ISBN : scan code
Bilangan mukasurat : 70
Pengulas : Paridah Ishak
Antologi SEMPURNAKAN
AIDILFITRI mengandungi 68 puisi indah meraikan Aidilfitri hasilan 12 penulis
prolifik Malaysia. Gubahan susunan diksi berbaur pelbagai emosi menyulam
kenangan setiap penulis ketika menyambut Aidilfitri. Kebanyakan penyajak tidak
membentuk sajak yang boleh ditentukan genre sajaknya. Puisi sajak walau cuma
luahan rasa yang bebas namun perlu patuh
dengan disiplin ditetapkan genre pilihan. Tinie Alif menulis sajak prosa berjudul
ANUGERAH AIDILFITRI yang sempurna tatabahasa. Agak panjang sajak ini melakarkan
citraan perasaan mengumpulkan kenangan penulis meraikan Aidilfitri. Tujuh
stanza dan lima larik ditetapkan.
“Aidilfitri tanda
kemenangan, ingatan mesra menyorot kenangan, segala yang khilaf kita jernihkan,
manusia kan tak lekang daripada kesilapan, usahlah berbekas rajuk perasaan.”
Petikan stanza akhir sajak karya Tinie
Alif.
“SEPINGGAN SYAWAL DI
TANGAN” merupakan sajak karya Nizam Wahid, penulis mapam dan telah lama bergelut
dalam dunia penulisan sebagai wartawan sebuah akhbar arus perdana. Judul
pilihan penyajak ini menarik bersonifikasi dan menjalin metafora selirat
maksud.
Sedikit petikan sajak
“SEPINGGAN SYAWAL DI TANGAN”
“Sepinggan Syawal di tangan
harumnya menyelerakan
dari dapur Ramadan………
siyam dan qiyam kita
adunkan
sabar menanak iman”
Selain karya sajak indah
penerbit dari Sarawak ini turut sertakan biodata penulis berkenaan bersama
keluarga masing-masing tatkala berhari raya.
Baca entri ni saja membuatkan cheq rasa macam esok dah nak raya ๐
ReplyDeleteSalam Ramadhan buat KakPI dan keluarga tersayang ๐ผ✨
Ada rasa terharu baca ttg idul Fitri ini. Vibe nya memang buat happy, tapi rasa sedih juga tiap kali meninggalkan ramadhan
ReplyDelete